5 Perkara Wajib Selepas Dapat Kunci Rumah

Ramai yang beli rumah lepas dapat kunci rumah gembira masuk rumah macam tiada apa yang nak dirisaukan.

Ada beberapa lagi tanggungjawab yang masih belum selesai lagi sebagai pembeli rumah.

Beberapa perkara yang ditinggalkan oleh peguam kepada anda setelah dapat kunci, jadi anda perlu buat beberapa pertukaran nama.

Antaranya :

1. Bil Elektrik

Boleh lakukan di cawangan TNB berdekatan, bawa salinan Perjanjian Jual Beli (SPA) dan kad pengenalan. Beritahu pada staff TNB di kaunter nak buat pendaftaran akaun TNB baru. TNB mengambil masa sekitar 7-14 hari untuk kemaskini dalam sistem.

2. Bil Air

Untuk pendaftaran air pula boleh di buat di Syabas (untuk sesisapa yang berada di Selangor), bawa salinan Perjanjian Jual Beli (SPA) dan kad pengenalan, staff khidmat pelanggan akan memberikan anda borang untuk di isi.

Dalam borang itu ada perjanjian yang perlukan tandatangan saksi. Lebih mudah, anda boleh dapatkan tandatangan sesiapa sahaja yang berada situ, atau kalau tiada orang yang mempercayai anda,  bawa balik borang bagilah kepada sesiapa kenalan rapat anda untuk tandatangan.

3. Maintenance/JMB

Apartment atau kondominium mesti ada Joint Management Body (JMB) atau Management Corporation (MC). Jangan pula buat tak tahu.

Untuk kes ini juga, anda perlukan salinan Perjanjian Jual Beli (SPA) dan kad pengenalan untuk JMB atu MC daftarkam nama anda sebagai pemilik baru dan juga uruskan segala urusan mengenai laluan masuk dan juga tempat letak kereta.

4. Indah water/bil pembentungan

Sama seperti untuk pendaftaran akaun baru TNB dan Syabas. Pergi ke cawangan Indah Water yang berdekatan, bawa dokumen pendaftaran dan daftar sebagai pemilik baru hartanah anda.

5. Cukai taksiran/cukai pintu

Yang ni kalau anda lambat register ada penalti sehingga RM2,000 (ikut daerah), segera lah daftar selepas dapat kunci rumah.

Semua perkara di atas di tinggalkan untuk anda buat sendiri. Kalau ikutkan, khidmat peguam hanyalah sampai pinjaman habis dikeluarkan dan serah kunci rumah.

Ada juga yang suruh peguam buatkan, anda boleh bincang dengan peguam anda. Sudah semestinya ada caj yang akan dikenakan.

Kalau malas nak buat, upah runner untuk buat.

Jangan tak tukar sudah, nanti kesannya pada pemilik yang lama.

NAK BELAJAR HARTANAH & BISNES LAGI?

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Nak Jual Rumah Anda Cepat? Saya boleh bantu anda.WhatsApp Saya Sekarang!

Mahu belajar bagaimana saya melabur dalam
bisnes & hartanah

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.