Jangkaan Harga Hartanah Menurun 20% Akibat COVID-19

Harga Hartanah Menurun Akibat COVID-19
Harga Hartanah Menurun Akibat COVID-19

Sekarang ni kita dalam peperangan melawan COVID-19. Impak dari wabak ini sangat besar kepada ekonomi negara dan rakyat. Wajar sekali pihak kerajaan mengambil langkah keselamatan dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Akibat daripada ini banyak urusan yang tergendala dan mendatangkan kesan kepada individu. Sebagai contoh, peruding hartanah, memang terkena tempias dan kesan daripada serangan wabak COVID-19 ini.

Artikel daripada The EdgeProperty Lim Boon Ping, Presiden MIEA, harga hartanah dijangka menurun sebanyak 20% dalam beberapa bulan hadapan dengan peralihan pasaran penjual (seller’s market) kepada pasaran pembeli (buyer’s market) kesan daripada wabak COVID-19.

Buat masa sekarang, transaksi jualan menurun, tiada viewing, banyak juga dokumen perjanjian jual beli yang tergendala dan belum ditandatangani. Sungguhpun begitu, ada beberapa rakan perunding hartanah dapat close deal walaupun tiada viewing atau sudah melakukan viewing sebelum PKP.

BACA: Kesan COVID-19 Terhadap Pasaran Hartanah Malaysia

Harga hartanah menurun ini akan menjadi pendorong para pelabur atau pembeli rumah pertama untuk membeli rumah sejurus selepas PKP ataupun wabak COVID-19 beransur pulih.

Jadi pada masa PKP ini, gunakan masa anda untuk melakukan kajian mengenai hartanah yang ingin anda beli. Saya yakin ramai perunding hartanah sekarang ini akan membantu anda.

Saya juga yakin, rumah yang berada di dalam listing saya, tidak akan terjual melebihi harga yang ditetapkan sebelum PKP kecuali kepada pembeli yang terdesak (pembeli yang mempunyai spesifikasi tertentu, contohnya; ingin membeli rumah bersebelahan).

Telefon perunding hartanah atau pemilik rumah, dapatkan info yang lengkap mengenai hartanah tersebut, buat carian dan berunding harga. Saya pasti pemilik rumah akan lebih terbuka pada waktu ini.

Walaubagaimanapun, jangan terlalu berharap pemilik rumah akan menerima terus tawaran anda. Lebih-lebih lagi tawaran yang tak masuk akal. Harga jualan RM500k, minta harga RM300k. Ini memang nak kena!

Kita belum lagi masuk dalam krisis kewangan yang teruk. Kita cuma berdepan dengan pandemik atau wabak yang membawa kepada sentimen yang negatif sekarang ini.

Mudah-mudahan kita akan mendengar lebih banyak berita-berita yang positif mengenai COVID-19 ini.

#stayathome #stayhealty #padaAllahkitaberserah

Kongsikan Pendapat Anda

CommentLuv badge
shares