Harga Rumah Mahal, Lihat Pada Punca

harga rumah mahal

Harga Rumah Mahal, Bertindaklah Segera

Harga rumah di negara ini sangat tidak mampu dimiliki atau sangat mahal berdasarkan piawaian antarabangsa iaitu 4.4 kali lebih tinggi berbanding purata gaji tahunan sebenar rakyat Malaysia.

Jumlah pendapatan bulanan khususnya dalam kalangan orang Melayu tidak seiring dengan peningkatan harga rumah secara mendadak walaupun projek tersebut dibangunkan di sebuah pekan kecil.

Tinggi harga rumah, maka tinggilah ansuran bulanan rumah. Dengan perbelanjaan lain seperti ansuran kereta dan perbelanjaan peribadi, membuatkan ramai bakal pembeli tersepit. Lebih sengsara, apabila kos hidup menjadi lebih tinggi.

Satu lagi perkara yang perlu dititik beratkan ialah mendapatkan pinjaman. Bukan mudah untuk membuat pinjaman perumahan ketika ini lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi yang tidak menentu.

Tidak dapat dibayangkan berapakah harga rumah dalam tempoh 10 ke 20 tahun akan datang dengan berdasarkan kepada harga rumah sekarang.

Mungkin sebuah apartment di Seremban boleh mencecah RM700,000 hingga RM 1juta.

Mungkin pada masa itu kategori rumah teres sahaja melebihi RM1 juta manakala harga sebuah rumah berkembar dan banglo tidak tergambar pula harganya.

Sehubungan itu langkah memperkenalkan satu undang-undang yang mampu mengekang kenaikan rumah secara melampau adalah antara pilihan yang terbaik.

** Dipetik dari utusan.com.my yang ditulis oleh Saifulizam Mohamad.

Lihat Pada Puncanya

Saya tertarik dengan pandangan yang dikeutarakan oleh sahabat saya, Ferdaus Johar yang merupakan seorang perunding hartanah yang berjaya.

Beliau menyarankan, jika benar Kerajaan Negeri dan Persekutuan hendak membendung harga kenaikan melampau hartanah, kena lihat pada puncanya. Antaranya:

1) Kerajaan Negeri mengenakan caj premium setinggi 30% jika gunatanah ditukar daripada Pertanian kepada Bangunan.

2) Bergantung kepada Negeri, Kerajaan Negeri juga mengenakan 25-30% caj pembangunan (development charges) atas tanah yang hendak dibangunkan untuk perumahan dan komersil. Contohnya: (pautan MBSA)

3) Kerajaan Persekutuan sepatutnya review kembali perlaksanaan duti setem 1-3% dan 6% GST kepada pembeli hartanah komersil dan industri. Mungkin hanya perlu kekalkan salah satu cukai sahaja.

4) Kerajaan Persekutuan patut mengawal harga tawaran oleh pemaju. Apa gunanya harga jual pada RM900 psf untuk sesetengah kondominium mewah dan kemudiannya diberi diskaun yang tinggi dalam bentuk pulangan tunai kembali atau ‘cash back’ pada pengguna. Banyak pelabur tiada cukup tunai untuk mengekalkan pegangan ke atas hartanah tersebut sehingga terpaksa dilelong.

Semua kos-kos di atas akan dipindahkan kepada pengguna akhir (end-user) yang seterusnya mengurangkan pembinaan perumahan baru.

Dalam pengawalan harga, kerajaan Persekutuan telah melaksanakan pelbagai langkah seperti pengenalan semula RPGT, menaikkan BLR dan memperketatkan pinjaman. Ini kita dapat lihat kesannya kepada Asking price yang kebanyakkannya lebih rendah daripada Open Market Value (OMV).

Dikatakan, Bank Negara Malaysia telah mengarahkan sesebuah bank hanya boleh finance 25% daripada jumlah unit yang dijual. Ini antara langkah yang baik untuk mengurangkan risiko pada bank.

Persatuan-persatuan berkaitan hartanah boleh bawa perkara ini ke atas. Jangan terlalu sibuk dengan hal-hal sendiri dalam perjuangan industri.

Rumah mampu tengok

Gaji anda RM3000?
Ansuran rumah RM1800 setiap bulan.
Baki RM1200.
Nak sewa sampai mati?

Kerajaan tak peka?
Pemaju tamak?
Kita tak peka?
Kita yang tamak?

Anda semua boleh baca dan hidup mcm biasa, atau anda baca dan mula berfikir kesannya, dan hidup macam biasa.

Atau anda baca, fikir dan bertindak dari sekarang. Mulakan langkah menambahkan aset (duit masuk), bukan liabiliti (duit keluar).

NAK BELAJAR HARTANAH & BISNES LAGI?

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.

2 Comments

  1. emalin mohd 05/09/2015
    • Najib Mohamed 05/09/2015

Leave a Reply

CommentLuv badge
Takde Duit, Boleh Beli Rumah Ke? Tips beli Modal MinimaDownload Sekarang

Mahu belajar bagaimana saya melabur dalam
bisnes & hartanah

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.