Mulakan Kerjaya Anda di dalam Industri Hartanah Bersama Saya!
Kerjaya dalam Hartanah?

Cara Kira DSR Untuk Ketahui Kelayakan Pinjaman Rumah

cara nak kira dsr dengan mudah - kalkulator dsr excel

Jika permohonan pinjaman anda ditolak disebabkan DSR, anda kena tunggu 3-6 bulan sebelum boleh buat permohonan semula. Jadi sebaiknya semak dan kira DSR dulu sebelum hantar untuk mohon pinjaman rumah.

Ada tak yang kat sini tak pernah tahu apa tu DSR dan tak tahu pun macam mana nak kira DSR?

DSR ni adalah Debt Service Ratio di mana formula yang di gunakan oleh pihak bank untuk kira kelayakan seseorang untuk membuat pinjaman.

Setiap Bank mempunyai kadar DSR yang berbeza ada yang 50% , 60% 70% dan macam macam lagi.

Jadi, macam mana nak kira DSR ini?

Formula cara nak kira (Debt Service Ratio) Formula asas untuk mengira DSR adalah seperti berikut:

DSR = (Hutang bulanan ÷ Pendapatan bersih bulanan) X 100

Pendapatan bersih = RM3,500

Ansuran bulanan kereta = RM450

Ansuran bulanan hutang peribadi = RM500

Ansuran bulanan kad kredit = RM250

Total keseluruhan = RM1200

Nota tambahan: Gunakan hutang yang terkandung dalam sistem CCRIS sahaja. Hutang seperti hutang kawan atau beri duit kat ibu bapa setiap bulan tak termasuk dalam kiraan ini.

Selepas itu, kirakan juga anggaran berapa ansuran rumah yang bakal anda bayar. Jadi, daripada angka ini, barulah kita akan dapat DSR terkini dan yang akan menentukan samada pinjaman anda lulus atau gagal.

Bagaimana nak kira anggaran ansuran rumah dengan mudah?

Begini caranya….

Jumlah pinjaman ÷ 200 = Jumlah anggaran ansuran bulanan yang kena bayar kepada bank.

Katakan: Jumlah yang kita nak pinjam = RM300,000

Jadi, jumlah anggaran ansuran bulanan kita adalah:

Anggaran ansuran bulanan = RM300,000 / 200 = RM1500

Nota tambahan: Ini sekadar cara congak kasar saja. Sebab setiap bank akan caj kadar faedah (interest) yang berbeza. Kalau rujuk pengawai bank pun, mereka akan congak lebih kurang begini. Katakan, kita ambil RM1500 ini sebagai jumlah ansuran bulanan pinjaman perumahan kita. Baru kita boleh kira (Debt Service Ratio). Kalau ikutkan untuk ansuran ini, lebih kurang Tempoh pinjaman 30 tahun dengan kadar faedah 5%.

Untuk kira DSR selepas pinjaman, masukkan ansuran bulanan yang kita kira tadi ke dalam kiraan DSR:

(RM1,200 + RM1,500 / RM3,500) X 100% = 77%

DSR yang bank akan luluskan setiap bulan adalah kurang daripada 70%. Jadi, untuk kes ini, agak sukar. Tapi, ia berubah-ubah mengikut bank.

Nak kira lagi mudah?

Gunakan sahaja kalkulator excel di bawah dan masukkan sahaja angka-angka pendapatan dan komitmen anda diruang yang disediakan.

Cara Kira DSR Untuk Ketahui Kelayakan Pinjaman Rumah

Anda boleh muat turun Kalkulator excel ini di link di bawah! Feel free to use! Enjoy!

Ingin tahu analisa pasaran dan hasil sewaan hartanah anda? Hubungi saya untuk sesi konsultasi eksklusif dan strategi pelaburan hartanah yang selamat!
Kongsikan ilmu ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penafian

Maklumat yang dikongsi di portal ini adalah untuk tujuan pendidikan dan informasi sahaja. Ia tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, pelaburan, atau percukaian rasmi. Segala tindakan atau keputusan yang dibuat adalah atas risiko anda sendiri. Pemilik portal tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang berlaku akibat penggunaan maklumat dari laman ini. Sila dapatkan nasihat daripada perancang kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang transaksi.