5 Langkah Mudah Pembelian Rumah

Keputusan untuk membeli hartanah merupakan salah satu keputusan yang amat penting bagi kehidupan seseorang. Proses pembelian hartanah melibatkan amaun kapital yang besar. Ia juga memerlukan komitmen yang agak besar dan panjang daripada pembeli kerana setiap bulan pembeli kenalah membayar ansuran bulanan selama 30 tahun ataupun 35 tahun.

5 Langkah Mudah Pembelian Rumah

Justeru itu, untuk golongan yang baru sahaja berjinak-jinak dalam bidang hartanah dan tidak pasti langkah-langkah yang terlibat, saya ingin memberikan anda beberapa panduan yang mudah lagi senang difahami supaya panduan ini dapat membantu anda untuk membeli hartanah impian anda suatu hari nanti.

Langkah #1

i) Bajet

Anda seharusnya mempunyai bajet yang secukupnya untuk pembelian hartanah. Sekiranya ia adalah hartanah pertama anda, biasanya bank akan memberikan anda 90% pinjaman daripada harga perjanjian jual & beli atapun harga pasaran hartanah tersebut.

Ini bermakna anda seharusnya mempunyai 10% sebagai duit muka. Selain daripada itu, anda juga dikenakan untuk membayar yuran peguam, duti setem, yuran penilaian hartanah dan insuran pinjaman perumahan. Cuba bayangkan, kalau anda hendak membeli hartanah bernilai RM 300,000, 10% duit muka, yuran peguam, duti setem, yuran penilaian hartanah dan insuran pinjaman perumahan akan mencecah lebih kurang RM40,000 !

ii) Pinjaman Perumahan

Kelulusan 90% pinjaman perumahan anda tertakluk kepada syarat-syarat tertentu seperti berikut :

  • Jumlah komitmen anda mestilah tidak melebih 60% daripada pendapatan bersih anda.
  • Anda seharusnya mempunyai rekod kredit yang baik. Anda disyorkan mendapatkan laporan CCRIS (Central Credit Reference Information System) anda daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memastikan rekod kredit anda adalah memuaskan.

Langkah #2

Selepas anda melakukan penyelidikan harga dan tapak mengenai hartanah impian, anda telah mengambil keputusan untuk membeli hartanah tersebut. Anda dikehendaki untuk mengisi borang tawaran untuk membeli (Offer to Purchase) dengan ejen hartanah. Sejurus itu, anda juga dikenakan membayar yuran tempahan (Earnest deposit) sebanyak 2% hingga 3% daripada harga jualan.

Peringatan Untuk Bakal Pembeli Hartanah

  1. Yuran tempahan anda haruslah dibayar melalui cek dan dibayar atas nama agensi hartanah sahaja. Janganlah yuran tempahan tersebut dibayar secara tunai ataupun secara cek kepada ejen hartanah ataupun tuan rumah sebagai penerima.
  2. Sila bincang dengan ejen hartanah supaya masukkan terma dan syarat seperti “sekiranya pinjaman tidak lulus 90%, yuran tempahan akan dipulangkan tanpa faedah kepada pembeli”. Dengan syarat ini, pembeli masih dapat balik yuran tempahannya sekiranya pinjaman perumahan anda ditolak oleh bank atas sebab-sebab yang tidak dapat dijangkakan.

Pembelian Rumah

Langkah #3

Pembeli biasanya diberikan tempoh sebanyak 14 hari berkerja untuk menandatangani perjanjian jual dan beli. Atas sebab kekangan masa, sila hantar dokumen-dokumen peribadi anda kepada bank untuk pemohonan pinjamah perumahan secepat yang mungkin.

Kebiasaannya bank mengambil masa lebih kurang seminggu untuk memberikan kelulusan terhadap kes yang “standard”, tetapi kadang-kala bank akan memerlukan masa yang lebih panjang sekiranya kes tersebut ada sedikit kesulitan.

Katakan pinjaman perumahan anda diluluskan, anda perlu melantik seorang peguam untuk mewakili anda untuk menyediakan perjanjian jual & beli (SPA) dan perjanjian pinjaman (loan agreement). Anda dinasihatkan untuk dapatkan peguamcara yang bertauliah dan mempunyai pengalaman dalam pemindahan hak (conveyancing) untuk menjaga kepentingan anda.

Langkah #4

Anda akan menandatangani Perjanjian Jual & Beli, surat tawaran pinjaman perumah dan perjanjian pinjaman perumahan langkah demi langkah. Semasa anda menandatangi perjanjian Jual & Beli, anda perlulah membayar 8% wang pendahuluan (jika anda telah membayar 2 % sebagai yuran tempahan {earnest deposit} semasa anda menandatangai borang tawaran untuk membeli (Offer to Purchase) dengan ejen hartanah). Anda juga dikenakan untuk membayar yuran peguam dan duti setem kepada penguamcara anda selepas anda menandatangani Perjanjian Jual & Beli.

Sejurus itu, pembeli diberikan 3 bulan untuk menyelesaikan baki harga belian (dalam kes ini 90% daripada harga belian). Sekiranya masa yang panjang ( lebih daripda 3 bulan) diperlukan untuk menyelesesaikan baki harga belian tersebut, pembeli perlulah membayar faedah, biasanya di antara 8% sehingga 10% setahun atas baki yang belum dibayar kepada penjual .

Dalam tempoh 3 bulan tersebut, anda sebagai pembeli kenalah sentiasa berhubung dengan bank dan peguamcara anda untuk memastikan bahawa kes anda dapat diberikan perhatian oleh mereka untuk mengelakkan sebarang kelewatan dan kos tambahan dikenakan.

Langkah #5

Proses pembelian selesai apabila bank mengeluarkan baki wang kepada penjual. Apabila penjual telah menerima cek, dia dikehendaki menyerahkan pemilikan kosong (Vacant Possession) kepada anda. Sebelum anda menerima kunci hartanah tersebut, anda dinasihatkan memeriksa hartanah tersebut untuk memastikan kelengkapan hartanah tersebut berada dalam keadaan seperti yang dinyatakan dalam perjanjian jual dan beli dan dalam keadaan yang memuaskan.

Akhir sekali, anda juga diingatkan untuk menukar butir-butiran peribadi anda dengan pembekal utiliti (contoh :Telekom, Syabas, Tenaga Nasional Berhad dll) dan majlis tempatan (contoh : MPSJ, DBKL, MPPJ dll) untuk bil-bil, cukai taksiran dan sebagainya.

Tahniah! Sekarang anda merupakan pemilik baru hartanah anda!

 

NAK BELAJAR HARTANAH & BISNES LAGI?

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Takde Duit, Boleh Beli Rumah Ke? Tips beli Modal MinimaDownload Sekarang

Mahu belajar bagaimana saya melabur dalam
bisnes & hartanah

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.