4 Sebab Kenapa Anda Masih Lagi Tidak Membeli Hartanah

4 Sebab Kenapa Anda Masih Lagi Tidak Membeli Hartanah

Maafkan saya, jika tajuk artikel menyinggung perasaan anda. Saya pun pernah tersinggung juga. Apabila singgung menyinggung, barulah terlekat di minda dan boleh bertindak melakukan sesuatu yang positif, bukan?

Baiklah, fikirkan boleh. Fikirkan postif.

Rata-rata client yang saya jumpa, belum lagi memiliki hartanah. Apabila hendak beli, tak jadi. Bermacam-macam jenis rumah dah bawa pergi viewing, pun tak jadi. Ada yang kata jadi, suruh tunggu dulu.

Apabila membelek fb, terbaca satu perkongsian daripada rakan peruding hartanah saya, Syahrizat Halid, beliau juga mempunyai masalah dan pandangan yang serupa. Memudahkan kerja, beliau telah membahagikan kepada 4 sebab…

#1 – Terlalu Memilih

Anda memang terlalu memilih, maksudnya jika tidak mampu beli rumah idaman, dapat suku idaman pun ok. Jangan lepas dapat kerja terus nak beli banglo atau rumah yang cantik-cantik.

Ada juga yang hendak beli menghadap KLCC, tapi harga juta… Tak mampu pula, jadi saya saran beli sahaja rumah mana yang mampu.. Nak sangat pemandangan KLCC, pasang wallpaper KLCC 🙂

Bagi yang baru bekerja, gaji pula masih kecil, beli hartanah yang sesuai dengan profil anda. Jika ianya flat, belilah flat dulu. Jika anda mampu untuk beli apartment, belilah apartment.

Walaupun ada sesetengah flat atau apartment yang busuk :p tetapi perlu diingat, kadang-kadang ianya memberikan pulangan yang menarik. Tapi, jika ingin membeli hartanah duduk sendiri, pandai-pandailah memilih yang sesuai dengan poket dari setiap aspek.. lokasi.. jauhnya dengan tempat kerja.. dan lain-lain

#2 – Tiada Modal

Sudah kerja lama tapi sukar dapatkan deposit 10% untuk beli hartanah. Macam mana nak buat?

Tukar gaya hidup lebih sederhana. Kurangkan makan diluar, kurangkan aktiviti di shopping mall dan beli di kedai runcit pak samat je pasti perbelanjaan berkurang..

Jangan lupa juga, semak akaun 2 KWSP, mana tau ada 2.6 Billion orang derma, boleh beli rumah dah. Ramai yang lupa manafaat ini membantu ramai pembeli dan pelabur hartanah kecil atau besar.

Ada juga yang bijak untuk menggunakan 100% pinjaman kerajaan. Tapi perlu diingat, 3% wang tempahan perlu didahulukan sebagai tanda setuju.

#3 – Tak Tahu Mana Hendak Membeli Hartanah

Tidak tahu lokasi mana nak beli, lagi lagi yang kerja pindah randah. Ini masalah juga. Kalau boleh nak beli depan pintu rumah je terus opis..

Nasihat saya, anda kena jadi taukey, anda pilih mana opis anda 🙂

Hartanah dibeli bukan hanya untuk tinggal, kadang kala ia mempunyai nilai “income tambahan” kadang kala punyai nilai “capital appreciation”… Tak paham?

Pilih lokasi senang orang sewa atau ada potensi jual semula… Cukup masa lembu sudah gemuk kita sembelih…

#4 – Tunggu Harga Turun

Lupa makin lama makin tua makin pendek jangka masa “loan tenure” harga makin mahal.. Saiz makin kecil….

Bila masa sesuai? Jawapannya… beli hari ni. Jangan tangguh.

Amacam! Apa lagi yang bermain difikiran anda?

Beli Sekarang!

Jadi, jika ada salah satu sebab di atas, cuba untuk atasi. Bertindak sekarang. Jika tiada keberanian, jumpa dengan kawan-kawan yang sudah membeli hartanah.

Sekurang-kurangnya jika anda tidak mahu melabur, belilah rumah untuk duduk sendiri. Jangan dilupa, anda juga boleh kaya dengan hartanah duduk sendiri. Boleh jadi jutawan lagi 🙂

Banyak sangat alasan. Muda lagilah, tak kahwin lagilah, anak tak besar lagilah, relax lah dulu dan bermacam lagi. Orang yang selalu tak nampak masa depan sememangnya punya banyak alasan.

NAK BELAJAR HARTANAH & BISNES LAGI?

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Takde Duit, Boleh Beli Rumah Ke? Tips beli Modal MinimaDownload Sekarang

Mahu belajar bagaimana saya melabur dalam
bisnes & hartanah

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.