Jangan Beli Hartanah Dalam Masa 2 Tahun ini?

Kecoh sebentar dunia hartanah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Prof Hoo, selepas diminta untuk mengulas kesan bajet 2016 terhadap sektor hartanah.

Dan beliau sempat memberi nasihat kepada anak muda supaya jangan beli hartanah dalam masa 2 tahun ini. Benarkah?

Kesempatan ini, saya telah mengumpulkan beberapa nasihat pakar hartanah dalam isu ini.

Boleh teruskan pembacaaan…

Jangan Beli Hartanah Dalam Masa 2 Tahun ini?

 

Jangan Beli Hartanah Dalam Masa 2 Tahun ini?

FAIZUL RIDZUAN

Bagi saya, saranan beliau sgt bagus kepada mereka yang tiada ilmu. Sebab harga hartanah dah banyak naik kalau dibandingkan 5-10 tahun lepas, jadi ada banyak hartanah yang boleh saya kategorikan sebagai overvalued. Jadi kalau anda tiada ilmu, seperti yang beliau kongsikan, lebih baik jgn beli apa-apa dalam 2 tahun ni dan guna masa ini utuk belajar.

Tetapi untuk mereka yang pernah belajar pasal pelaburan hartanah dan pasaran hartanah di Malaysia, saranan spt yang dibuat oleh Prof Hoo biasanya kami akan dengar, hormat dan abaikan. Sebab prinsip kami adalah setiap masa adalah masa yang elok untuk beli hartanah, kalau kita beli hartanah yang betul pada nilai yang betul.

Saranan saya, tolonglah cari ilmu kewangan dan jadi bijak wang dan pelaburan. Sebab bila ada ilmu, orang cakap apa pun kita boleh tahu betul atau tidak. Orang yang ada ilmu akan gunakan tahun 2015 untuk beli hartanah secara murah, dan orang yang takde ilmu akan tunggu sebab “pakar” suruh tunggu. Dan sebab “pakar” suruh tunggu, mereka upgrade besi buruk macam henfon dan kereta dulu. Lepas tu bila nak beli tahun 2017 nanti, mereka dapati harga rumah mass-market naik lagi sebab supply kategori mass-market, sampai skrg masih tak mencukupi…….

Tak guna salahkan orang lain atau kerajaan tiap-tiap hari sebab ini takkan ubah nasib kita. Kalau nak ubah nasib, cari ilmu dari orang yang betul, dan lepas tu usaha sehabis baik. Orang yang ada ilmu susah nak kena tipu/sontot.

Ikuti post lengkap di sini –> SALAH ORANG CINA LAGI? – JANGAN BELI HARTANAH DALAM MASA 2 TAHUN NI?

FAUZI AHMAD

Setiap masa adalah masa yang sesuai membeli rumah. Malah anda boleh beli setiap hari jika mampu. Yang penting anda perlu tahu bagaimana cara yang betul membeli/melabur dalam hartanah

Kita tiada bola kristal untuk lihat apa akan berlaku 2 tahun lagi. Dalam tempoh tersebut selagi hartanah itu memenuhi kriteria pelaburan kita, beli sahaja.

ZAIDI ISMAIL

Pendapat saya pula, korang nak tunggu atau nak beli rumah sekarang atau lagi 2 tahun tiada kena mengena dengan saya. Kalau saya ada duit , saya beli , kalau takda duit saya duduk diam-diam simpan duit buat modal. Masing-masing punya kapasiti tersendiri. Abam besar punya kapasiti besar , yang bilis ikutlah kapasiti bilis, yang penting jangan nganga dan laroooo dan tak buat apa-apa, itu lagi tragis.

Abam-abam besar dah bagi tahu dan dah bagi pendapat , hadam dan buat keputusan sendiri. Cuma satu jer … kalau nak beli rumah pertama dan tinggal sendiri saya tak galakkan , tak kira la bila korang nak beli , kalau nak beli untuk tinggal sendiri , biarlah rumah ke 3 ( kalau bujang) atau rumah ke 5 (kalau dah kahwin). Kalau tak percaya cuba tanya orang yang beli rumah pertama dan tinggal sendiri .. apa dia rasa.

AZIZUL AZLI AHMAD

Belian hartanah ada 3 cara, beli dari pemaju, pasaran sekunder dan pasaran lelongan. Pasaran yang dimaksudkan oleh Profesor ini mungkin belian dari pemaju.

Ada dua pasaran lagi yang kita boleh beli, iaitu sekunder atau bahasa kampungnya rumah terpakai dan hartanah terlelong. Pasaran ini sering dipandang sepi oleh golongan muda.

Kata mereka rumah ini tak cantik dan tidak wangi. Pasaran sekunder mula terjual banyak dibawah harga pasaran tahun ini, dan kadang kala harga ditentukan pembeli bila penjual terdesak.

Beli hartanah bukan soal waktu, ia soal kita telah bersedia atau tidak. Jika kita telah bersedia untuk ada komitmen membayar pembiayaan rumah, silakan beli sahaja.

Jika kita tunggu sampainya waktu hartanah jatuh harga, waktu itu ekonomi mungkin dah caca marba dan gila. Bank bank tentu sukar beri pembiayaan pada kita, kadar pinjaman juga pasti tinggi macam dulu kala (1997-1998). Bolehkah kita membeli?

Cadangan,

Jangan bermula membeli rumah yang mahal, saya seringkali sarankan anak muda membeli berdasarkan median gaji kita. Bukannya rumah yang kita suka.

Rumah pertama biar kecil dan sederhana. Hitung harga rumah berdasarkan kaki persegi (psf), bukan beli yang ada kolam mandi.

Malangnya ramai orang muda tidak tahu pengiraan rumah yang layak mereka beli berdasarkan gaji. Beli bukan hanya lihat harga tetapi nisbah kemampuan kita. Berapa harga rumah yang sesuai?

Gaji tahunan x 5.5 = harga kediaman yang layak kita dibeli.

Hartanah merupakan aset yang paling lambat terkesan akibat perubahan ekonomi. Ia tidak seperti instruments pelaburan lain yang cepat berubah.

Saya selalu pesan anak muda beli hartanah pada kadar 10%-20% dibawah harga pasaran, jika perubahan berlaku kita masih tidak terkesan.

Beli hartanah ini perlu ada ilmu, jangan terlalu awal atau terlalu lewat, sebab itu kita ajar.

Pemaju juga semakin tertekan tetapi margin keuntungan mereka masih mampu menampung 3 tahun kedepan, mereka telah hitung harga paku dan simen untuk 3 tahun kedepan baru letak harga rumah.

Kebarangkalian pemaju menurunkan harga rumah agak rendah, mereka mula menawarkan pelbagai hadiah percuma dari kipas, aircond dan tv plasma agar iman kita cair dan terus beli rumah.

Menyalahkan kerajaan, pemaju dan pelabur hartanah bukan langkah bijak. Mereka tidak membantu kita, kita harus bantu diri sendiri. Mereka terus rakus sebab mereka suka.

Bak kata ular dalam bangau oh bangau “dah memang makanan saya”

Skim kerajaan dan PR1MA masih dianggap mahal, pasaran sekunder jika kita bijak kita akan ada rumah pertama yang lebih murah dari yang ditawarkan.

Saya juga sarankan anak muda beli kediaman permulaan bawah RM200 000 sahaja, pasaran sekunder banyak kediaman jenis ini dimana mana.

Hartanah dan kouta bumiputra jika tidak terjual selepas tempoh tertentu akan dibuka kepada golongan bukan bumiputra, ia tidak kekal disitu selamanya.

Apakah kita nak biarkan tanah sekangkang kera ini dibuka kepada bukan bumiputera lagi ?

Ahli akademik dan politik seringkali merungut tentang statistik hartanah di Malaysia mahal, tetapi mereka tidak sediakan jalan keluar kepada masalah ini. Mereka juga suka salahkan orang.

Apakah ia penyelesaian yang baik, bila mahal kita “jangan beli?” Rumah adalah keperluan manusia.

Pelabur tegar hartanah terus kekal membeli dalam keadaan pasaran sekarang, mereka ada matlamat kewangan dan stategik yang disasarkan. Ingat, kita tak tinggal seorang didunia ini. Jika kita tak beli ramai lagi akan membeli.

Hartanah lelong dijangka bertambah mulai tahun depan, bersedialah.

Akhir kata, mengapa saranan ‘hebat’ ini hanya keluar di media Bahasa Melayu tetapi tidak dimedia bangsa lain. Kita memang suka perkara yang bawak kita kebelakang bukan?.

“Jika air dalam cawan masih panas jangan minum ditengahnya, minumlah dibahagian tepi”. Jika belum mampu beli yang mahal, beli yang kecil dan kawasan pinggiran dulu.

Bermulalah sekarang atau 2 tahun nanti kita menyesal.

Ikuti post lengkap Tuan Azizul di sini –> LAGI 2 TAHUN HARTANAH JATUH HARGA?

NAK BELAJAR HARTANAH & BISNES LAGI?

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.

2 Comments

  1. Nur syafiqah jamil 20/05/2016
    • Najib Mohamed 23/05/2016

Leave a Reply

CommentLuv badge
Takde Duit, Boleh Beli Rumah Ke? Tips beli Modal MinimaDownload Sekarang

Mahu belajar bagaimana saya melabur dalam
bisnes & hartanah

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.