Anda tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar baki deposit atau pembelian rumah anda? Pengeluaran KWSP untuk pembelian rumah adalah dibenarkan pada bila-bila masa. Tidak perlu tunggu sehingga umur anda 60 tahun atau sebagainya.
Pengeluaran ini hanya dibenarkan dari Akaun 2 KWSP anda. Anda boleh semak atau dapatkan penyata KWSP melalui online, di kiosk KWSP yang terdapat di sesetangah bank ataupun di cawangan KWSP berdekatan.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah.
Adalah tanggungjawab anda untuk memeriksa baki simpanan anda. Ada juga yang saya terjumpa dengan pelanggan yang bekerja di syarikat yang kecil, ingin membeli rumah. Apabila diminta slip gaji ada tertera potongan KWSP, tetapi hal sebaliknya apabila dia memeriksa penyata KWSP. Tiada caruman dibuat oleh majikannya. Jadi, sentiasa periksa simpanan anda dari masa ke semasa.
Kelayakan Pengeluaran KWSP Untuk Pembelian Rumah
- Pengeluaran dibenarkan untuk pembelian secara perseorangan atau pembelian bersama. Tidak kira samada pembelian dari pemaju, orang perseorangan ataupun lelong.
- Masih mempunyai baki di dalam akaun 2 setelah membuat pembayaran.
- Anda belum mencapai umur 55 tahun pada masa pemohonan ini diluluskan.
- Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam akaun 2
Syarat Pengeluaran KWSP Untuk Pembelian Rumah
Anda Layak Memohon Sekiranya :-
- Membeli sebuah rumah kediaman (jenis banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / ‘studio apartment’ / ‘service apartment’ / ‘townhouse’ / SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman.
- Pembiayaan pembelian rumah melalui ; (i) Pinjaman perumahan daripada mana-mana institusi seperti berikut :-
- Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA)
- Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan
- Majikan ahli
- Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia).
- Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia
- Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP; ATAU (ii) Secara tunai.
- Anda telah menandatangani Surat Perjanjian Jual Beli tidak melebihi tiga (3) tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP.
- Anda tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU Ahli telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya atau berlaku pelupusan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua. Bukti penjualan / pelupusan pemilikan rumah pertama perlu dikemukakan.
- Anda ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada pihak yang dibenarkan oleh KWSP.
- Anda membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak secara pakej (tarikh perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian bina rumah hendaklah dalam tempoh 6 bulan).
Anda Tidak Layak Memohon Sekiranya :-
- Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja
- Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada
- Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli
- Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf
- Membeli rumah ketiga
- Membeli rumah di luar negara
Jumlah Pengeluaran KWSP Untuk Pembelian Rumah
Contoh Pengiraan
Mr. Ahmad membeli sebuah rumah berharga RM200,000 dan telah mendapat pinjaman perumahan sebanyak RM180,000. Beliau mempunyai simpanan KWSP sebanyak RM45,000 dalam akaun 2. Oleh itu, simpanan KWSP yang boleh dikeluarkan oleh Mr. Ahmad ialah:
Harga Rumah : RM200,000
Jumlah Pinjaman : RM180,000
Perbezaan di antara harga rumah dan pinjaman : RM20,000
Tambahan 10% daripada harga rumah : RM20,000
Amaun Maksimum yang Layak dikeluarkan : RM40,000
Simpanan dalam akaun 2 KWSP :RM45,000
Amaun Yang Boleh Dikeluarkan : RM40,000
Kaedah Pembayaran
Semua bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli dengan syarat :-
- Anda mempunyai akaun bank dengan bank panel KWSP yang dilantik; DAN
- Akaun bank ahli masih aktif; DAN
- Nombor pengenalan diri ahli adalah sama dengan rekod bank.
- Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM)
Bagaimanapun, sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli seperti akaun bank tidak aktif atau nombor Kad Pengenalan Diri tidak sepadan, bayaran akan dibuat melalui cek jurubank.
Sumber rujukan:
Maklumat untuk pengeluaran KWSP untuk pembelian rumah
Maklumat untuk pengeluaran KWSP untuk pembinaan rumah
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah.
Assalam.. sy nak tanya.. sy dlm proses beli rumah..
hege beli rm153k (amt dlm spa). tp value rumah rm140k
bank finance rm126k (10% dr rm140k).. utk pengeluaran epf… sy layak kuarkan 20% dr rm140k @ rm153k..
Salam Laila.. Nilai yang tertera dalam SPA.
Assalam.. contoh pengiraan tu macam salah je.. rm300k ke rm200k…
Maaf, ada kesilapan pengiraan 🙂 Terima kasih kerana mengingatkan saya.
Salam,
baru-baru ni saya baru nak buat permohonan pembiyaan di BSN, Jalan Ampang KL.
Soalan 1 :- ni pemahaman saya di atas , adakah selepas saya memohon pembiyaaan perumahan dari BSN dulu kemudian buat pengeluaran KWSP selebihnya?
Jawapan 1: –
E. g Situasi: Saya -> BSN -> Mohon Pembiyaan Perumahan 90% Shaja-> ada lagi baki tak cukup – KWSP – keluarkan duit dari akaun 2, 10%
Soalan 2 : – berapa lama proses antara KWSP dengan Ahli ? siapa ahli tersebut?
Jawapan 2;-
E.g Situasi: KWSP -> Permohonan berjaya 10% dr. akaun 2 -> berpa lama proses?
mohon pencerahan dari pihak tuan untuk menjawab soalan saya, kerana ini adalah permohonan pertama saya.
sila email saya di masmerah89@gmail.com
1) Buat pinjaman terlebih dahulu, pastikan bank telah meluluskan pinjaman cik puan. Kemudian sign SPA. lepas itu buat pengeluaran KWSP. Kerana setiap pengeluaran KWSP mesti mempunyai SPA yang telah ditandatangani dan di stamping, bank letter offer dan perlu disahkan terlebih dahulu.
2) Pengeluaran ambil masa kurang dari 2 minggu.
As salam..kalo sy membuat pinjaman dari CIMB bole ke keluarkan kwsp utk pembiayaam rumah? Adakah cimb termasuk institusi kewangan yg dilesenkan?
Boleh.
Assalam….
saya dah ada sebuah rumah..So, skrg nie saya nak beli rumah lg sebuah..boleh tak guna kwsp juga utk rumah kedua tu?
For info, rumah pertama dulu dah guna kwsp..
Pengeluaran untuk membeli rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan. Pelupusan pemilikan
bermaksud ‘hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini’ atas sebab rumah tersebut dilelong,
penyerahan harta melalui perintah mahkamah, pindah milik atas dasar kasih sayang, rumah musnah akibat bencana alam atau kebakaran, projek
rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.
salam
boleh ke beli rumah secara tunai melalui akaun ke 2?
Boleh jika akaun 2 tuan mencukupi.
As salam,
Saya nak tanya, suami saya baru membeli rumah (baru siap dibina) akan tetapi… Penama & pinjaman atas nama suami sahaja..bolehkah saya mengeluarkan KWSP acc 2 untuk membayar deposit rumah berkenaan.
Ataupun perlukah suami menukar/ menambah nama saya sebagai nama ke2 (pemilik) rumah berkenaan untuk mengeluarkan KWSP acc 2 saya.
tidak boleh. jika hendak keluar juga, mesti SPA atas nama puan.
assalam..sy nk kepastian..pada bln 7 thn hadapan sy cukup 3 thn brkhidmat dlm kerajaan..pertanyaan sy boleh ke sy kluarkan duit kwsp dlm akaun 2 sblum sampai tempoh 3 tahun tu utk mmbeli rumah pertama.tq..
boleh. jika mempunyai wang yang mencukupi.
Assalamualaikum,
Saya nk beli rumah atas nama saya sendiri. Tahun 2008 saya pernah keluarkan epf untuk settle balance loan bila saya jual rumah (joint name) lepas bercerai dgn suami. Bukti penjualan rumah/pelupusan title tak dapat dikesan lepas berpindah randah. Boleh ke saya keluarkan epf untuk bayar baki deposit rumah baru atas nama saya sendiri, tanpa bukti pelupusan harta rumah pertama tadi?
terima kasih
tidak boleh.
Assalamualaikum encik. Saya dalam proses pembelian rumah pertama. Loan saya di beri oleh company saya bekerja. Company saya minta:
1. Valuer report
2. S&P agreement
No 1 saya dah buat. S&P agreement dalam proses. Soalan saya:
1, Setelah saya kemukakan kedua2 item di atas, baru loan saya di luluskan?
2. Setelah saya setlekan semua step di atas, (dah sign S&P) baru saya boleh keluarkan duit dari akaun 2 kwsp?
3. Dokumen apa yang perlu sy bawa untuk pengeluaran duit dari akaun 2 kwsp?
Terima kasih encik di atas luangan masa untuk membaca & menjawab pertanyaan saya.
1) adakah company tuan menyediakan pinjaman 90% – 100% dari harga belian. Adakah PASTI company tuan akan berikan loan? Jika tuan sudah menandatangai S&P, maka tuan sudah termaktub dalam perjanjian jual beli. Pastikan terlebih dahulu, kemampuan tuan untuk memohon pinjaman dengan bank (sebagai backup)
2) Ya, lepas sign S&P boleh keluar kwsp.
3) Document yang diperlukan:
Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL) (D5)
Kad Pengenalan Diri
S&P
Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan
Katakan jika saya telah membuat pengeluaran kwsp sebanyak rm30k utk bayar deposit 10% rumah yg saya beli.. kemudian pihak pemaju telah memberi rebate pengurangan 5% harga rumah..dimana saya hanya perlu bayar 5% sahaja deposit sebanyak rm15k pada pemaju.. adakah perlu saya pulangkan baki rm15k yg tidak digunakan pada kwsp atau saya boleh simpan terus baki tersebut utk kegunaan sendiri?
Terima kasih
Tidak perlu.
Saya dapat tawaran pprt harga 35 ķ.akaun dua saya ada 45k …boleh tak saya bayar cash semua guna akaun dua kwsp saya
saya rasa boleh. Tidak jadi masalah.
Assalamualaikum wrt.. tuan
nak tanya.. ayah mentua sy ada bagi rumah ke pada istri dan saya.. kos rendah atas dasar kasih syg.. dia jual dalam rm40 000. Ayah sy mahu mnguruskan sndri urusan pertukaran nama pada geran.. masalahnya bolekah sy buat s&p setelah pertukaran nama pd kami?
kami tdk mmbuat sbrg pnjaman bank dan ingin mngeluarkan kwsp untuk pmbelian secara tunai.
Boleh. Appoint lawyer untuk menguruskan hal pertukaran ini.
Salam sy ade pertanyaan
Suami di tawarkan skim perumahan awam 1 malaysia, kami di kehendaki menbyr deposit rm3k untuk menandatangan no S&P, sebagai isteri boleh ke sy mengeluarkn kwsp sy akaun 2 untuk tujuann ini? Walaupun rumah atas nama suami dan pinjaman melaui LPPSA… Salah satu document adalah sijil nikah..
Boleh keluarkan KWSP jika ada nama dalam SPA.
assalam…saya nak tanya bagaimana jika saya nak membeli rumah cash tp dgn separuh tunai dan separuh lg melalui akaun 2 kwsp.apa langkah dan bagaimana prosesnya?
proses yang sama seperti pembelian biasa. cuma tidak perlu loan bank. boleh instruct lawyer untuk menguruskan hal belian ini.
SALAM SAYA NAK TANYA..JIKA DALAM AKAUN KWSP BARU ADA 6K..TAPI LOAN UTK RUMAH BERHARGA RM150000 TIDAK DAPAT FULL LOAN..BOLEHKAH KUARKAN SEMUA DUIT KWSP UNTUK SETTLEKAN BAKI LOAN DAN DEPOSIT
boleh.
Salam..saya telah keluarkan KWSP untuk pembayaran PTPTN sebanyak RM18K. Saya ada membeli sebuah rumah dengan deposit sebanyak RM30K baru-baru ini. Lawyer akan serahkan salinan SPA dalam minggu hadapan. Saya ingin keluarkan KWSP untuk tuntutan pembelian rumah tapi amaun KWSP cuma dalam RM5K. Bolehkah saya membuat pengeluaran KWSP selepas jumlah di dalam akaun sudah bertambah? Sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 tahun dari tarikh saya dapat salinan SPA?
Boleh. selagi mana tidak melebih tempoh berkenaan.
Salam..saya ingin bertanya jika seseorang tu ada mengikuti program AKPK..boleh buat pengeluaran akaun 2 untuk membeli rumah pertama??T.kasih
Jika dalam SPA ada nama seseorang itu, boleh. Tapi loan tidak boleh atas nama seseorang itu, Maka ia third party loan.
Salam tuan,
Kalau loan atas nama saya tapi SPA atas nama saya dan isteri,boleh tak isteri saya keluarkan akaun 2 dia untuk bantu mengurangkan ansuran rumah? Loan bukan nama dia.
Assalam..jika sy ingin beli rumah harga rm130k (market value rumah rm130k juga)..bank boleh bagi loan penuh ke (rm130k)
salam, sy beli rmh, loan dh lulus, snp dlm proses,
sy nk tny samada isteri sy blh kluarkan akaun 2 dia x walaupun tiada dlm snp?
harap beri penjelasan
Salam. Tidak boleh tuan. Hanya nama yang tertera dalam SPA sahaja yang boleh buat pengeluaran.
Assalamualaikum tuan sy nk bertanya..jika suami beli rumah harga 150k, SPA nama kami bersama, loan shj nama suami..full loan..KWSP akaun 2 suami sje ke yg bole keluar..sy punya x bole ye?terima kasih atas pencerahan
Saya Ingin bertanya..dalam proses pembelian rumah, KWSP akaun 2 hanya boleh dikeluar selepas loan rumah diluluskan. SNP di stamp dan mendapat consent dari pejabat tanah. Jika selepas wang akaun 2 sudah dikeluarkan dan pembeli tidak melunaskan deposit seperti dalam perjanjian jual beli dan pembeli membatalkan perjanjian jual beli tersebut, apakah itu satu kesalahan kerana wang tersebut disalahgunakan untuk tujuan lain? apa yg patut sy buat jika saya adalah empunya rumah tersebut.
SalAm tuan nak tanya,sy dlm proses membeli rumah pertama, boleh ke sy keluar Kan duit kwsp akaun 2 utk cukup kan duit cash beli rumah.. separuh buat loan 40% bank, separuh lg keluar kwsp dlm 28k.. akaun 2 ada 29k.. boleh ke keluar semua..beli rumah nama individu
boleh.
Nak tanya,saya ada beli rumah,join buyer dengan suami,dapat loan 90%,maksudnya kami fapat keluarkan kwsp 20% kan..kalau suami keluar kan dahulu 10% dan isteri dua tahun kemudia boleh tak?
kalau saya nk beli rumah kedua, bolehkah saya membuat pengeluaran kwsp lagi, sedangkan saya tidak menjual rumah pertama saya dan telah mengeluarkannya pada pembelian rumah pertama?
tak boleh. Anda perlu melupuskan hartanah pembelian pertama dahulu.
Saya TELAH membeli Rumah Kampung termasuk tanah secara Tunai Dari saudara dengan harga 38k(harga kasih sayang) baru 1 bulan yang lepas..Dan surat persetujuan jualbeli ,penjual dan pembeli sudah sign.Termasuk Penghulu,Ketua kaum SEBAGAI saksi juga TELAH sign..dengan surat ini bolehkah saya mengeluarkan keseluruhan Simpan di acc 2 yang berjumlah 55k?