Untung berniaga $1 juta Sebelum 2 tahun!

Believe it or not? Believe it. Bagaimana boleh mendapatkan keuntungan sebanyak itu? Untung berniaga $1 juta Sebelum 2 tahun!

Perkara ini telah dibuktikan oleh pengasas AppSumo iaitu Noah Kagan. Beliau bermula dengan menjual produk digital iaitu perisian Imgur dan memperoleh pelanggan pertama kurang dari 1 hari. Yang pasti, perisian yang beliau jual itu bukan miliknya.

Apakah prinsip yang digunakan oleh beliau? Apakah strategi beliau lain daripada yang lain?

Noah Kagan berkata,

“Ramai usahawan yang berada dalam piramid bisnes yang rugi. Mereka hasilkan produk terlebih dahulu. Kemudian baru fikir macam mana mahu jual.”

Saya pasti ramai yang berbuat begini bila hendak berbisnes. Sewaktu ketika dahulu pun saya begitu juga. Apa yang boleh saya katakan, cara ini amat berisiko, malah jika tidak betul-betul, kita boleh tanggung rugi dan boleh tutup bisnes.

Kita sangka kita telah keluarkan atau cipta produk yang sangat bagus. Tetapi hakikatnya, ianya tidak laku. Tiada orang yang beli dan lebih menyedihkan, tiada seorang pun yang sanggup keluarkan duit untuk membeli.

Kita lebih mementingkan produk daripada mencari pelanggan yang akan membayar produk kita. Jika tiada pelanggan, bagaimana kita ingin terus dalam bisnes?

Jadi, selepas ini, anda mahu cari pelanggan terlebih dahulu atau cari/ reka produk terlebih dahulu?

Untung Berniaga

Buatkan pelanggan beratur untuk mendapatkan produk kita. Macam gambar di atas..

4 ilmu mula berniaga untuk untung $1 juta

Noah Kagan telah berkongsi bagaimana beliau membuat keuntungan $1 juta kurang dari 2 tahun menjalankan perniagaan. Antara tips beliau:

  1. Jangan cari atau buat produk dahulu.
  2. Cari pelanggan.
  3. Jual produk yang kita mahu buat kepada pelanggan terlebih dahulu.
  4. Apabila ada orang yang sanggup membayar untuk produk tersebut, baru cari produk.

Senang bukan?

Dengan cara ini, Noah Kagan dapat mengesahkan produk yang bakal dijual akan mendapat sambutan daripada pelanggan. Dengan senang hati boleh mendapatkan bayaran daripada pelanggan dan membeli produk, tanpa menggunakan duit sendiri. Ini bermakna, jika kita pandai, kita boleh bermula dengan ‘kosong’ modal 🙂

Jadi, apabila mendapatkan keuntungan dari jualan ini, barulah kita boleh fikirkan untuk membesarkan perniagaan pada tahap yang kita mahukan.

Sudah faham sekarang? Jadi, apa perlu kita buat?

==========================================

Cari pelanggan –> Dapat Duit –> Baru buat atau cari produk

==========================================

Pengalaman Saya

Alhamdulillah, saya telah mempraktikan ilmu ini sejak setahun yang lepas. Dan hasilnya amat luar biasa. Sangat menjimatkan masa, tenaga, lebih-lebih lagi wang ringgit.

Saya ambil satu contoh yang saya buat sendiri baru-baru ini.

Untung Berniaga - validation

Satu post di personal FB saya mengenai ebook cukai untuk pekerja makan gaji. (Masih dalam penulisan). Sebelum saya bazirkan masa menulis suatu perkara yang orang tidak mahu baca, lebih baik saya cari dulu pelanggan yang mahu tentang apa yang saya akan bakal tulis. Jika, tiada orang yang berminat, saya tidak akan buat kerana saya tahu tiada seorang pun mahu, walaupun sesuatu yang saya minat. Ada juga yang sudah membuat pembayaran, sebab tak sabar-sabar.

Yang telah diterbitkan ialah eBook Bayar Cukai Untung Pakai. Saya menggunakan teknik ini juga. Cari pelanggan dulu, baru buat. Siap ada yang bayar terlebih dahulu. Jualan sudah melebihi 5 angka. Maaf, tiada post snapshot untuk ebook ini, kerana terpaksa dipadamkan, maklumlah harga sudah meningkat naik. Terima kasih kepada Sifu ebook saya, Tuan Aqif Azizan.

Jadi, sebagai kesimpulan, tinggalkan fahaman bisnes kita yang kuno. Perlu ada ofis, perlu ada syarikat, ada lesen permit dan sebagainya. Bukan saya cakap tidak perlu, ianya perlu pada fasa mengembangkan bisnes. Tetapi tidak pada fasa permulaan bisnes. Ingat objektif kita berbisnes, ialah menolong orang dan mendapat keuntungan.

NAK BELAJAR HARTANAH & BISNES LAGI?

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.

6 Comments

  1. Malik Yacob 22/01/2015
    • Najib Mohamed 22/01/2015
  2. Rafis Mohamed 22/01/2015
  3. Ifa Amir 04/04/2016

Leave a Reply

CommentLuv badge