Tahu Pasaran Hartanah Sebelum Beli Rumah

Tahu Pasaran Hartanah Sebelum Beli Rumah

Tahu Pasaran Hartanah Sebelum Beli Rumah. Di dalam pelaburan hartanah, ilmu pemasaran sangat penting. Bukan hanya semasa nak jual rumah, tetapi sebelum beli rumah lagi.

Sebelum beli kita harus mengetahui secara kasar pasaran hartanah rumah yang kita nak beli. Jangan main beli je.

Strategi Beli dan Jual

Kalau kita nak gunakan strategi beli dan jual, harus kita faham adakah rumah ini mampu dijual atau tidak. Untuk mengetahuinya, perlu melihat sekeliling. Bagaimana dengan infrastruktur projek tersebut? Sudah ada jalan keluar masuk? Sudah ada petrol station? Sudah ada shoplot disekeliling? Lagi bagus kalau sudah ada Mydin atau pasaraya besar yang lain.

Jika belum, biasanya ia akan menyukarkan kita untuk menjualnya selepas ia siap. Boleh jual. Tapi lambat. Kenaikan harganya pula agak lambat.

Strategi Sewaan

Kalau kita beli rumah tersebut untuk aliran tunai positif, kena kenalpasti siapakah bakal penyewa nanti. Pelajar? Keluarga? Orang bujang? Warga asing professional? atau sebagainya.

Tak boleh main beli lepas tu baru nak fikir siapalah nak sewa rumah kita ni. Kalau macam tu biasanya susah kita nak kembangkan pelaburan hartanah kita.

Kadar sewa semasa. Ini amat penting. Kita juga kena tahu membuat anggaran kenaikan kadar sewa pada masa depan. Cubalah survey dengan jiran-jiran sebelah atau lihat laman hartanah di online seperti Mudah.my atau PropertyGuru.com.my. Dah berapa lama berikan sewa kadar itu. Kemudian bolehlah kita buat perancangan mengenai kadar sewa yang kita nak tetapkan.

Keadaan Sekeliling

Bagaimana pula kondisi jiran sebelah. Baik atau ‘ganas’? Kalau ‘ganas’ nanti dia akan kacau penyewa kita pula. Susah pula kita nak bagi sewa. Jadi, sebelum beli kena periksa dulu semua ini.

Keadaan Pasaran Hartanh & Ekonomi

Keadaan ekonomi juga memainkan peranan penting. Biasanya jika kita beli rumah projek dan ianya siap semasa kegawatan, maka agak sukar kita nak bagi sewa. Tetapi bergantung kepada jenis rumah dan kadar sewa lah. Pun begitu, jika kita beli rumah dan bayarannya tak boleh di’cover’ dengan sewa, lagi sakit namanya.

Begitulah serba ringkas tip 6K yang pertama. – Know Your Market. Think about it before you buy any property.

NAK BELAJAR HARTANAH & BISNES LAGI?

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Nak Jual Rumah Anda Cepat? Saya boleh bantu anda.WhatsApp Saya Sekarang!

Mahu belajar bagaimana saya melabur dalam
bisnes & hartanah

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.