GST : Kesan GST kepada Pelabur dan Pemilik Hartanah

Kesan GST kepada pelabur & pemilik hartanah

Sejak 1 April 2015, sungguh hangat pendebatan mengenai isu GST ini. Ada yang bangkang, ada yang sokong. Masing-masing ada pendapat masing-masing. Fikirkan apa yang sudah terkesan dalam kehidupan anda semenjak GST dilaksanakan? Kalau boleh tulislah, komen di bawah artikel ini.

Baiklah, beberapa minggu lepas saya ada menulis mengenai kesan GST kepada hartanah secara kasar. Jadi kali ini saya cuba kupas dengan lebih mendalam kesan GST kepada pelabur dan pemilik hartanah.

Secara amnya, pelabur atau pembeli hartanah akan terlibat dengan GST di setiap proses pembelian hartanah. Bermula dari masa pembelian hartanah, mendapatkan pembiayaan, menggunakan perkhidmatan guaman, jual beli hartanah apabila melibatkan perunding hartanah dan semasa melupuskan hartanah.

Kesan GST kepada pelabur dan pemilik hartanah

#1 – Deposit/ Yuran Tempahan

Sebagai tanda setuju dan menunjukkan komitmen atas pembelian hartanah, pemaju dibernarkan mengutip deposit atau tempahan. Jika bayaran deposit tersebut bukan dalam satu skop perkhdimatan atau barangan, ianya tidak dianggap sebagai bayaran dan tidak tertakluk pada GST.

Walaubagaimanapun, jika pemaju menggunakan deposit atau yuran tempahan sebagai sebahagian daripada pembayaran hartanah, maka ia tertakluk kepada GST.

#2 – Perkhidmatan Pentadbiran

Selalu kita panggil yuran pengurusan. Ia tertakluk kepada GST.

#3 – Faedah ke atas lewat bayar

Bayaran faedah yang berkaitan dengan kelewatan pembayaran dianggap sebagai penalti dan ianya dianggap luar dari skop barangan dan perkhidmatan. Oleh itu, ia tidak tertaluk kepada GST.

#4 – Komisen

Semua komisen yang diperolehi daripada penjualan hartanah tertakluk kepda GST, tidak kira samada hartanah itu dikenakan cukai mahupun yang telah dikecualikan cukai.

#5 – Duti Setem

Pelepasan GST untuk duti setem dibayar atas pemindahan harta.

#6 – Jualan & Pajakan Hartanah

Hanya jualan untuk hartanah komersil dikenakan GST. Tidak untuk hartanah kediaman.

#7 – Pembayaran Progresif

GST akan dikira di pelbagai peringat pembayaran progresif seperti dalam jadual yang ditetapkan untuk hartanah bukan kediaman yang belum siap.

#8 – Tempat Letak Kereta

tempat letak kerata yang diberikan percuma oleh pemaju, seperti yang dinyatakan dalam SPA hartanah kediaman tidak tertakluk kepada GST.

Walaubagaimanapun, pembelian tambahan tempat letak kereta dengan perjanjian berasingan adalah tertakluk kepada GST.

#9 – Renovasi, Perabot & Kelengkapan Rumah

Semua renovasi, perabot dan kelengkapan rumah yang ditambah untuk menaikan nilai untuk kedua-dua jenis hartanah; kediaman dan komersial adalah tertakluk kepada GST.

#10 – Yuran Penyelenggaraan

Caj perkhidmatan dan yuran penyelenggaraan untuk hartanah kediaman tidak tertakluk kepada GST tetapi dikenakan untuk hartanah komersial.

#11 – Deposit Air & TNB

deposit untuk bekalan air dan elektrik tidak tertakluk kepada GST kerana tujuan deposit adalah untuk keselamatan.

#12 – Caj & Yuran Guaman

Semua caj dan yuran yang dikenakan atas perkhidmatan yang disediakan adalah tertakluk kepada GST (tidak termasuk duti setem, yuran pendaftaran hartanah dan kos-kos yang yang dianggap sebagai kos operasi perniagaan.)

#13 – Perkhidmatan Penilaian

Penilai atau pentaksir akan mengenakan bayaran yang ditetapkan di atas perkhidmatan mereka kepada pelanggan. Oleh itu, ia tertakluk kepada GST tidak kira jenis hartanah.

#14 – Penyewaan

Hanya syarikat yang berdaftar untuk GST sahaja yang dikenakan GST 6% untuk hartanah bukan kediaman.

===

Jika ada masa, baca dan fahami bagaimana GST mempengaruhi harga rumah dan pasaran hartanah.

NAK BELAJAR HARTANAH & BISNES LAGI?

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Takde Duit, Boleh Beli Rumah Ke? Tips beli Modal MinimaDownload Sekarang

Mahu belajar bagaimana saya melabur dalam
bisnes & hartanah

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.