Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) atau dalam terma inggeris dipanggil Real Property Gain Tax (RPGT) merupakan cukai yang dikenakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN) ke atas keuntungan daripada pelupusan semua jenis hartanah seperti rumah kediaman, bangunan komersial, tanah dan saham dalam syarikat hartanah.

Kadar CKHT adalah antara 0% hingga 30% bergantung kepada tempoh pegangan. Tempoh pegangan merujuk kepada satu tempoh antara tarikh hartanah diperolehi dan tarikh hartanah tersebut dilupuskan.

Tarikh pemerolehan hartanah merujuk kepada tarikh dalam perjanjian jual beli bersetem atau Borang KTN 14A bersetem atau memorandum pindah milik bersetem.

Tarikh pelupusan hartanah merujuk kepada tarikh yang tercatit  dalam perjanjian jual beli bersetem atau Borang KTN 14A bersetem atau memorandum pindah milik bersetem.

CKHT dikenakan ke atas keuntungan bersih setelah harga pelupusan ditolak harga belian dan lain-lain perbelanjaan sehingga hartanah itu dilupuskan. Lain-lain perbelanjaan adalah termasuk duti setem, bayaran guaman, kos pengubahsuaian, komisen jualan dan bayaran pentadbiran.

Pengecualian CKHT sehingga RM10,000 atau 10% daripada keuntungan bersih, yang mana lebih tinggi, daripada pelupusan hartanah bagi semua individu.

Bagi warganegara dan pemastautin tetap, CKHT tidak dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan sebuah rumah kediaman sekali dalam seumur hidup.

Bagi semua individu, CKHT juga tidak dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan hartanah antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak, datuk atau nenek dan cucu.

Individu dan syarikat dikenakan CKHT.

CKHT dikatakan merupakan satu cukai yang dikenakan oleh kerajaan untuk membendung aktiviti spekulasi yang mempunyai tekanan ke atas harga hartanah.

Mengapa Kita Mempunyai Cukai Keuntungan Harta Tanah di Malaysia?

  1. untuk membendung spekulasi hartanah bagi mengelakkan buih hartanah (property bubble)
  2. Dari masa ke semasa, kerajaan boleh membuat keputusan untuk meningkatkan atau mengurangkan CKHT untuk memenuhi agenda mereka seperti mereka boleh mengurangkan CKHT untuk menggalakkan pelaburan (ini sebenarnya yang berlaku antara 1 April 2007 – 31 Disember 2009 di mana urus niaga hartanah dalam tempoh ini telah dikecualikan daripada CKHT untuk merangsang pelaburan).
  3. Sebab ketiga ialah CKHT merupakan satu sumber pendapatan bagi kerajaan untuk membangunkan negara.

Cukai Keuntungan Harta Tanah - Kondominium

Bagaimana Cukai Keuntungan Harta Tanah dikira?

  • Sekiranya anda ingin melupuskan hartanah anda dengan keuntungan yang besar, anda akan dikenakan cukai ke atas keuntungan modal bersih berbanding dengan keuntungan modal kasar. Keuntungan modal kasar boleh dikira dengan mengambil harga jualan dikurangkan dengan harga belian.
  • Keuntungan modal bersih = keuntungan modal kasar – perbelanjaan kasar tertentu ( jangan lupa untuk menyimpan bil-bil !) Seperti:
  1. Yuran guaman
  2.  Yuran agen hartanah ( biasanya antara 2% – 3% daripada harga jualan )
  3. yuran pentadbiran
  4. Perbelanjaan yang dilakukan untuk mengekalkan / meningkatkan (maintain/upgrade) hartanah. *termasuk kerja-kerja naik taraf seperti pengubahsuaian dan kerja-kerja reka bentuk dalaman
  5. Potongan maksimum yang dibenarkan di sini adalah lebih besar sebanyak RM10, 000 atau 10% daripada keuntungan modal.
  6. Secara umumnya , tarikh yang digunakan untuk menentukan kadar cukai CKHT adalah bergantung pada tarikh hartanah itu telah dibeli dan tarikh apabila harta telah dilupuskan )

Contoh Pengiraan Cukai Keuntungan Harta Tanah

Harga Jual Hartanah pada 10.01.2014 = RM300,000

(Tolak)

Kos Renovation/ Pembesaran Rumah = RM20,000

Kos Guaman = RM3,000

Kos Perunding Hartanah (3%) = RM9,000

Jumlah Kos Sampingan = RM22,000


Harga Pelupusan = RM300,000 – RM22,000 = RM278,000


Harga Belian pada 2013 = RM200,000

(Tambah)

Pembayaran Duti Setem = RM3,000

Kos Guaman = RM2,500

Jumlah Kos Pindah Milik = RM5,500


Harga Pemerolehan 2013 = RM205,500


Keuntungan Atas Jualan Harta Tanah = RM278,000 – RM205,000 = RM73,000

(Tolak) Pelepasan RM5,000 atau 10% daripada keuntungan (mana satu yang lebih tinggi) = RM7,300

Keuntungan yang akan dikenakan cukai = RM73,000 – RM7,300 = RM65,700


Cukai yang dikenakan (Pelupusan Tahun kedua) = 30% x RM65,700 = RM19,710


 Evolusi Kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (Individu) di Malaysia

Cukai Keuntungan Harta Tanah

Pada Mac 2007, kerajaan telah memansuhkan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan sebulan seterusnya, undang-undang percukaian ini berkuatkuasa.

Pada tahun 2009, semasa perbentangan Bajet 2010, hartanah yng dijual dalam masa 5 tahun dari tarikh perjanjian jual beli akan dikenakan Cukai Keuntungan Harta tanah sebanyak 5%.

Pada bulan November 2010, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengetatkan syarat pinjaman untuk rumah ketiga iaitu maksimum pinjaman hanya 70% daripada nilai pasaran hartanah. Cukai Keuntungan Harta Tanah untuk tahun berikutnya diperketatkan lagi dengan mengenakan cukai 10% untuk pelupusan hartanah dalam masa dua tahun pertama pemilikan. Untuk tahun ketiga hingga tahun kelima masih tetap 5%.

Pada Januari 2012, Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan syarat kelulusan pinjaman berdasarkan kepada gaji bersih.

Pada Jun 2013, khabar angin menyatakan Developer Interest Bearing Scheme akan dilarang kepada pemaju oleh Bank Negara Malaysia (BNM)

Pada Julai 2013, Bank Negara Malaysia mengurangkan tempoh pembayaran balik pinjaman daripada 40 tahun kepada 35 tahun.

Pada November 2013, Bank Negara Malaysia menyatakan garis panduan terbaru bahawa bank hanya memberikan pinjaman perumahan berdasarkan kepada harga jualan bersih yang tidak termasuk sebarang rebat dan diskaun.

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh baca Garis Panduan Cukai Keuntungan Harta Tanah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

 

NAK BELAJAR HARTANAH & BISNES LAGI?

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.

15 Comments

  1. Mokhtar 14/03/2016
    • Najib Mohamed 11/04/2016
  2. Idris 26/04/2016
    • Najib Mohamed 24/05/2016
  3. niza 27/04/2016
  4. nizam 07/05/2016
    • Najib Mohamed 24/05/2016
  5. Mimiey 16/05/2016
  6. Nor zaliana 22/05/2016
    • Najib Mohamed 23/05/2016
  7. Izasuhana Ilias 23/05/2016
    • Najib Mohamed 23/05/2016
  8. fahmi 05/06/2016

Leave a Reply

CommentLuv badge
Takde Duit, Boleh Beli Rumah Ke? Tips beli Modal MinimaDownload Sekarang

Mahu belajar bagaimana saya melabur dalam
bisnes & hartanah

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.