Review Filem Wajib Tonton: Jobs (2013)

Review Filem Wajib Tonton : Jobs (2013)

Filem ini ditayangkan pada tahun 2013 dan merupakan kisah perjalanan hidup Steve Jobs pada fasa 1974-2001.

Kisah ini dimulakan dengan paparan pada tahun 2001 di mana Jobs memperkenalkan iPod kepada para audien di Apple Town Hall Meeting.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah. KAKIPROPERTY'S CHANNEL

Seterusnya, imbasan kehidupan Jobs di Reed College pada tahun 1974 di mana pada ketika itu beliau tidak mampu membayar yuran pendidikan yang tinggi, tetapi masih boleh mengikuti kelas atas kebenaran salah seorang academia di universiti tersebut.

REVIEW FILEM WAJIB TONTON : JOBS (2013)

Terdapat pelbagai babak memperlihatkan karakter Jobs yang agak ‘degil’ tentang beberapa perkara. Antaranya, kepercayaan Jobs bahawa suatu hari nanti setiap seorang manusia mempunyai komputer persendirian (personal computer); yang pada masa itu (sekitar lewat 1970-an hingga 1980-an) ramai orang mempertikaikan hal tersebut boleh berlaku.

Terdapat babak di mana Jobs bekerja di Atari dan bertengkar dengan majikan dan rakan sekerjanya tentang beberapa perkara yang tidak disukainya. Antaranya, tentang persoalan mengapa skrin game Atari yang hanya hitam putih dan membosankan.

Selain itu, terdapat babak di mana Jobs bertengkar dengan kawannya yang mempateri circuit board komputer dengan tidak kemas. Kawannya dengan kehairanan berkata “ Who cares?” dan Jobs menjawab “I care!”.

REVIEW FILEM WAJIB TONTON : JOBS (2013)

Jobs dan sahabatnya; Steve Wozniak membina sebuah syarikat bernama Apple Computer pada tahun 1976 setelah Wozniak mula membina Apple I di rumahnya secara kecil-kecilan. Demi menghasilkan Apple I dengan skala lebih besar, Jobs dan Wozniak mengajak 5 orang lagi rakan mereka untuk menyertai Apple Computer Company. Yang menariknya, mereka bertungkus lumus membina Apple I di garaj kepunyaan bapa Jobs.

Anda akan melihat tentang pergelutan Jobs untuk membawa Apple I sebagai suatu produk berkualiti dan menjadikannya sebagai bisnes yang lumayan. Pada asalnya tiada siapa mahu membiayai pembinaan Apple I (kerana tiada siapa percaya dengan konsep personal computer pada masa itu); tetapi Jobs berjaya mendapatkan pembiayaan daripada sebuah syarikat dan melakukan perjanjian bisnes yang lumayan untuk beliau, Wozniak dan 5 orang lagi rakannya.

REVIEW FILEM WAJIB TONTON : JOBS (2013)

Kemuncak kejayaan Jobs dan Wozniak ialah setelah kelahiran Apple II pada tahun 1977. Terdapat banyak babak memperlihatkan kejayaan Jobs dan susah payah beliau dalam menguruskan perniagaan. Jobs bukan sahaja genius, malahan seorang yang opportunist dan bertindak pantas dalam perniagaan.

Namun, tidak kesemua keputusan beliau dalam perjanjian perniagaan menghasilkan sesuatu yang lumayan. Jobs juga mengalami kerugian dan kesilapan memilih chief officer untuk memandu syarikatnya (beliau memilih bekas chief officer syarikat Coca Cola untuk menyertai Apple Company. Memang menghairankan, tetapi anda boleh tonton sendiri untuk mengetahui alasan Jobs atas pemilihan tersebut).

REVIEW FILEM WAJIB TONTON : JOBS (2013)

Kejayaan demi kejayaan menjarakkan perhubungan Jobs dengan rakan-rakan yang mula-mula bersama beliau semenjak pembinaan Apple I. Kemuncak perpecahan ini adalah apabila Wozniak, sahabat karibnya, meletak jawatan daripada Apple Company. Itu adalah satu-satunya babak di mana Jobs amat kecewa dan kesedihan. Selain itu, anda hanya akan melihat karakter Jobs yang tegas, loud, successful, pemarah, kreatif, inovatif, pemikir, perfectionist dan opportunist.

Selain itu, terdapat banyak elemen persahabatan dan perhubungan yang boleh dijadikan iktibar. Terdapat paparan bagaimana Jobs akhirnya menerima anak perempuannya (Lisa) walaupun pada asalnya Lisa tidak diakui sebagai anak semenjak Lisa dikandungkan.

Best Quote

Here’s to the crazy ones. The misfits, the rebels, the troublemakers, the round pegs in the square holes, the ones who see things differently. They’re not fond of rules, and they have no respect for the status quo. You can quote them, disagree with them, glorify or vilify them. About the only thing you can’t do is ignore them. Because they change things – they push the human race forward. And while some may see them as the crazy ones, we see genius. Because the people who are crazy enough to think they can change the world, are the ones who do.

Review Filem Wajib Tonton: Jobs (2013)Kesimpulan

Saya yakin yang filem ini wajar ditonton oleh seisi keluarga dan mereka yang sedang melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan inovasi. Ia boleh dijadikan iktibar dan memacu motivasi!

Mungkin sesetengah babak ada sedikit tokok tambahnya, biasalah nama pun buat filem. Bukannya buat dokumentari 🙂

Anda boleh baca kisah Steve Jobs selanjutnya melalui buku tulisan Walter Issacson, bertajuk Steve Jobs

Selamat Menonton!

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah. KAKIPROPERTY'S CHANNEL

Leave a Reply