Pulangan Pelaburan Hartanah – Portfolio Pelaburan Selamat

Pulangan Pelaburan atau dalam bahasa inggeris dipanggil Return on Investment (ROI) merupakan satu indikator atau analisis yang penting buat pemilik perniagaan dan pelabur untuk mengetahui sejauh mana keuntungan sesuatu bisnes atau pembelian hartanah.

Pulangan Pelaburan Hartanah 1

Ini merupakan konsep penting yang harus kita ketahui sebelum melabur. Jika kita ketahui berapa pulangan untuk sesuatu pelaburan, sudah semestinya kita dapat menjawab soalan “Berapa banyak untung yang saya boleh dapat setiap sen yang saya laburkan?”.

Bagi saya, pelaburan hartanah ialah salah satu pelaburan yang paling selamat. Setiap pelaburan mempunyai risiko. Jika salah langkah, pelaburan hartanah juga akan memberikan kita kerugian dan kerugiannya melibatkan puluhan ribu ringgit. Tapi, risiko pelaburan hartanah dapat dikurangkan melalui sedikit kajian dan perancangan yang teliti.

Strategi pelaburan hartanah yang paling popular sekarang ialah melalui strategi penyewaan. Strategi yang sangat popular dan ramai pelabur menggunakan strategi ini dalam salah satu cabang punca pendapatan mereka.

Dengan strategi ini, pelabur hartanah akan memperolehi dua jenis pendapatan:

  1. Pendapatan pasif daripada sewaan bulanan
  2. Pendapatan portfolio daripada peningkatan nilai jualan hartanah (Hanya akan diperlolehi jika pelabur refinance rumah atau menjualkannya)

Pulangan Pelaburan Hartanah 2

Berapakah pulangan pelaburan hartanah yang terbaik?

Saya sering menggunakan pendekatan simpanan tetap/ fixed deposit (FD)dan bonus & dividen daripada Amanah Saham Bumiputera (ASB). Sebagai panduan, kadar hasil sewa hartanah mesti dua kali ganda lebih daripada kadar FD sedia ada dan lebih banyak dari bonus & dividen ASB.

Kita perlu ingat bahawa pelaburan hartanah mengambil masa untuk dicairkan dibandingkan dengan FD dan ASB. Selain itu juga, pelaburan hartanah ini banyak melibatkan isi-isu pengurusan harta, pinjaman dan guaman. Oleh sebab itu, pendekatan dua kali ganda kadar pulangan FD dan lebih dari kadar pulangan ASB adalah penanda aras yang munasabah.

Setiap strategi bergantung kepada lokasi dan beberapa faktor lain seperti:

  1. Jenis hartanah
  2. Saiz hartanah
  3. Bayaran pinjaman bulanan dan lain-lain kos pengurusan

Pulangan Pelaburan Hartanah 9

Apakah jenis hartanah yang terbaik untuk pelaburan 2015?

Adakah dengan membeli rumah teres? Membeli shoplot atau membeli apartment atau kondominium? Jika fokus porfolio pelaburan anda untuk mendapatkan pendapatan pasif, jadi apartment dan kondominium masih lagi yang terbaik. Dapatkan di lokasi yang terbaik, saya pasti permintaan masih ada.

Pulangan Pelaburan Hartanah 10

Jual atau sewakan?

Terdapat bebeberapa faktor yang perlu anda ambil kira bagi membuat keputusan. Ambil kira faktor yang memberikan kesan secara tak langsung kepada hartanah anda dalam masa yang terdekat.

Jika anda mahu menjual,

  1. Sudah semestinya harga jual mesti lebih daripada harga pembelian hartanah anda.
  2. Periksa nilai pasaran samada mengupah penilai hartanah atau mendapatkan nilai traksaksi terakhir jualan untuk hartanah yang serupa.
  3. Buat pengiraan Cukai keuntungan Harta Tanah (CKHT) jika hartanah yang nak dijual kurang dari 5 tahun pembelian. Baca mengenai CKHT di sini.
  4. Dapatkan bantuan Perunding Hartanah professional untuk mendapatkan khidmat nasihat dan keuntungan jualan yang sebenar.

Pulangan Pelaburan Hartanah 7

Jika anda mahu menyewakan,

  1. Pastikan aliran tunai bulanan dan bayaran pinjaman bulanan dapat menghasilkan pendapatan yang positif.
  2. Buat pengiraan kos terhadap kos-kos lain seperti cukai pintu, kos selenggara dan kos-kos lain yang terlibat.
  3. Fikirkan juga mengenai permintaan. Permintaan berkait rapat dengan lokasi hartanah. Lokasi yang terbaik, memudahkan mendapat penyewaan.
  4. Masih lagi ada keuntungan yang menarik? Jika negatif, anda perlu befikir secara mendalam. Adakah ia bakal mempunyai nilai jualan yang tinggi untuk tahun-tahun akan datang?

Pulangan Pelaburan Hartanah 5

Saya ada sebuah kondominium di Mont Kiara Untuk Di Jual!

Berikut adalah detail mengenai kondominium. (Gambar-gambar di atas ialah gambar sebenar kondo tersebut.)

Property name: Mont Kiara Pines
Property type: Condominium
Tenure: Freehold
Year built: 1993
Bedrooms: 3
Bathrooms: 2
Price RM: 850,000 (nego)
PSF price: RM 699.01 psf / RM 7,524.12 psm
Built-up size: 1216 sqft / 113 sqm
Furnishing: Fully Furnished
Floor Level: Middle Floor

Hubung saya di talian: 017-2794464 untuk perbincangan lebih lanjut. Direct Owner dengan saya 🙂 atau PM saya di FB –> https://www.facebook.com/messages/najib.mohamed

 

NAK BELAJAR HARTANAH & BISNES LAGI?

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Takde Duit, Boleh Beli Rumah Ke? Tips beli Modal MinimaDownload Sekarang

Mahu belajar bagaimana saya melabur dalam
bisnes & hartanah

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.