Pengeluaran KWSP Untuk Pembelian Rumah

Pengeluaran KWSP Untuk Pembelian Rumah

Anda tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar baki deposit atau pembelian rumah anda? Pengeluaran KWSP untuk pembelian rumah adalah dibenarkan pada bila-bila masa. Tidak perlu tunggu sehingga umur anda 60 tahun atau sebagainya.

Pengeluaran ini hanya dibenarkan dari Akaun 2 KWSP anda. Anda boleh semak atau dapatkan penyata KWSP melalui online, di kiosk KWSP yang terdapat di sesetangah bank ataupun di cawangan KWSP berdekatan.

Langgan saluran Telegram saya untuk kemaskini berita baharu pasal property. NAJIB'S CHANNEL

Adalah tanggungjawab anda untuk memeriksa baki simpanan anda. Ada juga yang saya terjumpa dengan pelanggan yang bekerja di syarikat yang kecil, ingin membeli rumah. Apabila diminta slip gaji ada tertera potongan KWSP, tetapi hal sebaliknya apabila dia memeriksa penyata KWSP. Tiada caruman dibuat oleh majikannya. Jadi, sentiasa periksa simpanan anda dari masa ke semasa.

 

Kelayakan Pengeluaran KWSP Untuk Pembelian Rumah

  1. Pengeluaran dibenarkan untuk pembelian secara perseorangan atau pembelian bersama. Tidak kira samada pembelian dari pemaju, orang perseorangan ataupun lelong.
  2. Masih mempunyai baki di dalam akaun 2 setelah membuat pembayaran.
  3. Anda belum mencapai umur 55 tahun pada masa pemohonan ini diluluskan.
  4. Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam akaun 2

Syarat Pengeluaran KWSP Untuk Pembelian Rumah

Anda Layak Memohon Sekiranya :-

  1. Membeli sebuah rumah kediaman (jenis banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / ‘studio apartment’ / ‘service apartment’ / ‘townhouse’ / SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman.
  2. Pembiayaan pembelian rumah melalui ; (i) Pinjaman perumahan daripada mana-mana institusi seperti berikut :-
    •  Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA)
    • Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan
    • Majikan ahli
    • Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia).
    • Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia
    • Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP; ATAU (ii) Secara tunai.
  3. Anda telah menandatangani Surat Perjanjian Jual Beli tidak melebihi tiga (3) tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP.
  4. Anda tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU Ahli telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya atau berlaku pelupusan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua. Bukti penjualan / pelupusan pemilikan rumah pertama perlu dikemukakan.
  5. Anda ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada pihak yang dibenarkan oleh KWSP.
  6. Anda membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak secara pakej (tarikh perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian bina rumah hendaklah dalam tempoh 6 bulan).

Anda Tidak Layak Memohon Sekiranya :-

  • Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja
  • Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada
  • Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli
  • Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf
  • Membeli rumah ketiga
  • Membeli rumah di luar negara

Update terkini April 2015: Pada yang sudah pernah membuat pengeluaran akaun 2 untuk membeli rumah, kini anda tidak layak lagi untuk mengeluarkan baki wang dalam akaun 2 untuk membeli rumah seterusnya atau untuk melangsaikan hutang rumah. Sumber: Azam Rupad

Jumlah Pengeluaran KWSP Untuk Pembelian Rumah

Pengeluaran KWSP untuk pembelian rumah

Contoh Pengiraan

Mr. Ahmad membeli sebuah rumah berharga RM200,000 dan telah mendapat pinjaman perumahan sebanyak RM180,000. Beliau mempunyai simpanan KWSP sebanyak RM45,000 dalam akaun 2. Oleh itu, simpanan KWSP yang boleh dikeluarkan oleh Mr. Ahmad ialah:

Harga Rumah : RM200,000

Jumlah Pinjaman : RM180,000

Perbezaan di antara harga rumah dan pinjaman : RM20,000

Tambahan 10% daripada harga rumah : RM20,000

Amaun Maksimum yang Layak dikeluarkan : RM40,000

Simpanan dalam akaun 2 KWSP :RM45,000

Amaun Yang Boleh Dikeluarkan : RM40,000

Kaedah Pembayaran

Semua bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli dengan syarat :-

  1. Anda mempunyai akaun bank dengan bank panel KWSP yang dilantik; DAN
  2. Akaun bank ahli masih aktif; DAN
  3. Nombor pengenalan diri ahli adalah sama dengan rekod bank.
  4. Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM)

Bagaimanapun, sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli seperti akaun bank tidak aktif atau nombor Kad Pengenalan Diri tidak sepadan, bayaran akan dibuat melalui cek jurubank.

Sumber rujukan:

Maklumat untuk pengeluaran KWSP untuk pembelian rumah

Maklumat untuk pengeluaran KWSP untuk pembinaan rumah

 

 

Langgan saluran Telegram saya untuk kemaskini berita baharu pasal property. NAJIB'S CHANNEL

48 Comments

  1. laila 04/09/2015
  2. Wak 21/09/2015
    • Najib Mohamed 29/09/2015
  3. Adam 23/09/2015
    • Najib Mohamed 29/09/2015
  4. Syarina 04/10/2015
  5. annuar 08/10/2015
    • Najib Mohamed 15/10/2015
  6. fandi 20/11/2015
  7. nuRUL 30/11/2015
    • Najib Mohamed 09/03/2016
  8. hayati 30/11/2015
  9. Nurul 03/12/2015
  10. azrin shah 29/02/2016
    • Najib Mohamed 08/03/2016
  11. amran 17/03/2016
  12. amy 31/03/2016
  13. Hairulizam 07/04/2016
    • Najib Mohamed 11/04/2016
  14. Fatin fadila 11/04/2016
  15. nazri 20/04/2016
    • Najib Mohamed 24/05/2016
  16. LIANA 25/04/2016
  17. miss ajlia 15/05/2016
  18. Fernalyn damin 22/05/2016
    • Najib Mohamed 23/05/2016
  19. mazlan 26/04/2017
  20. Za 13/05/2017
  21. Syed 16/04/2018
    • Najib Mohamed 18/04/2018
  22. Rizawati Ramli 20/06/2020
  23. Azizul 25/06/2020
  24. Nurlydia Binti Abdullah 20/12/2020
  25. Fauziyah fauzi 03/03/2021
  26. Azny Amudi 09/09/2021
    • Najib Mohamed 10/09/2021
  27. Mohamad Fairrus 10/10/2021

Leave a Reply to Najib Mohamed Cancel reply