6 Sebab Kenapa Saya Jadi Perunding Hartanah

“Tuan Najib pun jadi perunding hartanah sekarang?” tanya seorang client lama dua hari lepas.

Saya jawab dengan bersahaja, “Ya, kenapa? Ada rumah nak jual ke?”

“Takde lah, macam pelik pula.” ujar beliau.

Apa jawapan saya? Tak jawab pun sebab tak tahu nak kata apa. Apa yang dipelikkan. Sejak dahulu hingga kini, saya masih lagi dalam industri hartanah. Cuma pendekatan yang berlainan. Saya meminati bidang hartanah. Salah satu jalan untuk mendekati diri dalam bidang ini iaitu dengan membuat pelaburan hartanah. Yang mana, saya dan isteri telah membeli rumah pelaburan pertama pada tahun 2007.

Bukan sekadar itu sahaja, pada tahun 2010 saya juga berkolaborasi beberapa orang rakan untuk mengajar komuniti Malaysia dalam pelaburan hartanah.

Tapi semenjak 2014, saya memilih untuk menjadi perunding hartanah and This is my card! 

Perunidng Hartanah

6 Sebab Kenapa Saya Jadi Perunding Hartanah

1) Belajar pasal hartanah dengan lebih mendalam

Saya lebih hands on di sini berbanding saya jadi pelabur dulu. Dulu hanya tahu semuanya siap, ditanggung beres oleh perunding hartanah lain atau salesman. Banyak benda, detail dan msalah saya jumpa, lebih-lebih lagi dalam kes penjualan beli hartanah sekunder atau tanah. Masalah yang belum pernah saya jumpa sejak menceburi bidang ini. Jadi, apabila ada masalah, kita akan berusaha mencari jalan penyelesaiannya. Bila dapat jawapan, kita akan belajar lebih secara praktikal.

2) Tambah ramai kenalan dalam bidang ini

Apabila menceburi bidang ini, nak atau tidak, kita akan pasti jumpa dengan orang. Jika tidak, kita nak jumpa siapa? Dinasour? Jumpa ramai jenis golongan, macam-macam jenis ragam. Suka dapat rumah. Duka ingin melepaskan rumah. Mak mentua ajar menantu beli rumah depan mata. Macam-macam.

Itu bab dengan pelanggan. Kenalan dari sama bidang pula, perunding hartanah lain, pegawai bank, penilai hartanah, kontraktor, peguam, kerani pejabat tanah, kerani pejabar JMB dan ramai lagi. Kenal dengan ramai orang dan berbuat baik.

3) Tambahkan pendapatan dan secepat mungkin

$$$. Mungkin ini ramai yang tertarik untuk menjadi perunding hartanah. Tidak salah pun. Lagipun bukannya kita ambil duit orang. Kita buat kerja terlebih dahulu, tanpa sebarang bayaran dan apabila transaksi jual beli berlaku, barulah dapat komisen. 3%. Bukan senang. Tetapi agak lumayan.  Cuba bayangkan hartanah yang paling murah di Lembah Klang pun sudah RM300,000.

3% x RM300,000 = RM9,000

Tapi tiadalah kita dapat RM9,000 itu bulat-bulat. Masih ada bahagian untuk komisen agensi yang kita bernaung.

Dapatlah juga meneguhkan financial profil apabila ada banyak pendapatan. Boleh beli banyak lagi lepas ini. InsyaAllah.

4) Membuat simpanan untuk modal pelaburan yang akan datang

Duit yang saya dapat sebagai komisen ini, akan disimpan untuk pelaburan yang akan datang. Orang kata 2015 – 2016, waktu yang ‘sedap’ untuk membeli. Banyak hartanah bawah nilai pasaran. Tunggu dan lihat serta sediakan sahaja ‘peluru-peluru’ yang perlu.

5) Tambah lagi pinjaman yang baik untuk hartanah yang terbaik

Kita kenal dengan pegawai bank dan kitalah front liner untuk orang jual rumah. Kita sentiasa dalam pasaran. Kita tahu tentang polisi bank. Bank mana yang mememberikan Effective rate yang terbaik.

6) Beli hartanah, lagi dan lagi…

Kenapa tidak melabur di saham BSKL? orang tanya saya. Belum ada lagi jawapan yang munasabah daripada saya. Lebih suka dengan hartanah. Dapat dipeluk, dapat dilihat.

Kadang-kadang kita berhadapan dengan peluang yang tidak disangka-sangka. Orang memang nak jual rumah atau tanah di lokasi yang baik dengan cepat dan sanggup menjual jauh dari nilai pasaran. Jika kita sendiri tidak bersedia, peluang tersebut terpaksa dilepaskan kepada orang lain. Jika kita sentiasa ada cukup ‘peluru’, kita shajalah yang beli.

In the Long Run, it’s not How Much Money You Make that will determine Your Future. It’s how much of that Money You Put to Work by SAVING It, & by INVESTING It (wisely).

-Peter Lynch

Ingin jadi Perunding hartanah?

Minggu lepas, saya telah mengadakan mini workshop untuk merekrut perunding hartanah baru. Kemunculan pertama pada tahun 2015 semenjak sibuk untuk beberapa bulan ini.

Ramai sebenarnya yang nak jadi agen hartanah ini. Walaupun, kita nampak kebanjiran perunding-perunding hartanah baru, jumlahnya belum lagi mencukupi untuk memenuhi permintaan masyarakat. Lebih-lebih lagi, kaum bumiputera. Jumlahnya amat sedikit.

IMG-20150118-WA0018

Jika anda berminat untuk menjadi perunding hartanah, anda boleh isikan borang permohonan di laman di bawah ini.

Hantar Pemohonan

NAK BELAJAR HARTANAH & BISNES LAGI?

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.

7 Comments

  1. Ikhwan Fahmi 24/01/2015
  2. zai 06/10/2015
  3. Azman BinSaadin 14/05/2016
  4. Azril 19/05/2016
    • Najib Mohamed 23/05/2016

Leave a Reply

CommentLuv badge
Takde Duit, Boleh Beli Rumah Ke? Tips beli Modal MinimaDownload Sekarang

Mahu belajar bagaimana saya melabur dalam
bisnes & hartanah

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.