Ada orang tanya saya mana lagi berbaloi, bayar cukai atas taksiran bersama atau berasingan? Maklumlah tinggal beberapa hari lagi orang yang berpendapatan daripada penggajian perlu menyerahkan borang BE, pada 30 April ini. Dah saat-saat terakhir, baru nak tanya. Kalau tanya awal-awalkan lebih senang. Anda boleh merancang percukaian anda walaupun anda makan gaji.
Baiklah berbalik kepada soalan tadi, mana satu yang lagi berbaloi. Jawapan yang selamat, ianya bergantung kepada keperluan dan bagaimana anda merancangan kewangan, pelaburan dan kehidupan anda. Lebih senang, anda perlu bandingkan cukai perlu bayar antara taksiran bersama atau berasingan.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah.
Masing-masing boleh memilih mana potongan cukai secara berasingan. Contohnya bagi insurans perubatan dan pendidikan anak, jika isteri sudah menuntut pengecualian cukai, maka suami tidak perlu.
Taksiran bersama atas nama suami atau isteri bermakna kedua-dua pendapatan suami/isteri akan digabungkan. Ini akan meninggikan cukai kena bayar kerana pelepasan yang boleh dinikmati adalah terhad kepada seorang sahaja. Contohnya, pelepasan diri RM9,000 sahaja dan KWSP RM6,000 sahaja.
Jika suami isteri berpendapatan sendiri, saya amat galakkan supaya membuat taksiran berasingan.
Saya berikan satu contoh senario di bawah ini. Kedua-dua pasangan bekerja.
SUAMI
- Suami bekerja, gaji RM5,300
- Derma kepada Badan Kebajikan yang diluluskan kerajaan di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 – RM 1,000
- Premium Insurans Nyawa – 1,200
- Anak 2 orang bersekolah rendah.
- Beli Buku RM1,000
- Simpanan bersih Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) RM6,500
- Potongan KWSP (11%) – RM6,996
- Potongan Cukai Bulanan (PCB) 800
- Bayaran Zakat RM 600
ISTERI
- Isteri bekerja, gaji RM3,700
- Premium Insurans Nyawa – 1,200
- Beli Buku RM1,000
- Simpanan bersih Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) RM 3,600
- Potongan KWSP (11%) 4,884
- Potongan Cukai Bulanan (PCB) 300.00
Pengiraan Untuk Taksiran Berasingan
Dalam kes ini, si suami harus membayar RM196 lagi kepada LHDN dan si isteri terlebih bayar RM112. Secara pengiraan isi rumah, pembayaran cukai pendapatan untuk keluarga ini hanya RM84.
Pengiraan Taksiran Bersama
Pendapatan suami dan isteri digabungkan.
Melalui taksiran bersama, potongan untuk pelepasan adalah terhad. Jadi, pasangan ini terpaksa membayar RM8,670 untuk cukai pendapatan mereka.
Saya lihat kes ini terjadi kepada pasangan yang memberikan kuasa sepenuhnya taksiran kepada sebelah pihak. Kemungkinan, kurangnya perancangan kewangan membawa kepada kerugian yang besar.
Tips jimat bayar cukai
- Tahu semua pelepasan dan rebat yang diberikan oleh kerajaan untuk mengurangkan cukai secara halal.
- Tambahkan lagi bilangan anda. Lagi banyak anak, lagi banya pelepasan yang anda akan peroleh. Buat taksiran berasingan, jadi pelepasan untuk anak boleh bahagi-bahagikan.. hehe..
- Beli buku banyak-banyak. Kalau suami isteri. Peruntukkan RM2000 untuk pembelian buku. Boleh jadi perpustakaan di rumah. Dapat pupuk anak sifat membaca. Bila anak ramai, boleh bagi jawatan librian kepada salah seorang anak. hehe.
- Beli insuran masing-masing.
- Buat tabungan untuk anak-anak di SSPN. Tapi sehingga tahun taksiran 2017 sahajalah. Selepas itu tiada lagi pelepasan. Salah satu usaha kerajaan untuk suruh kita menabung.
Nota: Artikel di atas adalah untuk maklumat am sahaja. Sila rujuk dengan perunding kewangan anda. Credit photo: jimatcermat.my
Suka baca artikel seperti ini dan banyak lagi? Teruskan membaca artikel-artikel lain di blog saya ini. Sebagai alternatif, ikuti saya di Telegram Channel di sini.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah.
Info yg berguna…tq sharing
Terbaik info ini. Saya dah pun baca!
Terima kasih tuan!
Ada kelebihan lain untuk diadakan opsyen taksiran bersama?