CCRIS (Central Credit Reference Information System) merupakan satu sistem pangkalan data berkomputer untuk mengutip, memproses, menyimpan dan menghasilkan maklumat kredit atau hutang seseorang.
CCRIS diselia oleh Biro Kredit di bawah naungan Bank Negara Malaysia.
Rekod data yang disimpan ini adalah selama 12 bulan.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah.
APAKAH MAKLUMAT YANG BOLEH KITA DAPAT DALAMNYA?
Rujuk gambar di atas:
A – Outstanding Loans
Merujuk kepada rekod senarai pinjaman anda contohnya pinjaman perumahan, sewa beli kereta, PTPTN, kad kredit, pinjaman peribadi, overdraf, pajakan emas dan lain-lain.
B – Special Attention Account (SAA)
SAA adalah hutang-hutang yang belum dijelaskan yang di masih bawah pemerhatian pihak bank. Jika anda ada rekod di sini, maka semua pinjaman baru tidak akan diluluskan kecuali anda bayar/langsaikan pinjaman tersebut.
C – Application For Credit
Menunjukkan permohonan pinjaman yang sedang diproses & dipertimbangkan beserta jumlah pinjaman yang diminta.
D – Total Outstanding Balance
Adalah jumlah baki pinjaman anda yang terkini.
E – Limit
Merujuk kepada jumlah had pinjaman-pinjaman anda contohnya kad kredit dengan limit RM30K.
F – Installment in Arrear in last 12 months
Menunjukkan berapa banyak kali anda lambat membayar installment anda dalam 12 bulan terkini. Angka 0 (kosong) menunjukkan tiada tunggakan pembayaran. Angka ‘1’ menunjukkan 1 bulan lambat bayar/tidak bayar, ‘2’ bermakna 2 bulan lambat/tidak bayar, dan seterusnya. Saya pernah lihat kes yang berangka ’70’
KENAPA PERLU TAHU STATUS & JAGA CCRIS ANDA?
Katakan anda baru selesai submit loan rumah anda, perkara pertama yang bank akan lakukan selepas anda submit loan application anda pada mereka adalah, mereka lihat CCRIS anda. CCRIS anda menunjukkan kedisiplinan anda membayar hutang. Jika rekod anda cantik & elok, maka mudahlah loan diluluskan. Jika ada tunggakan 1 bulan dan ke atas, maka peluang anda untuk dapat loan tersebut agak rendah atau tiada langusng.
TIPS LULUS LOAN
Jaga kecantikan rekod kewangan anda dengan membayar pinjaman anda sebelum due date yang ditetapkan. Cara saya, saya akan bayar sebulan advance untuk pinjaman rumah, kereta & sebagainya bagi mengelakkan saya terlewat bayar yang menyebabkan CCRIS akan ada bertanda ‘1’.
# MITOS
“Nama aku ada dalam CCRIS la, macam mana ni”. CCRIS tidak semestinya menunjukkan anda telah diblacklist. Jadi jangan panik kerana sesiapa sahaja, hatta yang hanya membuat 1 loan sahaja pun namanya ada dalam CCRIS. Seelok-eloknya, tukar habit anda untuk bayar installment sebelum due date.
CARA NAK DAPATKANNYA
Pergi ke kiosk CCRIS ground floor Bank Negara. Masukkan IC ke dalam kiosk, thumb print ibu jari anda. Tunggu seminit & laporan anda akan dicetak. Ianya PERCUMA!
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah.
saya pernah di blacklist kan pada tahun 2006 dan telah buat full settlement pada 2007. Tapi sampai la sekarang mana saya masih di blacklist kan. Frust jugak sebab nak buat apa apap semua sangkut n mmg kena slalu attach surat full settlement
Mcm mana cara nak clearkan nama ek .
Check di CCRIS atau rekod CTOS, tuan. Mungkin CTOS tak update dengan full settlement tuan.
Aslmkm tn..krta yg abg sya pakai skarang adalah atas nama suami sya..masalahnya abg sya x jelaskan bayaran bulan dri 2013 dn spatutnya habis bulan 2 2016.nama suami sya dh x bleh lg buat mna2 loan dr bank..mcmana cara utk kami bersih kan balik nma suami sya dr criss.adakah terus smbung bayar atau bagaimna dmi nk pastikan nama suami sya d hitamkan
Salam.. Kereta tidak dijelaskan sejak tahun 2013, sepatutnya telah ditarik. Sememangnya sudah nama suami sudah di black list oleh pihak bank.
Cara nak pastikan –> print ccris. Check di bahagian Special Attention Account.
Bersihkan nama dengan membayar kesemua tunggakkan.
Bilakah bank akan masukkan nama dalam ccris rekod semasa urusan loan rumah?
sejurus kita memohon pinjaman kepada pihak bank, bank akan merekodkan di ccris. Tetapi hanya untuk pemerhatian.
apabila kita menerima pinjaman tersebut, secara automatik ianya direkodkn di bahagian yang biasa.
bank akan kemas kini rekod setiap 15hb
saya pernah membuat loan dr cimb express belum settle lagi dan masih tertunggak 4 tahun tak bayar.saya check ccris tapi tiada dalam rekod ttg detail tertunggak tu.adakah nama saya masih bersih dan boleh utk membuat pinjaman baru mohon pencerahan
Salaam…
Apa pula fungsi CTOS? Adakah CTOS juga mempengaruhi kalau nak apply loan nanti?
Wassalam.
Rumah saya telah dilelong jumlah dilelong melebihi pinjaman saya pohon bila check dgn Bank pinjaman telah settle masih ada baki lagi tapi Bank kata saya masih berhutang dgn mereka pihak Bank blacklist nama saya Bank lelong rumah saya ketika masih dlm pembinaan dlm 80%
sya ada panggilan suruh bayar bil digi postpaid, simkad sya trcicir & x guna da no tu, tpi ada bbrpa bulan llu sruh byar ada tunggakan sya x byarlah bab setahu sya xda berhutang dgan mna2 pihak, kemarin msuk plak sms sruh byar sbelum 24/ogos klu x nt kne tindakan ccris, mcamna nak byar klu sbelum hjung bulan boleh juga.. sya minta pendapat boleh ka sya byar sebelum hujung bulan ni lewat ckit dr tarikh 24/ogos..
Minta nasihat, baru2 ini saya telah menerima tawaran rumah selangorku dan kongsi dua nama.bila semak dgn bank ternyata nama suami ada CCRIS SAA, dah buat full setlement(terminate) dan cek maklumat ccris report dlm sistem bnm dah 0 dlm tempoh sebulan.
Manakala nama sy sgkut PTPTN baru bayar tunggakkan penuh dan konsisten bayaran melalui direct debit sehingga kini.
Bila nama dah clear ccris, sy cuba submit loan
Bank RHB: nama sy sgkut PTPTN x complete utk 6 bulan (payment x cantik)reject sbb baru bayar 3 bulan so kene tunggu lagi 3m baru ccris ni okay untuk apply. bank ckp xpyh cek ccris report da.
Bank BSN : nama suami pulak sgkut CCRIS, tapi report da ccris semak da 0, pihak bank mmg nak tempoh 6 bulan jugak baru boleh apply.(bank ckp pun xpyh cek ccris lg) hanya tggu 6 bulan.
Persoalan saya: Jika bayaran konsisten selama 6 bulan utk ptptn dan masa menunggu record SAA utk tempoh 6bln tu berakhir, jika sy submit loan rumah dpt jaminan lulus ? Kerana semakkn dsr komitment layak.
Minta pendapat please.
Saya ada SAA di ctos & ccris jika saya telah habis bayar kesemua hutang berapa lama ianya akan wujud dalam laporan ctos & ccris saya.
lebih kurang 6 bulan.
Nama saya under SAA.29/6/22 saya sudah langsaikan kesemuanya hutang saya yg ada di bank.
sehingga sekarang,saya masih belom terima surat full setlement dr pihak bank.call bank kata tunggu 21 hari bekerja.kenapa rekod saa saya masih ada dlm report ccris? berapa lamakah nama saya akam clear dari rekod ccris ?