4 Fakta Ringkas Kenapa Kami Sering Ke Marriot Putrajaya

marriot putrajaya

Dalam entri ini, saya akan kongsikan review tentang penginapan (hotel) yang keluarga saya gemari iaitu Marriot Putrajaya.

Oleh kerana kekangan masa dan waktu cuti amat terhad, maka saya dan isteri suka menginap di mana-mana hotel yang berdekatan untuk rehatkan fikiran (kind of short getaway).

Bolehlah macam ini untuk 2 atau 3 malam. Kalau melancong jauh, perancangan perlulah lebih rapi dan memerlukan lebih masa dan belanja kan.

Duduk hotel sahaja? Macam pelik dan macam tak seronok? Ha, kenalah pilih tempat yang betul-betul sesuai untuk kanak-kanak.

Ya, itulah tujuannya, supaya anak ada motivasi lebih lagi untuk siapkan homeworknya kalau tahu hujung minggu nanti nak stay away dari rumah (padahal dekat sahaja dengan rumah kami ni).

Antara hotel yang paling saya gemari ialah Marriott Hotel, Putrajaya. Lokasi Marriott Hotel, Putrajaya adalah berdekatan dengan IOI Mall, Putrajaya, UPM dan Hospital Serdang.

Berikut ialah 4 Fakta Ringkas Kenapa Kami Sering Ke Marriot Putrajaya

  1. Lokasi – berdekatan dengan IOI Mall Putrajaya. Anda boleh menaiki bas percuma dari hotel ke IOI. Bas ini kerap berulang-alik dari hotel ke IOI Mall Putrajaya. Anda boleh membeli belah, bermain ski, atau makan-makan di IOI Mall sepanjang menginap di hotel. Ah, ada satu lagi tarikan menarik di IOI Mall, Putrajaya iaitu restoran K-Fry! Anda nak tahu apa keistimewaan masakan K-Fry? Ha, tanyalah anak-anak muda yang sanggup beratur panjang demi untuk bersantap di K-Fry di IOI Mall ni! Kalau tanya saya, jawapannya ialah “No, comment.” :D. Itu citarasa generasi K-Pop agaknya.
  2. Kolam renang – Inilah yang membuatkan anak-anak suka bila menginap di Marriott Hotel, Putrajaya. Ada 3 bahagian kolam renang di hotel ini bermula untuk umur kanak-kanak hingga dewasa. Yang paling utama untuk kanak-kanak, kolam renang di sini ada gelongsor air. Seronoklah anak-anak. Ok lah tu kan, daripada dok mengadap iPad sahaja.Bercuti di Marriot Putrajaya
  3. Play room for kids – Di sini ada bilik permainan untuk kanak-kanak yang luas dan ada tayangan movie pada masa-masa tertentu. Pihak hotel tetap akan membuka play room walaupun hanya 2 orang kanak-kanak ingin menggunakan bilik ini (anak saya lah tu).Bercuti di Marriot Putrajaya
  4. Restoran – Ahah, inilah yang membuatkan saya suka bila bersarapan di sini. Kopi yang disediakan semasa sarapan memang best (penggemar kopi selalunya ada ‘cerewet’ sikit tentang kopi ni.. Cewah). Setakat ini, saya pernah menikmati makanan di Zest Restaurant kerana bersesuaian dengan citarasa seisi keluarga. Mengikut pendapat peribadi saya, Zest Restaurant menyediakan hidangan yang amat memuaskan hati (multiple choices with wide range of tastes). Pernah seorang kawan dari UK ingin menginap di sekitar Putrajaya; dan saya cadangkan hotel ini. Dia bertanya mengapa? Saya jawab, this is a hotel that can provide meals just like your hometown. Ada juga restoran lain yang bertemakan Italian dan Japanese foods di Marriott Hotel, Putrajaya (feel free to try it!).4 FAKTA RINGKAS KENAPA KAMI SERING KE MARRIOT PUTRAJAYA
  5. Lain-lain servis dalam hotel ini amat memuaskan hati kami sekeluarga; staff yang peramah dan pantas bekerja.

Ada satu masa tu, kami menginap di hotel ini semasa tahun baru – memang meriah kerana ramai pelancong dari luar negara menginap di sini dan pihak hotel ada menyediakan special deals untuk dinner di restoran hotel.

Government atau Military boleh dapatkan special rate untuk menginap di hotel ini. Kadar bayaran penginapan (Deluxe room) untuk satu malam (beserta sarapan untuk 2 orang) adalah sekitar RM350++ termasuk service charge dan GST (weekdays). Untuk anak kecil yang memerlukan rollaway beds, tambahan charge sebanyak RM70+ dikenakan untuk satu malam.

Kalau nak tahu offer lagi bagus, anda boleh mencari hotel ideal anda dengan harga terbaik.. Hotel? Trivago

Kalau nak tahu review yang lagi bagus, anda boleh terus layari TripAdvisor. Ada yang positif, ada yang negatif. Ikut selera masing-masing.

Okay, setakat itu untuk hotel review kali ini. Bye!

NAK BELAJAR HARTANAH & BISNES LAGI?

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Takde Duit, Boleh Beli Rumah Ke? Tips beli Modal MinimaDownload Sekarang

Mahu belajar bagaimana saya melabur dalam
bisnes & hartanah

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.