4 Strategi Memilih Bisnes Pertama

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana untuk memilih bisnes pertama yang boleh untung. Kebanyakan mereka yang masih bekerja tapi mahu menceburkan diri dalam bisnes.

Bagus! Jika anda salah seorang daripadanya, bagus! Anda sudah mengeluarkan sedikit taring singa dalam diri anda.

Mungkin disebabkan takut membuatkan kita tidak bertindak. Dengar pasal bisnes sahaja, pasti memerlukan modal, perlu ada kedai, perlu beli stok, mesti ada lesen dan permit, itu dan ini serta banyak lagi.

Apabila banyak sangat persoalan bermain di minda kita, kita tidak akan bertindak dan kita tidak akan mulakan perniagaan.

Jangan fikir sedalam itu terlebih dahulu. Baca perkataan akhir, ayat pertama saya dalam artikel ini. UNTUNG! Itu sebenarnya salah satu objektif pertama bila kita mula bisnes selain dari menolong orang dan mencapai kebebasan dalam kehidupan.

Jadi, bagaimana hendak untung dengan cepat? Baca artikel saya yang bertajuk “Untung berniaga $1 juta Sebelum 2 tahun!”

Bisnes Pertama

Anda dapat teka, apa abang di atas ini buat di bonet kereta dia? Beliau sedang menjual nasi bungkus di kawasan pejabat. Adakah beliau perlu sewa tapak? Perlu ada kedai? Perlu ada pekerja?

Jadi, bagaimana untuk memilih bisnes pertama? Puan Ainon Mohd menulis dalam beberapa buah buku beliau. Beliau menjelaskan 4 strategi memilih bisnes pertama.

4 Strategi Memilih Bisnes Pertama

#1 – Selesaikan ‘Real Problem’

Real-problem sangat banyak di sekeliling kita. Ertinya, kita sememangnya duduk di tengah-tengah lubuk duit.

Selesaikan real-problem yang ada di sekeliling kita. Duit akan datang sendiri!

Produk yang tidak menyelesaikan real-problem tidak dapat dipasarkan. Ia akan berlonggok di dalam setor, mengutip habuk.

Jangan buat produk kerana kita pandai membuat produk itu. Ini cari nahas tangan terbakar, namanya.

#2 – Bisnes servis

Servis itu tidak memerlukan peralatan yang mahal. Kita tidak memerlukan modal yang banyak membeli peralatannya.

Kita dapat menjalankan sendiri kerja servis itu. Tidak perlu kita mengambil pekerja lain.

Servis itu tidak memerlukan kita membuka kedai. Kos membuka kedai adalah sangat tinggi. Duit modal kita tersangkut pada kedai.

#3 – Modal bergerak laju

Biar marginnya kecil, tetapi duit modal kita sentiasa dalam mode berputar-putar setiap hari.

Pagi-pagi kita keluarkan modal, petang-petang semua barang sudah habis licin terjual. Besok pagi modal itu diputarkan lagi.

Jangan pilih bisnes yang menyebabkan risiko duit modal kita tersangkut dan mati.

#4 – Mempunyai potensi bagus

Buat bisnes dengan menilai permintaan dan potensi kepada produk kita. Lakukan analisis SWOT terhadap produk dan buat kajian statistik dan trend pasaran.

Buat macam businessman Cina: Pilih bisnes yang potensinya bagus.

Sebagai contoh, Orang Cina tidak menggunakan bunga telur pada majlis perkahwinan mereka. Tetapi bisnes bunga telur adalah bisnes Cina. Mereka nampak potensinya.

Sebagai kesimpulan, gunakan bisnes pertama sebagai batu loncatan. Simpan duit keuntungan bisnes pertama sebagai modal memulakan bisnes kedua.

Cara Mulakan Bisnes Yang Buat RM2,000 Sebulan

Pernahkah anda cuba bisnes, tapi gagal? Anda boleh belajar cara mencari bisnes yang untung, dengan modal rendah dan boleh dimulakan dengan cepat. Jom kita jumpa Sifu Faisal Abdullah untuk MB2000 Live.

1336_sm

NAK BELAJAR HARTANAH & BISNES LAGI?

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.

Leave a Reply

CommentLuv badge