Kesan Bekerja di Rumah Terhadap Sektor Hartanah Semasa COVID-19

Ini merupakan siaran akbar daripada PropertyGuru mengenai Kesan Bekerja di Rumah atau dalam erti kata lain Kesan Menghabiskan Lebih Banyak Masa di Rumah Terhadap Sektor Hartanah Semasa COVID-19.

  • Pelaburan, kadar faedah rendah, dan ruang peribadi adalah 3 faktor utama untuk membeli hartanah
  • 4 daripada 5 rakyat Malaysia berhasrat untuk membeli hartanah di Malaysia pada masa hadapan, tetapi 56% daripadanya masih tidak pasti tentang harga hartanah.
  • 84% rakyat Malaysia inginkan lebih banyak usaha kerajaan bagi merealisasikan perumahan mampu milik

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2021 – PropertyGuru hari ini telah melancarkan , yang mendapati 73% rakyat Malaysia berhasrat untuk mengubahsuai kediaman mereka setelah menghabiskan lebih banyak masa di rumah/ Kesan Bekerja di Rumah disebabkan oleh COVID-19. Hasil daripada kaji selidik, % daripadanya ingin mengubahsuai atau membaikpulih ruang tertentu di kediaman mereka, sementara 35% lagi memikirkan tentang memiliki rumah atau berpindah dari lokasi semasa mereka dengan lebih mendalam.

Kesan Bekerja di Rumah Terhadap Sektor Hartanah Semasa COVID-19
Kesan Bekerja di Rumah Menunjukkan 73% Rakyat Malaysia Cenderung Untuk Mengubah suai Rumah atau Berpindah

Pandemik ini telah mempengaruhi tanggapan rakyat Malaysia tentang ruang kediaman, 3 daripada 4 (77%) orang kini menganggap penting bagi hartanah baharu untuk mempunyai ruang tambahan di dalam rumah untuk dijadikan pejabat. Pertambahan hasrat pemilikan atau pemindahan rumah kepada hartanah yang dapat memenuhi keperluan mereka adalah sangat tinggi terutamanya dalam kalangan penyewa (74%), individu yang tinggal bersama ibu bapa (63%), dan kumpulan berpendapatan rendah (50%).

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah. KAKIPROPERTY'S CHANNEL

Sheldon Fernandez, Pengurus Negara, PropertyGuru Malaysia berkata, “Malaysia telah melalui pelbagai bentuk sekatan pergerakan sejak 17 bulan lalu, dan masa yang dihabiskan di rumah ini telah membuatkan lebih ramai orang menyedari tentang kepentingan dan faedah memiliki ruang peribadi sendiri, terutamanya bagi mereka yang bekerja secara jarak jauh. Kesan pandemik dari segi bagaimana orang merancang kehidupan di rumah lebih terserlah dalam kalangan anak muda Malaysia, golongan berpendapatan rendah, dan mereka yang masih tinggal bersama ibu bapa, yang menamakan ‘keperluan terhadap lebih banyak ruang peribadi’ sebagai salah satu sebab utama mereka ingin membeli rumah baru.”

Dalam kalangan rakyat Malaysia yang terlibat dalam kajian ini, tanpa mengira demografi dan situasi kehidupan semasa, keperluan untuk lebih banyak ruang peribadi (26%) menjadi faktor ketiga tertinggi yang menyumbang kepada keinginan membeli hartanah, dua faktor utama yang lain adalah pelaburan (43%) dan peluang menggunakan kelebihan kadar faedah rendah yang tersedia sekarang (27%).

Wujud Peluang dan Kesukaran dalam Pasaran Hartanah

Kadar faedah dan prospek harga yang memberangsangkan, serta kepuasan harta tanah semasa yang tinggi telah meningkatkan kajian keseluruhan Indeks Sentimen sebanyak 3 mata daripada 42 pada H1 2021 kepada 45 pada H2 2021. Sebaliknya, sentimen rakyat Malaysia terhadap iklim semasa harta tanah telah menurun sebanyak 3 mata dari 35 pada H1 2021 kepada 32 pada H2 2021.

Kesan Bekerja di Rumah Terhadap Sektor Hartanah Semasa COVID-19

Mereka yang berpuas hati dengan iklim semasa harta tanah di Malaysia menyatakan bahawa prospek jangka masa panjang yang baik bagi peningkatan nilai harga sebagai faktor utama untuk mereka merasakan sebegini. Manakala, mereka yang tidak berpuas hati meletakkan ketidakupayaan untuk mencari hartanah mengikut anggaran belanjawan masing-masing sebagai penyebab utama.

“Hasil daripada kajian kami, jelas sekali bahawa pandemik COVID-19 telah mewujudkan peluang dan kesukaran bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang ingin membeli rumah. Namun, keinginan untuk memiliki rumah tetap utuh dalam kalangan rakyat Malaysia kerana 4 daripada 5 orang berhasrat untuk membeli hartanah di Malaysia pada masa hadapan,” kata Sheldon.

Walaupun ramai rakyat Malaysia ingin memiliki rumah, 67% telah memilih untuk menangguhkan keputusan untuk membeli hartanah mereka kepada 1-5 tahun lagi disebabkan oleh COVID-19 kerana mereka terus berdepan cabaran dalam perjalanan memiliki kediaman sendiri sepanjang tempoh ini.  

Hasil kajian mendapati dibandingkan dengan H1 2021, lebih ramai rakyat Malaysia kini tidak pasti dengan harga hartanah (56%; meningkat dari 52%), mengalami kelewatan dalam urus niaga hartanah (51%; naik dari 42%), dan berdepan kesukaran dalam mendapatkan pinjaman perumahan (46%; meningkat dari 43%) pada H2 2021 akibat pandemik. Pencari rumah di Malaysia juga menyuarakan ketidakmampuan mereka untuk membayar wang pendahuluan dan ketidakstabilan pekerjaan atau gaji sebagai dua kekangan utama mereka dalam pengambilan pinjaman perumahan pada H2 2021.

Hasrat untuk Lebih Tindakan Kerajaan dan Pemain Hartanah

Walaupun terdapat pelbagai langkah pelepasan hartanah yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan seperti lanjutan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) hingga akhir tahun 2021, hanya 16% rakyat Malaysia yang merasakan usaha pihak kerajaan dalam menjadikan perumahan mampu milik ini memadai. Sebilangan besar percaya bahawa pihak kerajaan mampu melaksanakan lebih banyak tindakan untuk membantu sektor hartanah, dengan tiga langkah teratas yang mereka harapkan dari pihak kerajaan adalah pengurangan faedah pinjaman perumahan (70%), peluasan HOC untuk meliputi hartanah pasaran sekunder (58%), dan pengurangan Cukai Keuntungan Harta Tanah (55%).

Kesan Bekerja di Rumah Terhadap Sektor Hartanah Semasa COVID-19

Sementara itu, rakyat Malaysia juga percaya bahawa insentif kewangan dari pemaju hartanah seperti diskaun atau pulangan tunai (84%), pakej dan skim pembelian (66%), serta baucar atau hadiah (38%) boleh membantu untuk mendorong keputusan pembelian rumah pada masa hadapan.

Beliau menambah, “Walaupun ekonomi dan pasaran hartanah semasa mencabar, kami di PropertyGuru, akan tetap komited untuk membantu rakyat Malaysia dalam perjalanan pemilikan hartanah mereka dengan menyediakan maklumat dan penyelesaian teliti bagi mencari hartanah yang tepat. Kami berharap segala pandangan yang dikumpulkan hasil dari kajian ini juga dapat membantu pemain hartanah dan pihak kerajaan untuk lebih memahami sentimen semasa pengguna, supaya keputusan yang tepat dapat dibuat bagi membantu bagi memacu pasaran hartanah serta memenuhi keperluan pencari kediaman.”

Mengenai Kajian Sentimen Pengguna PropertyGuru Malaysia

Kajian Sentimen Pengguna PropertyGuru Malaysia H2 2021 melibatkan 1,002 responden bagi menyelidik pandangan mereka tentang hartanah dan isu-isu berkaitan hartanah menerusi soal selidik dalam talian. Dilancarkan pada tahun 2009 sebagai Kajian Sentimen Pengguna PropertyGuru, ia telah dilaksanakan dengan kerjasama Intuit Research Consultants, sebuah agensi penyelidikan antarabangsa, sejak tahun 2016. Responden kajian ini terdiri daripada gabungan profesional kolar putih, pekerja kolar biru, ahli perniagaan, dan pelbagai kumpulan masyarakat, dengan responden yang tergolong dalam segmen berpendapatan sederhana hingga tinggi (55%) dan berpendapatan rendah (40%).

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah. KAKIPROPERTY'S CHANNEL

Leave a Reply