Seni Bisnes Start Up

Bagi yang berminat menjadi usahawan atau terlibat dalam bisnes, kita perlu jelas dulu apa niat dan mengapa kita menceburi bisnes.

Senaraikan dahulu ‘experience’, ‘growth’ & ‘contribution’ yang ingin kita capai dengan berbisnes ini.

Antara perkara yang penting dalam bisnes adalah teknik ‘menggodam’ bisnes dan menskalakan bisnes.

Kadang-kadang kita rasa bisnes kita tak boleh pergi dah tapi sebenarnya kita belum ‘godam’ lagi bisnes kita. Kita perlu tahu dulu bahagian mana yang bermasalah samaada produk/servis, marketing, customer relation, finance, operation dan lain-lain sebelum kita tentukan solusi yang sesuai.

Teknik Kira-Kira Bisnes

Kemudian apabila nak tambahkan pendapatan syarikat, kita perlu tahu terlebih dahulu guna Teknik Kira-kira Bisnes:

Antaranya:

1. Berapakah kos mendapatkan seorang pelanggan?

2. Berapakah margin dan nilai keuntungan yang diperolehi daripada seorang pelanggan ?

3. Berapakah jualan bagi setiap pembelian pelanggan?

4. Berapakah nilai seorang pelanggan kita?

5. Berapakah KPI minima jualan yang mesti kita capai untuk merealisasikan jualan sebanyak RMxxxxx sebulan dan RMxxxxx keuntungan bersih sebulan.

6. Berapa ramaikah pelanggan yang diperlukan bagi tujuan tersebut?

7. Bagaimana untuk mengira Return on Investment (ROI)?

dan beberapa kiraan lagi mengikut keperluan bisnes.

Pasukan bisnes juga penting bagi usahawan yang ingin memperkembangkan serta meninggalkan legasi dalam bisnes.

Siapakah yang membuat kerja-kerja

  • Finance
  • Operation
  • Marketing
  • Customer service
  • Administration
  • Human Resource
  • Research & development

Mungkin di awal-awal bisnes, kita perlu melakukan semua. Sampai suatu tahap kita akan rasa ‘burn out’. Jadi kita perlu ada mindset untuk membina pasukan bisnes untuk lebih berkembang. Persoalannya, bilakah masa yang sesuai untuk mengambil staf? Antara perkara yang perlu diambil tahu adalah keperluan, cashflow dan jangkaan dalam bisnes kita.

Bagi yang sudah mempunyai staf, bagaimana cara untuk kita mendorong staf untuk membangunkan syarikat? Jika setiap masa kita perlu monitor dan ingatkan staf kita itu maksudnya simptom yang kurang sihat dalam bisnes. Kerana pada asalnya kita mengambil staf untuk memudahkan kerja dan supaya kita boleh fokus pada tugasan lain yang lebih penting.

Sistem KPI, laporan dan pemantauan adalah perkara yang penting bagi usahawan yang ingin memantapkan pengurusan bisnes. Dengan hanya melihat angka-angka dan metrik tertentu, maka kita boleh tahu apa yang sedang berlaku dalam syarikat kita. Ini ilmu yang best.

Apa pula beza syarikat enterprise, PLT & Sdn Bhd?

Manakah satu yang sesuai untuk kita daftarkan?

Perlukah kita membayar cukai atau mengelakkannya?

Sebelum kita melakukan apa jenis pemasaran kita perlu mengetahui asas kepada seni marketing..

Antaranya adalah teknik picu pengaruh seperti berikut:

1. Komitmen dan konsisten
2. Repcirocity
3. Bukti sosial
4. Liking
5. Autoriti
6. Scarcity

Selain itu, dengan mengenal avatar pelanggan secara spesifik, baru kita dapat buat copywriting (ayat iklan) dengan lebih dekat di hati pelanggan.

Selepas itu baru digabungkan dengan pelbagai jenis marketing online & offline seperti bunting, website, fbads, Google adwords, mudah.my dan banyak lagi.

Dengan pelbagai channel yang perlu kita gunakan, pada akhirnya kita akan mengetahui manakah teknik marketing yang sesuai dengan bisnes kita.

Seni Bisnes Start Up

Strategi untuk melancarkan produk 6 angka turut dikongsikan oleh Tuan Haryzat Zulzahary

seni bisnes start up

Ini semua adalah sedikit ilmu yang saya belajar dan sempat kongsikan dari Tuan Haryzat melalui ebook terbaru beliau yang hangat di pasaran 🙂

Ebook ini adalah merupakan puluhan dan ratusan buku & ebook bisnes yang saya pernah ada dan kandungannya amat berkualiti.

Sebab itu saya berani rekomen kepada anda yang berminat untuk menjadi usahawan atau ingin memperkembangkan bisnes. Tidak kira sama ada anda baru menjadi usahawan atau sudah lama. Kandungannya sesuai untuk usahawan SME dan kena pada realiti di Malaysia.

Jika anda berminat untuk mengetahui apakah isi kandungannya, boleh lihat di sini :–> Seni Bisnes Start Up

Sesiapa yang beli melalui link ini, boleh claim Ebook Bayar Cukai Untung Pakai secara percuma daripada saya 🙂

 

NAK BELAJAR HARTANAH & BISNES LAGI?

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Takde Duit, Boleh Beli Rumah Ke? Tips beli Modal MinimaDownload Sekarang

Mahu belajar bagaimana saya melabur dalam
bisnes & hartanah

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.