Ketepikan Dulu Rancangan Perniagaan & Fokus Kepada Strategi!

Semua bisnes yang terbaik bermula daripada rancangan perniagaan yang menetapkan visi & misi dan cara-cara mencapai sesuatu matlamat. Jika, rancangan ini dibuat dengan terperinci, ia akan menjadi satu blueprint yang boleh dijadikan panduan.

Persoalannya sekarang, sejauh mana kita boleh merancang masa hadapan perniagaan kita dengan terperinci?

Jika anda lihat, rancangan perniagaan hanya mempunyai tujuan yang khusus. Sebagai contoh menunjukkan di mana anda berada sekarang dan matlamat anda dalam masa beberapa bulan dan tahun. Dalam bahasa mudah, bagaimana anda untuk bergerak dari titik A ke titik B.

Isi kandungan rancangan perniagaan

Contoh Isi Kandungan Rancangan Perniagaan

Masalahnya sekarang, bagi yang mula berniaga atau di peringkat start up, anda mempunyai sangat sedikit maklumat dan cara terbaik untuk anda sampai ke titik B. Kerana pada peringkat ini, asas perniagaan mereka belum lagi kukuh, sebagai contoh apa produk mereka dan siapa pelanggan mereka.

“Planning and forecasting are only accurate when based on a long, stable operating history and a relatively static environment, Startups have neither.” Kata-kata dari Eric Ries  dalam buku beliau The Lean Startup. “

Rancangan Perniagaan jadi semakin tidak relevan

Yang paling utama, pelanggan anda tidak pernah mengambil berat tentang rancangan perniagaan anda. Dan pada masa ini, pelabur juga sudah kurang gemar. Tiada siapa yang sanggup meluangkan masa membaca 20 helai penerangan atau bebelan yang belum pasti kejayaannya. Sebagai contoh Y Combinator, yang berpangkalan di Silicon Valley dan telah membantu memberikan dana kepada 500 syarikat dalam masa 9 tahun dan antaranya ialah Airbnb, Reddit dan Dropbox.

Mereka melihat setiap aspek perjalanan perniagaan tetapi satu perkara yang tidak diperlukan untuk mendapat dana daripada mereka ialah rancangan perniagaan. Kerana mereka tidak pernah membacanya.

Lakar Model Bisnes dengan Business Model Canvas

Untuk menyiapkan sesebuah rancangan perniagaan, anda akan mengambil banyak masa untuk menulis dan membuat kajian masa hadapan. Bagi menjimatkan masa dan terus kepada pelan tindakan, anda boleh lakukan segala idea dan hipotesis anda dengan Business Model Canvas.

Ia fokus kepada masalah, penyelesaian, kelebihan, kekurangan, untung rugi dan kos-kos yang terlibat secara pantas.

Berikut adalah contoh Business Model Canvas dan Lean Canvas,

Rancangan Perniagaan - BMC

Business Model Canvas merupakan satu revolusi rancangan perniagaan.

 

Rancangan Perniagaan - Lean Canvas

Lean Canvas

Model ini memberikan informasi maklumat yang sama dengan rancangan perniagaan yang tradisional, tetapi lebih padat dengan satu halaman sahaja. Ia juga memberikan kita fleksibiliti untuk menukar ke plan B jika pelan A tidak berjaya, serta membolehkan anda untuk beralakih kepada pendekatan baru tanpa kehabisan sumber.

Apabila anda bertemu dengan bakal pelabur, anda tidak mempunyai banyak masa untuk menerangkan visi keseluruhan anda. Jika anda bileh menerengkan masalah pelanggan anda dengan jelas dan ringkas, anda boleh sampai kepada penyelesaian dan tujuan bisnes anda.

Bagaimana untuk bermula?

  1. Luangkan 15-20 minit untuk mengisi petak-petak di Business Model Canvas atau Lean Canvas (Dapat mengetahui adakah anda betul-betul tahu dan kenal dengan bisnes anda)
  2. Kenalpasti bahagian-bahagian yang berisiko dalam bisnes anda. Mulai sekarang anda boleh mengkaji strategi-strategi. Kumpulkan data. Buat validation. Uji perkara yang paling asas dalan perniagaan anda. Sebagai contoh, segmen pelanggan. Bagaimana cara yang efektif untuk informasi produk anda sampai ke pelanggan? Online atau offline? Buat kajian. Sekali gus anda akan mengelakkan kerugian.
  3. Kaji bisnes model anda dalam tempoh seminggu hingga sebulan. Kemas kini penemuan dan hasil kajian semasa anda buat validation. Kemungkinan anda akan menemui kegagalan dan beberapa strategi dan proses. Dan anda perlu ingin, proses ini bukan hanya sekali sahaja, ianya sentiasa berubah mengikut peredaran ekonomi dan teknologi.

Kesimpulan

Untuk sesiapa yang ingin mula berniaga, fokuskan bisnes anda dari membawa nilai tawaran (produk/ servis) kepada segmen pelanggan. Jangan bazirkan masa mengarang rancangan perniagaan tradisional yang panjang berjela dan berpuluh-puluh helai muka surat. Tiada orang yang sudi membacanya. Saya rasa, lepas siap pun, anda pun tidak akan membacanya.

Contoh BMC

Anda boleh mendapatkan gambaran keseluruhan perniagaan dengan hanya satu muka surat dan mendapat tahu perkara yang penting dengan cepat.

 

NAK BELAJAR HARTANAH & BISNES LAGI?

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Takde Duit, Boleh Beli Rumah Ke? Tips beli Modal MinimaDownload Sekarang

Mahu belajar bagaimana saya melabur dalam
bisnes & hartanah

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.