Mengapa Memilih Pelaburan Hartanah?

Sejak dua menjak ini, pelaburan hartanah merupakan satu medium pelaburan yang tidak asing bagi rakyat Malaysia. Ramai yang sudah celik ilmu dek kerana banyak seminar-seminar hartanah di luar sana mengajar tentang baik dan bagusnya pelaburan hartanah ini.

Bagi yang baru melabur, pastikan setiap pembelian hartanah mempunyai matlamatnya. Bukan ikut suka dan bukan hanya nak dapat duit cepat. Pelaburan hartanah ialah pelaburan jangkamasa panjang. Lihat kehadapan.

Mengapa Memilih Pelaburan Hartanah

Mengapa memilih Pelaburan Hartanah?

Jadi, harini saya kongsikan beberapa sebab mengapa kita mesti melabur dalam pelaburan hartanah.  Antara matlamat yang saya gunakan dalam pelaburan hartanah.

#1 – DANA PERSARAAN

Mengumpul dana persaraan menggunakan instrument hartanah sebenarnya adalah lebih mengujakan berbanding instrument-instrumen lain seperti KWSP, unit amanah dan sebagainya. Mengapa?

Jika bermula bekerja pada usia 25 tahun dan membeli rumah pertama selepas 6 bulan bekerja dengan harga RM150,000, maka selepas 20 tahun (iaitu usia 45 tahun) harga umah sudah meningkat sekali ganda iaitu RM300,000. Katakan anda ingin bersara pada usia 55 tahun maka anggaran harga rumah anda pada RM450,000. Maka dana persaraan yang anda peroleh adalah sekitar RM300,000 (RM450,000 – RM150,000 = RM300,000)

Ini baru sebuah hartanah. Katakan pada usia 35 tahun anda membeli rumah kedua dengan harga RM400,000. Maka pada usia 55 tahun, harganya telah meningkat kepada RM800,000! Wow keuntungan RM400,000.

Dengan hanya dua buah hartanah anda telah memiliki dana persaraan sebanyak RM700,000 (RM300,000 + RM400,000). Bayangkan jika anda memiliki tiga, empat atau lima hartanah?

#2 – DANA PENDIDIKAN ANAK-ANAK

Jumlah kos pendidikan di dalam negara adalah sekitar RM20,000 ke RM100,000. Manakala kos pendidikan di luar negara adalah sekitar RM100,000 – RM300,000. Semuanya bergantung kepada bidang yang dipilih beserta negara pilihan.

Jika ibubapa membeli hartanah pada hari ini dengan harga RM250,000, maka selepas 20 tahun, harga hartanah akan meningkat menjadi sekitar RM500,000. Jika bernasib lebih baik kerana pelbagai faktor, mungkin juga ia melonjak ke RM600,000.

Maka, RM500,000 tolak RM250, 0000 adalah RM250,000 adalah keuntungan tunai yang diperoleh jika hartanah tersebut dijual selepas 20 tahun

Dengan jumlah sebanyak itu, ibubapa tidak perlu pening lagi mengenai dana pendidikan anak-anak. Ia  sudah cukup untuk membiayai pendidikan anak anda di dalam atau luar negara selama 4-5 tahun, termasuk yuran, duit makan, tempat tinggal, dan lain-lain.

#3 – MENGHASILKAN PELBAGAI ALIRAN PENDAPATAN

Kelebihan pelaburan hartanah menghasilkan aliran pendapatan dari lebihan sewa dan keuntungan dari peningkatan harga hartanah

(a) Pendapatan sewa:

Jika bayaran bulanan hartanah anda kepada bank adalah RM700 dan ia disewakan dengan RM1,000, maka aliran positif sewa adalah RM300 sebulan bagi sebuah rumah. Jika anda memiliki 10 buah rumah pula, ia menghasilkan RM3,000. Maka ini boleh dikira sebagai pendapatan pasif kerana tanpa bekerja, anda memiliki RM3,000 sebulan.

(b) Keuntungan daripada kenaikan harga hartanah

Apabila anda beli hartanah pada harga RM 200,000 pada masa sekarang, dalam masa 10 ke 20 tahun ia meningkat kepada RM400,000 mengikut kawasan dan pasaran. Harga hartanah akan meningkat secara perlahan-lahan mengikut masa disebabkan oleh inflasi serta aktiviti penawaran dan permintaan terhadap bahan-bahan mentah yang menyebabkan kos pembinaan meningkat.

 

NAK BELAJAR HARTANAH & BISNES LAGI?

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Takde Duit, Boleh Beli Rumah Ke? Tips beli Modal MinimaDownload Sekarang

Mahu belajar bagaimana saya melabur dalam
bisnes & hartanah

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.