7 Tips Mudah & Jimat Ubahsuai Rumah Tanpa Upah Pereka Hiasan Dalaman

7 Tips Mudah & Jimat Ubahsuai Rumah Tanpa Upah Pereka Hiasan Dalaman

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Artikel kali ini, saya bawakan satu teknik yang perlu pelajari oleh tuan rumah, agar rumah sewa anda nampak lebih ceria dan memudahkan orang ingin menyewanya dan lebih penting, anda boleh menyewa hartanah anda dengan nilai yang lebih tinggi daripada tuan rumah lain.

InsyaAllah, ini baru artikel pertama untuk hiasan dalaman, jadi perlu go for basic!

Jadi berikut adalah 7 Tips Mudah &  Jimat Ubahsuai Rumah Tanpa Upah Pereka Hiasan Dalaman..

1- Percaya kepada keupayaan dan kelebihan diri sendiri

Sematkan dalam jiwa dan hati anda yang anda boleh lakukannya, jangan ragu-ragu dan jangan takut untuk menerokai perkara baru kerana setiap orang, Allah telah kurniakan kreativiti dan kebolehan yang berbeza-beza. Jadi, percayalah diri anda yang anda boleh lakukannya!

2- Tetapkan konsep gubahsuai rumah yang diingini

Dengan adanya konsep gubahsuai pilihan, maka itu akan menjadi matlamat utama anda untuk mendapat dekorasi yang diingini. Contohnya, anda ingin memilih dekorasi berkonsepkan ringkas dan moden, maka kriteria dan konsep lain haruslah diketepikan. Usaha yang dilakukan dengan tanpa matlamat umpama permulaan yang tiada penamat. Maka, tetapkan matlamat anda dan anda akan lebih focus dengan apa yang diingini

3- Buat sedikit kajian mengenai rekaan dan contoh-contoh ubahsuai rumah

Tidak kira sumber dari online atau offline, kumpul segala maklumat gubahan hiasan dalaman yang menjadi matlamat utama anda. Sepertimana yang kita setahui, kini sumber online sangat banyak, mudah diperoleh dan percuma (seperti google, website hiasan dalaman dan lain-lain) berbanding sumber offline yang agak terhad (seperti majalah, keratan akhbar dan lain-lain).

4- Rujuk kepada rakan-rakan interior designer anda

Anda boleh dikategorikan sebagai insan yang amat bertuah jika anda mempunyai rakan-rakan yang pernah belajar atau bekerja di dalam bidang hiasan dalaman. Tanyalah pendapat mereka kerana mereka mampu memberikan idea-idea yang pasti memukau anda dalam proses menghias rumah anda menjadi rumah syurga!

5- Bandingkan harga

Buat sedikit perbandingan harga untuk membeli sesuatu barangan. Contohnya anda ingin membeli meja makan, bandingkan harga dari beberapa sumber yang menjual meja makan tersebut. Jangan lupa masukkan juga kos penghantaran dan kos-kos lain di dalam pengiraan anda untuk mendapatkan perbandingan yang lebih tepat. Dengan ini anda dapat memiliki perabot atau barangan hiasan idaman anda dengan harga yang lebih berpatutan dan mengelakkan ‘menyesal di kemudian hari’.

6- Beli barangan yang diperlukan sedikit demi sedikit

Tidak semestinya anda perlu membeli kelengkapan hiasan rumah anda sekaligus. Untuk tips jimat, digalakkan secara berperingkat. Contohnya sebulan sebuah perabot. Dengan membeli sedikit demi sedikit, impian anda untuk memiliki hiasan rumah idaman adalah tidak mustahil.

7- Gubah semula perabot lama kepada nafas baru

Perabot lama sedia ada di rumah anda jangan dibuang! Tukarkan wajah perabot lama kepada sentuhan baru dengan memperbaikinya atau mencatkannya dengan warna yang menarik. Lebih jimat dan berbaloi-baloi kan?

Contoh hiasan dalaman yang simple tetapi menarik 🙂

7 Tips Mudah & Jimat Ubahsuai Rumah Tanpa Upah Pereka Hiasan Dalaman

 

Hiasan Dalaman

 

hiasan dalaman

 

NAK BELAJAR HARTANAH & BISNES LAGI?

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Takde Duit, Boleh Beli Rumah Ke? Tips beli Modal MinimaDownload Sekarang

Mahu belajar bagaimana saya melabur dalam
bisnes & hartanah

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.