Perancangan Kewangan: Datang Sendiri Bila Waktu Terdesak

Cuba cari di mana saya? Gambar Kenangan Kem BTN 2003 ALG 5 INTEC

Perancangan kewangan, bila ianya bermula dalam diri saya…

Jun 2001. Teringat pada peristiwa lama sewaktu saya belajar pra universiti di Seksyen 17, Shah Alam.

Kenangan tersebut memang tidak dapat saya lupakan dan membuatkan saya lebih bersemangat untuk maju kehadapan.

Tahun tersebut boleh juga dikatakan juga sebagai tahun yang susah bagi keluarga saya. Tanggungan melebihi pendapatan.

Kedua-dua abang masih lagi di universiti dan masih lagi memerlukan bantuan keluarga.

Setelah dibahagi perbelanjaan sekolah adik–beradik, saya cuma memperolehi RM70 sebulan.

Selamat jugalah kiranya, semasa menunggu keputusan SPM, saya sempat bekerja untuk menambah wang saku dan wang tersebut digunakan untuk membeli kelengkapan dan yuran kemasukan ke universiti.

Sempat juga la merasa bagaimana hidup dengan RM70 sebulan selama 4 bulan. Biasiswa yang patut saya perolehi, mengalami kelewatan. Memang perit masa itu, tetapi apakan daya.

Sehari sebungkus nasi lemak nilainya RM30 sebulan, Roti dan Jem nilainya RM20 sebulan dan RM20 lagi saya gunakan untuk membayar kos photostat buku-buku pelajaran (ini dah kira lanun dah nih, hendak beli, harganya mahal).

Bukan pasal nasi lemak yang saya hendak cerita, tetapi bermula pada saat itulah saya belajar untuk mengawal wang. Bukan wang yang mengawal saya.

Pada masa itu saya bercita-cita untuk keluar dari tampuk kesusahan bersama-sama dengan keluarga.

Sejak daripada itu, penyata kewangan menjadi catatan harian saya.

BACA JUGA:  Betul ke jadi bujang tak elok untuk perancangan kewangan?

Bil-bil, resit bank bagaikan nota kuliah di simpan kemas di dalam satu fail. Ini merupakan satu tips di mana anda dapat mengawal masa hadapan perancangan kewangan anda 😉

To get where you want go, you need to know where you are…

Sebelum anda ingin berjaya dalam kewangan, anda perlu tahu bagaimana situasi kewangan anda sekarang. Buat perancangan kewangan anda.

Catatkan aliran tunai keluar masuk dan pendapatan pasif yang anda perolehi pada bulan tersebut. Bil-bil mahupun resit bank adalah sebagai bukti catatan anda.

BACA JUGA:  Kenapa Perlu beli rumah seawal umur 20 tahun?

Dengan itu anda dapat mengawal perbelanjaan peribadi dan seterusnya anda dapat membuat anggaran perbelajaan setiap bulan anda. Lama-lama anda akan berjaya dalam perancangan kewangan anda.

Selamat berjaya!

NAK BELAJAR HARTANAH & BISNES LAGI?

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Takde Duit, Boleh Beli Rumah Ke? Tips beli Modal MinimaDownload Sekarang

Mahu belajar bagaimana saya melabur dalam
bisnes & hartanah

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.