Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca!

Guten Tag!

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melayari blog saya ini.

==========

Najib Mohamed, 32

Merupakan seorang Perunding Hartanah berdaftar yang dilahirkan di Muar, Johor dan dibesarkan dengan penuh disiplin di Keratong 1, Pahang.  Merupakan anak ke-3 daripada lima orang adik-beradik. Telah mendirikan rumah tangga dan kini menetap di Kajang, Selangor.

Pendidikan

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Keratong 1. Seterusnya, saya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah swasta Berasrama Penuh di Ayer Keroh. Setelah tamat pendidikan menengah pada tahun 2000, saya mengikuti kursus persediaan ke luar negara di INTEC, Shah Alam selama hampir 3 tahun sebelum melanjutkan pengajian tinggi di salah sebuah Universiti Kejuruteraan di Germany dalam bidang kejuruteraan mekanikal (Mechanical Design).

Alam Pekerjaan

Alhamdulillah, berkat usaha dan kecekalan yang tinggi, saya berjaya menggengam segulung ijazah iaitu Diplom Ingenieur (FH) ins Konstruktion und Entwicklung. Kemudian, saya memulakan kerjaya sebagai seorang Design Engineer selama 2 tahun di sebuah syarikat multinasional di Germany.

BCT-Fußballturnier

Bersama rakan-rakan sekerja di Germany; selepas perlawanan bola sepak persahabatan Badische Stahl-Engineering GmbH

Perniagaan

Saya mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan sejak di bangku sekolah sehingga ke peringkat universiti untuk menjana pendapatan. ‘Perniagaan’ saya bermula dari sekecil-kecil perniagaan dengan hanya menjual coklat Cloud9 semasa di sekolah; sehinggalah ke peringkat mengambil tempahan membuat design untuk syarikat-syarikat tempatan dan luar negara setelah mempunyai kelulusan di peringkat pengajian tinggi.  Atas minat yang mendalam dalam bisnes, saya banyak menghabiskan wang ringgit dan masa untuk mencungkil method dan teori perniagaan melalui bahan bacaan dan melalui seminar-seminar perniagaan.

Pada tahun 2009, faktor sosio-ekonomi menjadikan saya banyak mempertimbangkan untuk terus bekerja di Germany atau menjalankan perniagaan sendiri di Malaysia. Isteri saya yang tinggal di Malaysia yang pada ketika itu sedang bergiat dalam Multi Level Marketing (MLM). Memandangkan sambutan MLM di Malaysia pada ketika itu memberangsangkan, saya mengambil keputusan untuk meletak jawatan selepas tamat projek di Germany dan pulang ke tanah air untuk meneruskan perniagaan MLM bersama isteri. Penglibatan kami dalam MLM sangat menyerlah sehingga sebuah buku hasil tulisan kami berdua berjaya dipasarkan; iaitu buku Revolusi MLM terbitan TrueWealth Sdn. Bhd.

Revolusi MLM at MPH

Jualan Buku Revolusi MLM yang mendapat sambutan menggalakkan dari seluruh Malaysia

Hartanah

Hasil pendapatan dari perniagaan membolehkan saya mula membeli beberapa hartanah untuk pelaburan. Saya amat yakin yang pelaburan hartanah mampu memberi pulangan lumayan untuk suatu jangka masa panjang. Minat yang mendalam terhadap bidang hartanah ini menjadi titik tolak untuk saya membina sebuah syarikat bersama rakan kongsi pada tahun 2010; demi memberi panduan dan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia terlibat dalam bidang hartanah, ilmu kewangan dan pelaburan. Saya memberikan komitmen sepenuh masa dan fokus untuk menyebarkan ilmu kewangan dan pelaburan kepada masyarakat melalui platform tersebut.

Najib Mohamed

Merupakan seorang speaker untuk beberapa siri seminar bagi mendekatkan komuniti masyarakat terhadap ilmu perniagaan, kewangan dan pelaburan

Pada tahun 2014, saya mula mengaturkan fokus untuk penjenamaan sendiri melalui syarikat Al Falah Consultancy. Saya masih berkecimpung dalam ruang lingkup yang sama iaitu bisnes dan hartanah; tetapi melalui pendekatan yang sama sekali berlainan berbanding dengan sebelum ini.

Kepada yang ingin mendapatkan perkhidmatan saya sebagai perunding hartanah berdaftar atau perniagaan; bolehlah menghubungi saya dengan menghantar email atau mesej terus di fanpage facebook saya untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Life is not rehearsal, But it is the real thing, Do it right, Just do it!