Kepantasan Dalam Bisnes

Kebanyakannya daripada kita memulakan perniagaan dengan terlalu berhati-hati. Sampai kita bergerak terlalu lambat. Nasihat saya, buat bisnes laju-laju sampai orang tak boleh kejar kita.

Kepantasan dalam bisnes ialah satu elemen yang sangat penting. Saya amat tertarik dengan 5 prinsip kejayaan yang diamalkan oleh sebuah syarikat Jepun, Rakuten Inc.

5 Prinsip Kejayaan Rakuten Inc.

  1. Always Improve, Always Advance
  2. Passionately Professional
  3. Hypothesize→Practice→Validate→Shikumika
  4. Maximize Customer Satisfaction
  5. Speed!! Speed!! Speed!!

Rakuten Inc. merupakan salah sebuah syarikat pembekal perkhidmatan internet, e-kewangan dan telekomunikasi.

CEO Rakuten Inc, Hiroshi Mikitani menegaskan bahawa pada peringkat permulaan, seorang usahawan perlu komited untuk memahami kehendak pelanggan dan melakukan penambahbaikan dengan secepat mungin. Ia adalah satu proses pembaikan yang berterusan.

Kepantasan Dalam Bisnes

Dalam teknologi dan pengurusan pembuatan, Toyota telah memperkenalkan satu proses yang sekarang ini diguna pakai oleh kebanyakan syarikat. Proses tersebut dipanggil Kaizen – sentiasa memperbaiki dan meningkatkan kualiti produk/ servis kita.

Ubah Sesuatu Yang Mudah untuk Mendapatkan Kepantasan Dalam Bisnes

Sebagai contoh, di Rakuten Inc. masalah bahasa merupakan salah satu punca sesuatu perkhidmatan atau produk tidak boleh sampaikan dengan cepat setanding negara Amerika Syarikat dan Eropah. Jadi, Hiroshi telah membuat satu pengumuman khas bahawa semua staff diwajibkan belajar dan mahir bahasa Inggeris. Proses ini dipanggil Englishnization.   

Semasa proses ini, Rakuten Inc. telah menetapkan jadual untuk proses ini. Jadual ini diperhalusi dan dikemaskini agar sentiasa prestasi kerja dan perniagaan meningkat.

Seringkali, seorang usahawan yang mempunyai kebimbangan akan hanya melakukan banyak perancangan tetapi tiada tindakan.

Kononnya, buat perancangan supaya tidak gagal atau tidak rugi. Mereka tunggu idea tersebut sempurna sebelum ia dilancarkan.

Proses tersebut terlalu lama dan sebenarnya anda telah menganggung kerugian yang lebih besar daripada apa yang anda fikirkan. Iaitu kerugian masa!

Jadi, apa yang kita perlu buat sekarang? Ada idea terus validate. Ada permintaan? Ada yang sudah bayar? Fikir langkah seterusnya. Setiasa perbaiki dalam masa kita melakukan bisnes. Dan itu ialah sebaik-baik perancangan.

Dalam dunia perniagaan, kepantasan amat penting. Siapa yang lambat, dia akan ketinggalan. Sentiasa memperbaiki diri dan bisnes dari masa ke semasa.

 

NAK BELAJAR HARTANAH & BISNES LAGI?

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.

Leave a Reply

CommentLuv badge