Dalam artikel ini, saya akan berkongsi satu tips iaitu tips memohon pinjaman perumahan dengan cara yang luar biasa.
Selalunya, apabila memohon pinjaman perumahan, anda hanya beri kepada banker apa yang banker mahukan. Lepas, beberapa hari, banker tersebut akan call anda dan meminta dokumen tambahan untuk menguatkan profil pinjaman anda. Pernahkah ianya terjadi pada anda?
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah.
Jadi ikuti, langkah-langkah yang saya untuk membuatkan banker anda terkesima apabila memohon pinjaman perumahan anda.
Tips Memohon Pinjaman Perumahan Cara Luar Biasa!
Antara dokumen yang perlu ada semasa memohon pinjaman perumahan ialah:
- Profil Peribadi peminjam (akan saya terangkan lebih lanjut di bawah nanti)
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Offer to Purchase (untuk pembelian Subsales) atau Sales Form dan Receipt (untuk pembelian hartanah projek)
- Salinan penyata gaji untuk 6 bulan (Pendapatan Agresif)
- Salinan penyata bank (yang mana digunakan untuk transaksi penggajian)
- Salinan dokumen yang berkaitan dengan pendapatan pasif, pendapatan portfolio
- Salinan penyata bank atau buku simpanan (bagi membuktikan transaksi pendapatan-pendapatan lain)
- Salinan CCRIS – perlu dibuat review
- Dokumen sokongan lain, jika anda telah membuat pembayaran penuh sesuatu komitmen tetapi masih lagi disenaraikan dalam CCRIS
- Salinan semua jenis simpanan, FD yang anda ada.
- Salinan dokumen untuk insurans atau perlindungan harta – kepercayaan bank bahawa peminjam terlindung dengan insurans.
- Salinan Penyata Cukai dan resit pembayaran.
Profil Peribadi Peminjam
Butir-butir peribadi. Eik, nak kena letak gambar ke? Kata luar biasa. Mana pernah orang apply loan letak gambar yang hensem. Pandangan pertama sahaja, banker sudah terpaut untuk menyemak profil kita secara tak lansung mempercepatkan proses pinjaman perumahan kita.
Cuba bayangkan, jika seorang banker terpaksa menguruskan lebih 5o pinjaman sehari dan cara pinjaman hampir serupa, tambahan pula banyak kerja yang banker terpaksa buat.
Dengan cara ini, kita akan mememudahkan banker untuk mencari maklumat disamping dapat berkenalan dengan si peminjam.
Kemudian, senaraikan pendapatan yang anda perolehi dari pelbagai sumber dan dapatkan jumlah keseluruhan pendapatan.
- Pendapatan Agresif – bergaji dan mempunyai penyata gaji
- Pendapatan pasif – dari sewaan hartanah
- Pendapatan bisnes – ada pendapatan sampingan dari bisnes kecil-kecilan. Bank akan ambil 70% daripada jumlah sebagai pendapatan tambahan.
- Pendapatan portfolio – dari dividen, bonus amanah saham, simpanan dan sebagainya. Bagaimana pengiraannya? Klik di sini.
Jika anda perhatikan, di setiap maklumat pendapatan ada ruang “NOTE”, di mana anda akan gunakan untuk memberitahu banker di mana letaknya dokumen sokongan untuk pendapatan ini sebagai contoh di Green Index – Aggressive Income.
Semak CCRIS anda dan senaraikan satu persatu. Ia nampak lebih jelas dan teratur. Kirakan jumlah Debt Burden Ratio (DBR) terkini. Nampak tak beza apabila anda buat profil ini. Anda akan dapat pastikan samada anda boleh lulus pinjaman atau tidak. Anda sendiri tahu kemampuan anda.
DBR : Jumlah Liabiliti / Jumlah Pendapatan Bersih x 100%
Satu lagi, anda memudahkan banker dalam pengiraan DBR. Mereka hanya perlu menyemak. Segalanya anda sudah sediakan segala maklumat untuk mereka.
Senaraikan juga, segala simpanan yang anda ada bagi menguatkan lagi profil anda untuk meminjam. Lagi tinggi nilai yang anda ingin pinjam, semakin terperinci segala maklumat yang perlu anda beri.
Jangan lupa juga untuk menyenaraikan insurans yang anda ada. Mungkin ianya tidak mempunyai pemberat untuk kelulusan pinjaman, tetapi ianya merupakan isyarat kepada bank bahawa anda tahu merancang kewangan dan mempunyai perlindungan sekiranya apa-apa terjadi pada anda.
Di ruangan Property To Purchase; nyatakan nama hartanah yang anda beli dan tujuan pembelian ada.
Financing, jenis pinjaman yang anda inginkan. Antara jenis-jenis pinjaman (ikut bank) :-
- Pinjaman Konvensional
- Pinjaman Semi-Flexi
- Pinjaman Flexi
- Islamic Loan
Anda boleh tulis ikut kehendak anda tetapi bersesuaian dengan situasi semasa dan produk bank yang ditawarkan. Contoh ;-
90% & no lock in period for 35 years and Islamic Flexi Loan with interest rate 4.5%
Loan To Value, jika anda belum ada atau hanya anda satu rumah, margin of finance anda masih 90%.
Loan to Value : MOF x Purchase Price
Dapatkan Monthly Installment menggunakan Financial calculator ataupun anda boleh menggunakan iMoney untuk mendapatkan anggaran bayaran bulanan.
Front End DBR
(Bayaran Bulanan Baru / Jumlah pendapatan Bersih) X 100% ≤ 33%
Back End DBR
[(Bayaran Bulanan Komitmen Baru + Jumlah Liabilit)/ Jumlah Pendapatan Bersih] X 100% < 70%
Protection
Apakah cara anda melindungi hartanah yang bakal anda beli? MRTA atau MRTT. Berapa tahun? Adakah anda ingin bayar berasingan atau diserapkan di dalam jumlah pinjaman.
How To pay Monthly Installment
Nyatakan kepada pihak bank bagaimana cara anda membayar bayaran bulanan sekirannya pinjaman anda diluluskan. Tunjukkan kepada bank bahawa anda berkemampuan untuk membayar installment bulanan berdasarkan pengiraan DBR dan rekod CCRIS anda yang bersih.
Why I Choose This Property
Nyatakan sebab kenapa anda membeli hartanah ini. Jika ianya di dalam radius lokasi yang terbaik, permohonan lagi mudah untuk diluluskan. Jika hartanah di lokasi yang kurang maju, anda perlu terangkan kepada pihak bank, potensi yang anda nampak di kawasan terbabit.
Kesimpulan
Rahsia bagaimana pelabur tegar hartanah memohon pinjaman perumahan telah dibongkarkan. Jadi tiada lagi rahsia di antara kita. Hehe. Apa saya harap lepas ini, ramai client saya akan menghantar permohonan pinjaman dengan cara ini. Lengkap, padat, tepat, cepat dan tuntas. Mudah kerja saya dan banker saya.
Saya percaya, jika anda menghantar permohonan sebegini rupa ianya sedikit sebanyak dapat memberikan impak yang besar terhadap proses kelulusan pinjaman anda.
Selamat mencuba!
Nota: Artikel di atas adalah untuk maklumat am sahaja. Sila rujuk dengan perunding kewangan anda.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah.
terima kasih, patutlah banker asyik telefon minta dokumen sokongan 🙂
Haha.. Jangan biarkan banker menghantui anda. Apa yang anda nak tahu, 200% lulus.
terbaik tuan..saya menghargai ilmu ini.terima kasih
Sama-sama Tuan! Berikan cadangan ke email saya dan InsyaAllah saya akan cuba yang terbaik.
Syukran jazillan tuan Najib diatas perkongsian ilmu yang amat bermanfaat ini. Saya belajar banyak ilmu dan terms baru di dalam bab properties sebaik usai membaca post tuan ini.
Saya akan praktiskan tips tuan ini pada masa akan datang. Saya doakan setiap patah perkataan ilmu yang tuan kongsikan ini menjadi pahala tanpa henti buat tuan sekeluarga hendaknya. Amin.. 🙂
Terima kasih Tuan Asyraf Aziz 🙂
Terbaik perkongsian tuan.Nampak ringkas tapi padat dengan isi.Saya teringat sebuah buku Rich Dad Poor Dad by Robert Kiyosaki.Beloau juga ada maklumkan untuk buat fail portfolio pendapatan agar banker mudah untuk melihat fail kita.Good job bro.
Terbaik en najib..
Btw en najib dimana skrg ye? Sbb sy pg cari dekat puchong dah xde..
Klu x keberatan boleh kita jmpa nnti..ex platinum student under en najib 2014
Ini mungkin blog post yang baik telah saya baca. Tapi ia bukan yang
terbaik. Jika artikel ini bukan copy paste, admin mungkin boleh jadikan ia
lebih sempurna. Pandangan saya ialah dengan memaparkan sumber rujuk yang akhirnya menimbulkan idea untuk blog post
ini. Ia pasti jadi satu pengukuhan dan meningkatkan
authoriti saudara. Thanks! With all respect dari Memoir Insani Media Team.
Terima kasih atas maklum balas tuan. Artikel ini berdasarkan pengalaman saya dalam proses memohon pinjaman. InsyaAllah, dari semasa ke semasa akan cuba diperbaiki. Terima kasih Tuan.
Terima kasih tuan untuk ilmu yang bermanfaat ini. Sudah lama saya mencari blogger yang menerangkan secara detail tentang perkara ini. Alhamdulillah ketemu di blog tuan juga akhirnya. Insyaallah akan cuba praktikkan tips dan langkah2 yang tuan berikan untuk pelaburan hartanah saya di masa akan datang.
Terima kasih tuan atas perkongsian ilmu ini. Memang memudahkan segala urusan.
Alhamdulillah
wow, memang memudahkan banker baca kita punya dokumen.
Terima kasih berkongsi
Sama-sama 🙂