Nak Beli Hartanah Freehold Sahaja?

Nak Beli Hartanah Freehold Sahaja?

Saya terima banyak rungutan apabila memberitahu sesuatu hartanah itu leasehold. Mesti client tanya, yang freehold takde ke?

Lama kelamaan makin banyak persoalan yang saya dengar. Jadi, mungkin artikel ini dapat membuka minda sedikit mengenai soal hartanah freehold dan leasehold.

Nak beli hartanah Freehold sahaja?

Habis siapa nak beli tanah leasehold? Sebelum terus terjah, membuta tuli, harus diperhalusi apa maksudnya..

+ HARTANAH FREEHOLD

Pegangan bebas. Maknanya pemilik bebas memiliki tanah untuk tempoh selama-lamanya.

+ HARTANAH LEASEHOLD

Nama pun ‘lease’ yang bermaksud pajakan. Maksudnya pegangan kita ke atas hartanah ini hanyalah untuk satu tempoh yang ditetapkan oleh kerajaan negeri/ pejabat tanah. Selalunya 99 tahun.

Habis tu, habis tempoh kena pulang balik kepada kerajaan negeri lah? Tidak semestinya, kerana pemilik hartanah diberikan kebenaran untuk memperbaharui tempoh pajakan dengan membayar sejumlah premium mengikut kadar semasa.

Jangan tunggu tempoh pajakan itu habis. Anda boleh memperbaharui tempoh pajakan jika baki pajakan tinggal 50 tahun.

Memang tidak dinafikan, proses penukaran nama untuk sesuatu pembelian hartanah leasehold akan mengambil masa yang lebih panjang dari hartanah freehold. Kerana perlu kebenaran dari Pejabat Tanah. Walaubagaimanapun, ianya bukan satu penghalang untuk membeli hartanah ini.

Jadi, masih ragu-ragu nak beli hartanah leasehold? Sebenarnya tak kira, hartanah freehold ke leasehold, jika sultan atau kerajaan negeri nak balik, mereka boleh je ambil dengan alasan pembangunan. Tapi ada pampasan lah.

+ LEASEHOLD < 60 tahun

Kebanyakan bank tidak mahu membiaya jika hartanah tersebut leasehold bawah dari 60 tahun. Jika terjumpa dan nak beli, boleh elakkan. Jika ada pun, margin pinjaman yang diberikan sangat sedikit.

Ada cash, boleh beli secara tunai. Dan boleh ambil peluang ini untuk jadikan point untuk nego harga dengan owner serendah yang mungkin.

ANDA PELABUR?

Bagi para pelabur, status leasehold hanyalah faktor yang kecil. Apa yang penting adalah pengiraan ROI dan capital gain untuk akan datang.

ANDA MENCARI RUMAH KEDIAMAN?

Jika anda ingin membeli rumah sebagai tempat tinggal, carilah rumah freehold. Rumah tersebut boleh digunakan untuk jangka masa yang lama.

Jika bercadang untuk berpindah pada masa hadapan, status leasehold juga bukanlah satu masalah besar.

p/s: Jika anda suka property, jangan lupa like fanpage saya –> www.facebook.com/kakiproperty.my

kakiproperty

NAK BELAJAR HARTANAH & BISNES LAGI?

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.

2 Comments

  1. #shahzaidi 22/12/2015

Leave a Reply

CommentLuv badge
Takde Duit, Boleh Beli Rumah Ke? Tips beli Modal MinimaDownload Sekarang

Mahu belajar bagaimana saya melabur dalam
bisnes & hartanah

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.