Mulakan Kerjaya Anda di dalam Industri Hartanah Bersama Saya!
Peluang Kerjaya Perunding Hartanah

Jangan Marah Ejen Kalau Proses Jual Beli Lama Sangat

Rata rata ramai yang terkena. Ada yang tak dapat selesai setahun dua tahun pun ada.

Tapi sebagai pembeli adakah anda tahu kenapa puncanya? Apa sebabnya?

Ramai tak faham perkara ini.

Saya tak kata ia kes penipuan tetapi ini biasanya proses jual beli tersebut terlibat kepada “double transfer” atau pembelian hartanah yang masih dalam mastertitle. Belum ada individual dan strata title.

Asalnya ada kes pemaju dah minta pemilik lama untuk buat penukaran nama pemilikan atau MOT, tapi mereka tak ambil kesah. Dan ada kes juga memang pemaju tak buat. Tak kisahlah landed atau jenis strata atau hartanah bertingkat.

DOUBLE TRANSFER?

Di mana pemaju tidak memberi kebenaran untuk membuat penukaran nama dari pemaju terus kepada pemilik baru. Maka, terpaksa melalui dua peringkat penukaran hak pemilikan;

1) Tukar dari pemaju kepada pemilik asal hartanah
2) Dan kemudian tukar pula dari pemilik asal kepada pemilik baru.

Tu yang jadi panjang cerita, boleh kata paling cepat 5 bulan tu kalau tak banyak masalah.

Maksudnya proses jual beli bakal pemilik baru hanya akan bermula selepas selesai penukaran pemilikan pertama di atas. Selesai atas nama pemilik lama baru la kes boleh gerak.

Jadi, jelas kan kenapa kes ni lambat.

Namun begitu, anda janganlah begitu takut hingga tidak mahu miliki hartanah. Saya cadangkan bagi menang menang kedua-dua pihak, boleh bincangkan dengan pemilik asal untuk beri kebenaran masuk awal dengan mungkin kadar sewa sangat minima.

Bagi pembeli, jangan marah ejen atau lawyer kalau berlaku kelewatan begini. Bukan salah mereka.

Bagi ejen hartanah, dapatkan info rumah jualan anda dengan betul dan tepat, supaya segala rundingan buyer, owner berjalan lancar. Jangan dah jual, baru tahu mastertitle! Parah!

Ikuti Telegram Channel saya
Kongsikan ilmu ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penafian

Maklumat yang dikongsi di portal ini adalah untuk tujuan pendidikan dan informasi sahaja. Ia tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, pelaburan, atau percukaian rasmi. Segala tindakan atau keputusan yang dibuat adalah atas risiko anda sendiri. Pemilik portal tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang berlaku akibat penggunaan maklumat dari laman ini. Sila dapatkan nasihat daripada perancang kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang transaksi.