Mulakan Kerjaya Anda di dalam Industri Hartanah Bersama Saya!
Kerjaya dalam Hartanah?

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)

Cukai Keuntungan Harta Tanah

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) atau dalam terma inggeris dipanggil Real Property Gain Tax (RPGT) merupakan cukai yang dikenakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN) ke atas keuntungan daripada pelupusan semua jenis hartanah seperti rumah kediaman, bangunan komersial, tanah dan saham dalam syarikat hartanah.

Kadar CKHT adalah antara 0% hingga 30% bergantung kepada tempoh pegangan. Tempoh pegangan merujuk kepada satu tempoh antara tarikh hartanah diperolehi dan tarikh hartanah tersebut dilupuskan.

Tarikh pemerolehan hartanah merujuk kepada tarikh dalam perjanjian jual beli bersetem atau Borang KTN 14A bersetem atau memorandum pindah milik bersetem.

Tarikh pelupusan hartanah merujuk kepada tarikh yang tercatit  dalam perjanjian jual beli bersetem atau Borang KTN 14A bersetem atau memorandum pindah milik bersetem.

CKHT dikenakan ke atas keuntungan bersih setelah harga pelupusan ditolak harga belian dan lain-lain perbelanjaan sehingga hartanah itu dilupuskan. Lain-lain perbelanjaan adalah termasuk duti setem, bayaran guaman, kos pengubahsuaian, komisen jualan dan bayaran pentadbiran.

Pengecualian CKHT sehingga RM10,000 atau 10% daripada keuntungan bersih, yang mana lebih tinggi, daripada pelupusan hartanah bagi semua individu.

Bagi warganegara dan pemastautin tetap, CKHT tidak dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan sebuah rumah kediaman sekali dalam seumur hidup.

Bagi semua individu, CKHT juga tidak dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan hartanah antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak, datuk atau nenek dan cucu.

Individu dan syarikat dikenakan CKHT.

CKHT dikatakan merupakan satu cukai yang dikenakan oleh kerajaan untuk membendung aktiviti spekulasi yang mempunyai tekanan ke atas harga hartanah.

Mengapa Kita Mempunyai Cukai Keuntungan Harta Tanah di Malaysia?

  1. untuk membendung spekulasi hartanah bagi mengelakkan buih hartanah (property bubble)
  2. Dari masa ke semasa, kerajaan boleh membuat keputusan untuk meningkatkan atau mengurangkan CKHT untuk memenuhi agenda mereka seperti mereka boleh mengurangkan CKHT untuk menggalakkan pelaburan (ini sebenarnya yang berlaku antara 1 April 2007 – 31 Disember 2009 di mana urus niaga hartanah dalam tempoh ini telah dikecualikan daripada CKHT untuk merangsang pelaburan).
  3. Sebab ketiga ialah CKHT merupakan satu sumber pendapatan bagi kerajaan untuk membangunkan negara.

Cukai Keuntungan Harta Tanah - Kondominium

Bagaimana Cukai Keuntungan Harta Tanah dikira?

  • Sekiranya anda ingin melupuskan hartanah anda dengan keuntungan yang besar, anda akan dikenakan cukai ke atas keuntungan modal bersih berbanding dengan keuntungan modal kasar. Keuntungan modal kasar boleh dikira dengan mengambil harga jualan dikurangkan dengan harga belian.
  • Keuntungan modal bersih = keuntungan modal kasar – perbelanjaan kasar tertentu ( jangan lupa untuk menyimpan bil-bil !) Seperti:
  1. Yuran guaman
  2.  Yuran agen hartanah ( biasanya antara 2% – 3% daripada harga jualan )
  3. yuran pentadbiran
  4. Perbelanjaan yang dilakukan untuk mengekalkan / meningkatkan (maintain/upgrade) hartanah. *termasuk kerja-kerja naik taraf seperti pengubahsuaian dan kerja-kerja reka bentuk dalaman
  5. Potongan maksimum yang dibenarkan di sini adalah lebih besar sebanyak RM10, 000 atau 10% daripada keuntungan modal.
  6. Secara umumnya , tarikh yang digunakan untuk menentukan kadar cukai CKHT adalah bergantung pada tarikh hartanah itu telah dibeli dan tarikh apabila harta telah dilupuskan )

Contoh Pengiraan Cukai Keuntungan Harta Tanah

Harga Jual Hartanah pada 10.01.2014 = RM300,000

(Tolak)

Kos Renovation/ Pembesaran Rumah = RM20,000

Kos Guaman = RM3,000

Kos Perunding Hartanah (3%) = RM9,000

Jumlah Kos Sampingan = RM22,000


Harga Pelupusan = RM300,000 – RM22,000 = RM278,000


Harga Belian pada 2013 = RM200,000

(Tambah)

Pembayaran Duti Setem = RM3,000

Kos Guaman = RM2,500

Jumlah Kos Pindah Milik = RM5,500


Harga Pemerolehan 2013 = RM205,500


Keuntungan Atas Jualan Harta Tanah = RM278,000 – RM205,000 = RM73,000

(Tolak) Pelepasan RM5,000 atau 10% daripada keuntungan (mana satu yang lebih tinggi) = RM7,300

Keuntungan yang akan dikenakan cukai = RM73,000 – RM7,300 = RM65,700


Cukai yang dikenakan (Pelupusan Tahun kedua) = 30% x RM65,700 = RM19,710


 Evolusi Kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (Individu) di Malaysia

Cukai Keuntungan Harta Tanah

Pada Mac 2007, kerajaan telah memansuhkan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan sebulan seterusnya, undang-undang percukaian ini berkuatkuasa.

Pada tahun 2009, semasa perbentangan Bajet 2010, hartanah yng dijual dalam masa 5 tahun dari tarikh perjanjian jual beli akan dikenakan Cukai Keuntungan Harta tanah sebanyak 5%.

Pada bulan November 2010, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengetatkan syarat pinjaman untuk rumah ketiga iaitu maksimum pinjaman hanya 70% daripada nilai pasaran hartanah. Cukai Keuntungan Harta Tanah untuk tahun berikutnya diperketatkan lagi dengan mengenakan cukai 10% untuk pelupusan hartanah dalam masa dua tahun pertama pemilikan. Untuk tahun ketiga hingga tahun kelima masih tetap 5%.

Pada Januari 2012, Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan syarat kelulusan pinjaman berdasarkan kepada gaji bersih.

Pada Jun 2013, khabar angin menyatakan Developer Interest Bearing Scheme akan dilarang kepada pemaju oleh Bank Negara Malaysia (BNM)

Pada Julai 2013, Bank Negara Malaysia mengurangkan tempoh pembayaran balik pinjaman daripada 40 tahun kepada 35 tahun.

Pada November 2013, Bank Negara Malaysia menyatakan garis panduan terbaru bahawa bank hanya memberikan pinjaman perumahan berdasarkan kepada harga jualan bersih yang tidak termasuk sebarang rebat dan diskaun.

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh baca Garis Panduan Cukai Keuntungan Harta Tanah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

 

Ingin tahu analisa pasaran dan hasil sewaan hartanah anda? Hubungi saya untuk sesi konsultasi eksklusif dan strategi pelaburan hartanah yang selamat!
Kongsikan ilmu ini

18 Responses

  1. As salam. Kalau saya jual rumah yang mana rumah tu saya beli lebih 6 tahun dulu, saya tak kena cukai pelupusan kan. Tapi dalam borang cukai pendapatan saya kena masuk kan jumlah untung bersih sebagai salah satu pendapatan saya atau tidak perlu dimasukkan?

    Terima kasih.
    Mokhtar

  2. Assalamualaikum
    Tuan
    Kalau saya beli tanah dari mak tiri saya dan tanah mak tiri saya telah memiliki tanah tersebut lebih Dari 5 tahun adakah saya kena cukai jika saya membeli tanah tersebut

  3. salam…saya nk bli rumah bawah 2 tahun…cukai RPGT y dikenakan perlu ditanggung oleh penjual kn?

  4. assalmu’alaikum..
    saya baru buat petukaran nama tanah pusaka pd tahun ne dan ade pemaju hendak beli tahan tersebut. apekah saya kena cukai CKHT tu.

    1. bergantung pada cara pertukaran nama.. adakah ia menggunakan SPA atau atas pertukaran belas kasihan keluarga.. jika menggunakana SPA, ada cukai CKHT..

  5. assalam,kalau tanah dah dijual,pemilik sebelum atau pembeli yang kena bayar cukai hasil?

  6. Sekiranya pertama kali nak menjual rumah yg jualan harganya rm510k, adakah cukai dikenakan

  7. Salam,

    Nak tanye kalau saya baru dpt rumah pindahmilik daripada mak saya dan saya nak jual.. Adakan saya masih di kenakan cukai rpgt untuk 30%..atau saya boleh merayu untuk tidak di kenakan di sebabkan ini adalah pertama kali saya jual.

    Terima kasih.

    Izasuhana

  8. Adakah pengecualian cukai keuntungan merangkumi penjualan tanah kebun atau tanah kosong?
    TQ

  9. Saya beli 3 ekar tanah pda tahun 1985 dgn kos rm20k.Tahun 2015 sya pecah ke 18 Lot dan dijual pda tahun 2020 sebanyak 1 juta kesemuanya. Apakah sya dikenakan cukai keuntungan jualan? Kalau kena berapa peratus.
    Tq tuan.

  10. Saya hendak menjual rumah yang dipusakai daripada suami yang telah meninggal dunia pada bulan Ogos tahun 2019. Tetapi saya tukar hak milik rumah ini kpd nama saya pada tahun 2022. Jika saya jual rumah ini pada tahun 2023, cukai yang akan dikenakan atas keuntungan jualan dikira dari tahun 2019 atau 2022?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penafian

Maklumat yang dikongsi di portal ini adalah untuk tujuan pendidikan dan informasi sahaja. Ia tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, pelaburan, atau percukaian rasmi. Segala tindakan atau keputusan yang dibuat adalah atas risiko anda sendiri. Pemilik portal tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang berlaku akibat penggunaan maklumat dari laman ini. Sila dapatkan nasihat daripada perancang kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang transaksi.