CCRIS & Kesan Pada Permohonan Pinjaman Anda

CCRIS (Central Credit Reference Information System) merupakan satu sistem pangkalan data berkomputer untuk mengutip, memproses, menyimpan dan menghasilkan maklumat kredit atau hutang seseorang.

CCRIS diselia oleh Biro Kredit di bawah naungan Bank Negara Malaysia.

Rekod data yang disimpan ini adalah selama 12 bulan.

CCRIS (Central Credit Reference Information System)

APAKAH MAKLUMAT YANG BOLEH KITA DAPAT DALAMNYA?

Rujuk gambar di atas:

A – Outstanding Loans

Merujuk kepada rekod senarai pinjaman anda contohnya pinjaman perumahan, sewa beli kereta, PTPTN, kad kredit, pinjaman peribadi, overdraf, pajakan emas dan lain-lain.

B – Special Attention Account (SAA)

SAA adalah hutang-hutang yang belum dijelaskan yang di masih bawah pemerhatian pihak bank. Jika anda ada rekod di sini, maka semua pinjaman baru tidak akan diluluskan kecuali anda bayar/langsaikan pinjaman tersebut.

C – Application For Credit

Menunjukkan permohonan pinjaman yang sedang diproses & dipertimbangkan beserta jumlah pinjaman yang diminta.

D – Total Outstanding Balance

Adalah jumlah baki pinjaman anda yang terkini.

E – Limit

Merujuk kepada jumlah had pinjaman-pinjaman anda contohnya kad kredit dengan limit RM30K.

F – Installment in Arrear in last 12 months

Menunjukkan berapa banyak kali anda lambat membayar installment anda dalam 12 bulan terkini. Angka 0 (kosong) menunjukkan tiada tunggakan pembayaran. Angka ‘1’ menunjukkan 1 bulan lambat bayar/tidak bayar, ‘2’ bermakna 2 bulan lambat/tidak bayar, dan seterusnya. Saya pernah lihat kes yang berangka ’70’

KENAPA PERLU TAHU STATUS & JAGA CCRIS ANDA?

Katakan anda baru selesai submit loan rumah anda, perkara pertama yang bank akan lakukan selepas anda submit loan application anda pada mereka adalah, mereka lihat CCRIS anda. CCRIS anda menunjukkan kedisiplinan anda membayar hutang. Jika rekod anda cantik & elok, maka mudahlah loan diluluskan. Jika ada tunggakan 1 bulan dan ke atas, maka peluang anda untuk dapat loan tersebut agak rendah atau tiada langusng.

TIPS LULUS LOAN

Jaga kecantikan rekod kewangan anda dengan membayar pinjaman anda sebelum due date yang ditetapkan. Cara saya, saya akan bayar sebulan advance untuk pinjaman rumah, kereta & sebagainya bagi mengelakkan saya terlewat bayar yang menyebabkan CCRIS akan ada bertanda ‘1’.

# MITOS

“Nama aku ada dalam CCRIS la, macam mana ni”. CCRIS tidak semestinya menunjukkan anda telah diblacklist. Jadi jangan panik kerana sesiapa sahaja, hatta yang hanya membuat 1 loan sahaja pun namanya ada dalam CCRIS. Seelok-eloknya, tukar habit anda untuk bayar installment sebelum due date.

CARA NAK DAPATKANNYA

Pergi ke kiosk CCRIS ground floor Bank Negara. Masukkan IC ke dalam kiosk, thumb print ibu jari anda. Tunggu seminit & laporan anda akan dicetak. Ianya PERCUMA!

KOMEN? Ada komen atau masalah tentang rekod kewangan anda, jika tidak keberatan boleh komen di bawah atau masukkan sahaja nama dan email, kita berhubung melalui email 🙂

NAK BELAJAR HARTANAH & BISNES LAGI?

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.

8 Comments

  1. Moon 10/03/2016
    • Najib Mohamed 10/03/2016
  2. Mila 08/04/2016
    • Najib Mohamed 11/04/2016
  3. Arif 18/05/2016
    • Najib Mohamed 24/05/2016
  4. osmanarif 17/05/2017
  5. paklah 23/05/2017

Leave a Reply

CommentLuv badge
Takde Duit, Boleh Beli Rumah Ke? Tips beli Modal MinimaDownload Sekarang

Mahu belajar bagaimana saya melabur dalam
bisnes & hartanah

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.