Dah nama pun melabur, potensi pelaburan itu untuk melebur pasti ada. Itu perkara penting yang perlu anda tahu apa matlamat anda membeli atau membuat pelaburan hartanah.
Apakah kaedah yang terbaik kita boleh lakukan untuk sekurang kurangnya mengurangkan tekanan tersebut?
Cara terbaik adalah dengan mengelakkan diri kita menjadi hamba pada hartanah kita dan kita harus jadikan hartanah tersebut berkerja untuk kita.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah.
Ramai sebenarnya mengeluh. Semasa membeli ada yang kata ini boleh disewakan mahal. Ada juga yang membeli dulu dikatakan boleh dijual balik juga mahal.
Itulah kita kata tadi, risiko tetap ada pada setiap pelaburan. Kita bertanggungjawab penuh terhadapnya. Jadi, untuk elakkan perkara buruk., kita sendiri harus elak dengan budaya “ikut kawan”.
Ternyata, poket kita dan poket kawan kita malah poket sifu yang kita puja tak sama. Ini lah risiko yang kita kena tahu sebelum buat keputusan.
Bagaimana kita nak melabur kalau macam ni?
Inilah realiti dan cabaran yang kita wajib tahu sebelum memiliki hartanah, pasti ada kisah suka duka. Iyelah, tiada siapa boleh meramal secara tepat apa yang bakal berlaku. Malah apa sahaja perubahan polisi oleh kerajaan tiada siapa yang boleh jangka.
Misalnya sekarang seluruh dunia berhadapan dengan pelbagai masalah di setiap penjuru. Daripada kegawatan ekonomi, ketidakstabilan politik sehingga ke wabak COVID-19. Siapa boleh jangka tahun 2020, kita sebegini rupa, sudah hampir sebulan duduk dirumah akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tidak mengapa. Jangan tertekan. Kita move on dengan melihat semula apa perkara asas pelaburan hartanah, kemudian kita fokus mencari jalan keluar dengan apa cara kita ada;
#1- Meningkatkan Aliran Tunai atau Cashflow
Dalam usaha memiliki hartanah dan proses menambah jumlah hartanah, cashflow merupakan perkara bakal penentu, adakah mereka terus mampu menambah atau tidak.
Secara kasar bagi mereka yang berpendapatan rendah atau sederhana, kemungkinan mereka berhadapan dengan risiko yang sangat besar.
Lebih mengeruhkan lagi rancangan, cashflow yang didendang tetapi poket koyak terundang. Kewangan mereka bleeding. Makin berkerut dahi dan makin muncung mulut kita.
Mana taknya, habis duit gaji kena tarik untuk buat bayaran bulanan. Mana duit nak belanja, mana pulak duit nak buat bekal pergi kerja. Habis semua bajet terganggu. Pelaburan hartanah yang diharapkan kini menjadi “biawak hidup” dibahu.
Dalam pelaburan hartanah, walaupun cash flow bukan hanya satu satunya elemen paling penting dalam pelaburan, tetapi ia diperlukan dan sangat penting untuk kestabilan sekurang kurangnya, hidung tak bleeding dan poket pun tak koyak.
#2- Peningkatan Modal atau Capital Appreciation
Capital Appreciation sememangnya game yang terbaik, jika dapat maintain kadar kenaikan tahunan sebanyak 5% pun cukup baik dan best gila.
Namun begitu, tahukah anda apakah yang mendorong kenaikan Capital Appreciation tersebut?
Ramai tidak perasan capital appreciation di dorong oleh transaksi jual beli yang berlaku di kawasan unit hartanah dan lokasi sekitarannya.
Namun, satu masalah paling besar ramai pembeli hartanah hari ini terutamanya bagi projek hartanah undercon adalah jika langsung tiada transaksi selepas hartanah kita beli mendapat kunci.
Soalannya, bagaimana kita mampu mendapatkan kenaikan harga atau mungkin nak jual semula. Lagi dahsyat, jika unit pemaju pun masih berlonggok-longgok tak terjual. Dah tentulah, pemaju berikan pakej semua percuma sedangkan kita tak mampu lakukan begitu.
#3- Pulangan Tunai atau Cash Back
Bagi pembeli hartanah undercon ini adalah satu tarikan untuk mereka membeli, yelah modal booking hanya RM1000 malah lebih sikit pun ada. Ditambah pula syoknya, bila pembeli boleh dapat Cash Back puluhan ribu ringgit masa hartanah itu siap nanti.
Bagi yang pandai menggunakannya, dan tahu nilai wang mereka terima untung lah. Kalau yang jenis berjoli katak, boleh nangis celah bucu katil sampai nangis air mata darah pun tak dapat pusingkan masa.
Jika bei hartanah undercon buat sedikit kajian mengenai pemaju, keboleh siapan, kualiti hasil kerja malah. Dan yang paling penting, buat semakan harga pasaran yang sebenar dengan pembangunan persekitaran dengan harga jualan hartanah undercon yang bakal anda mahu beli. Kita bandingkan harga per kaki (psf).
Ini penting, jika tidak berkemungkinan anda bakal terbeli hartanah yang dijual pada harga masa depan.
BACA: 7 Tips Awesome Nak Beli Rumah Undercon
Masih tak faham?
Harga masa depan bermaksud anda telah bayar lebih dari nilai sepatutnya.
Apa apa pun, beli hartanah ni memang ada risikonya lagi-lagi beli untuk pelaburan. Buat pengiraan awal adakah anda mampu atau tidak.
Namun, jika untung pun boleh tahan juga. Ada yang boleh sampai tahap terima hasil 200 kali gaji bulanan pun ada. Wow. Kalau kena gaya strategi dan lokasi, memang daboom!
Cuma, jangan kita cepat kecewa dan putus asa dengan pelaburan hartanah kita ada. Fikirkan rancangan untuk kewangan anda.
Ok lah, jangan putus asa!
#stayathome #stayhealty #padaAllahkitaberserah
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah.