3 Rahsia Kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

3 Rahsia Kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Jika melayari facebook, saya lebih gemar membaca post-post yang ditulis oleh rakan mengenai coretan-coretan pengalaman mereka dan ilmu yang mereka dapat sewaktu pergi ke kuliah mahupun seminar.

Maklumlah, tidak semua acara kita dapat hadir. Terima kasih kepada Saudara Fauzi Ahmad, kerana berkongsi intipati kuliah subuh yang beliau hadiri untuk tatapan umum.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary boleh menjadi seorang usahawan yang hebat. Beliau bukannya bersuara lantang. Disegani ramai.

Hasil kejayaan beliau sekarang banyak didorong oleh semangat untuk memajukan agama, bangsa dan negara. Ini satu usaha murni yang semakin terhakis dalam diri masyarakat.

Inilah 3 rahsia Syed Mokhtar Al Bukhary yang diceritakan oleh salah seorang CEO beliau kepada ustaz  yang menjadi speaker jemputan kuliah subuh ini.

#1 – PENDERMA DAN TIDAK SUKA MENCERITAKAN

Setiap tahun Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary menderma tidak kurang dari RM 300 juta. Jika dikira sehari beliau menderma hampir 1 juta.

Derma beliau disalurkan ke seluruh dunia umar Islam yang memerlukan

Beliau hampir memecat salah seorang staf beliau kerana mendedahkan aktiviti dermanya kepada public.

Semasa kecil, ibu beliau pernah memberi wang 50 sen untuk beliau gunting rambut.

Dalam perjalanan beliau berjumpa orang yang lebih memerlukan dan beliau sedekahkan wang 50 sen tersebut.

Beliau pulang tanpa menggunting rambut. SMAB dipukul oleh ibu beliau kerana pulang tanpa duit tetapi tidak gunting rambut.

Sampai sekarang ibu beliau tidak tahu ke mana perginya wang 50 sen tersebut.

Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga.

#2 – MENDAHULUKAN 2 BIDADARI SYURGA – IBU DAN ISTERI

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mendahulukan ibu dan isteri lebih dari yang lain. Redha ibu dan redha isteri

Walaupun beliau sedang berada dalam mesyuarat yang penting, apabila mendapat panggilan telefon dari ibu atau isteri beliau akan menjawab panggilan tersebut.

Beliau pernah menukar jet peribadi untuk keselamatan ibu beliau.

#3 – FALSAFAH BERBISNES UNTUK BERAMAL

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary berbisnes untuk membantu orang yang lebih susah dan memerlukan serta beramal untuk agama.

Atas dasar tersebut beliau membina universiti, masjid-masjid dan membantu ramai orang yang memerlukan.

Pernah satu ketika pelabur-pelabur dari Timur Tengah berjumpa beliau untuk melabur dalam projek beliau.

Dalam perjumpaan tersebut, dari mula sehingga habis mesyuarat, beliau asyik bercerita mengenai falsafah bisnes tersebut. Langsung beliau tidak sentuh tentang projek tersebut.

Selepas tamat mesyuarat, kesemua pelabur dari Timur Tengah tersebut bersetuju untuk melabur dalam syarikat SMAB..

Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing.Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

 

NAK BELAJAR HARTANAH & BISNES LAGI?

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.

Leave a Reply

CommentLuv badge