Beli Hartanah Untuk Pelaburan

beli hartanah untuk pelaburan

 

Apabila anda beli hartanah untuk pelaburan, secara asasnya ada 2 cara untuk mendapatkan pulangan. Iaitu dengan :-

  1. Pendapatan sewa
  2. Peningkatan harga hartanah

Pastikan anda betul-betul jelas apa yang akan anda lakukan apabila beli hartanah untuk pelaburan. Adakah pembelian hartanah ini untuk disewakan ataupun dijual sebaik sahaja siap? Ataupun anda beli dan simpan untuk beberapa tahun disamping disewakan dahulu sebelum jual?

Tetapkan Bajet Pelaburan

Apabila sudah menetapkan matlamat pelaburan, perkara yang seterusnya ialah menetapkan bajet pelaburan. Kira berapa pendapatan bersih dan komitmen dan kemudian kira Debt Burden Ratio (DBR) anda.

Debt Burden Ratio - DBR

Contoh,

Jumlah pendapatan bersih : RM5,000

Jumlah Komitmen : RM1,500

DBR : ( RM1,500 / RM5,000 ) X 100% = 30%

DBR yang dibenarkan oleh bank tidak lebih daripada 70% : 70% – 30% = 40%

Komitmen baru yang dibenarkan : 40% x RM5,000 = RM2,000

Jadi, dengan anggaran komitmen baru yang dibenarkan sebenarnya anda layak untuk membeli hartanah yang bernilai RM420,000 (35 tahun dan faedah 4.5%).

Tetapi saya nasihatkan kepada yang baru melabur dalam hartanah jangan terlalu over commit. Cari hartanah bawah RM300,000, dengan hanya bayaran bulanan RM1,400 sebulan (35 tahun dan faedah 4.5%).

Kenapa bawah RM300,000?

  1. Mudah bagi anda (dalam kes ini) untuk mendapat pinjaman
  2. Hartanah yang bawah RM300,000, sentiasa ada permintaan dari segi jual atau sewa
  3. Kadar sewa yang mampu bagi kebanyakan orang sekarang ini
  4. Anda masih ada banyak buffer untuk membuat pelaburan seterusnya

Debt Burden Ratio baru

Jadi DBR Baru,

Jumlah Komitmen baru : RM1,500 + RM1,300 = RM2,800

DBR baru : (RM2,800 / RM5,000) x 100% = 56%

Untuk pembelian hartanah bernilai RM300,000, kos permulaan yang perlu ditanggung adalah seperti berikut (kes subsales)

10% deposit : RM30,000

Yuran Guaman & Duti Setem SPA : RM7,550 (anggaran)

Yuran Guaman, Kos Jurunilai, Duti Setem Perjanjian Pinjaman :  RM4,340 (anggaran) (Boleh dimasukkan ke dalam pinjaman)

Kos-kos lain (renovasi/ perabot) : RM5,000

Jumlah wang yang perlu ada : RM46,890

Ini merupakan langkah yang selamat melalui pengiraan yang konservatif. Tetapi jika anda dapat membeli hartanah di bawah harga pasaran, ia dapat mengurangkan modal pelaburan anda.

Beli hartanah Untuk Pelaburan

Kemudian buat pengiraan aliran tunai, Return On Investment dan capital gain. Boleh baca artikel ini untuk mendapat pengetahuan lanjut tentang pengiraan ROI.

Oleh sebab itu, kita jangan hentam taram sahaja jika hendak beli hartanah untuk pelaburan. Pastikan di setiap sudut transaksi kita untung.

  1. Semasa beli kita untung sebab beli rumah bawah harga pasaran
  2. Semasa kita simpan, kita masih lagi untung kerana boleh di sewakan dan mendapat pendapatan pasif dari sewaan. Apartmen dan kondominium masih lagi jenis hartanah yang terbaik untuk mendapatkan positive cash flow. Elakkan membeli hartanah landed, tapi kalau OK apa salahnya.
  3. Semasa jual juga kita untung kerana terdapat peningkatan nilai pasaran hartanah, walaupun kita jual rumah kita lebih murah berbanding yang lain.

 Kesimpulan

  • Berhati-hati apabila beli hartanah untuk pelaburan
  • Tetapkan matlamat pembelian hartanah (cth: persaraan, pendidikan anak-anak, tabung pergi haji dan lain-lain tujuan)
  • Tahu strategi apa yang patut digunakan untuk mencapai matlamat (cth. strategi sewa, strategi beli jual, strategi beli, simpan dan jual atau strategi simpan dan duduk sendiri)
  • Kira bajet yang sesuai dengan poket kita
  • Sediakan wang yang mencukupi sebagai modal pelaburan
  • Tidak digalakkan untuk pelabur baru untuk membeli hartanah projek (terpaksa menunggu lama untuk mengaut pendapatan sewa) dan landed (potensi kurang untuk mendapatkan cash flow yang positif)
  • Beli hartanah yang mempunyai nilai. Maksudnya di sini, mempunyai positive cash flow, senang untuk disewakan dan mempunyai capital gain.

p/s: gambar di atas hanyalah gambar hiasan & Happy birthday to me..

NAK BELAJAR HARTANAH & BISNES LAGI?

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.

2 Comments

  1. shahzaidi 07/04/2015
    • Najib Mohamed 08/04/2015

Leave a Reply

CommentLuv badge
Takde Duit, Boleh Beli Rumah Ke? Tips beli Modal MinimaDownload Sekarang

Mahu belajar bagaimana saya melabur dalam
bisnes & hartanah

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.