GST : Kesan GST kepada Hartanah

Kesan GST terhadap hartanah

Apa itu GST?

GST atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.

Nak tahu lebih lanjut mengenai GST? Layari laman sesawang Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Kesan GST terhadap Hartanah

1. Berita baik, hartanah kediaman tidak akan dikenakan GST. Maksudnya tidak cukai barang dan perkhidmatan yang akan dikenakan ke atas pembelian hartanah kediaman kerana kerajaan mengkategorikan pembelian hartanah kediaman sebagai satu keperluan.

2. Yuran penyelenggaraan hartanah juga dikecualikan daripada Goods and Services Tax.

3. Walaupun dalam sistem perlaksanaan Goods and Services Tax tidak menetapkan cukai tambahan kepada pembinaan rumah kediaman, namun ia sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada kos pembinaan secara keseluruhan. Kontraktor masih perlu menanggung GST yang dikenakan untuk pembinaan projek komersial.

4. Kos pembinaan hartanah kediaman akan meningkat kerana GST akan dikenakan ke atas bahan binaan dan perkhidmatan.

5. Sekarang ini, sebelum perlaksanaan GST pun, banyak pemaju yang saya lihat, telah mewar-warkan bahawa harga hartanah akan naik pada 1 April 2015 nanti. Mahu tidak mahu, pemaju akan mengambil kesempatan dengan menggunakan alasan GST ini untuk memindahkan kos kepada pembeli.

6. Hartanah sekunder juga secara tidak langsung akan menerima tempias Goods and Services Tax.

Baca juga artikel dari loanstreet.com.my dan blogger yang hensem, Abang Ensem

IMG-20150210-WA0025

Bila patut beli rumah?

Soalan yang sering ditanya apabila berkait rapat dengan GST. Hendak beli sebelum ke selepas perlaksanaan GST.

Pemaju cakap, beli sebelum GST kerana harganya akan naik.

Pakar hartanah kata, bila-bila masa adalah masa yang sesuai untuk beli hartanah. Beli sahaja.

Banyak orang kata, hartanah terlampau mahal. Sudah jadi tidak mampu. Tunggu masa untuk harga hartanah turun.

Saya bersetuju dengan pandangan rakan saya, Azri Nasruddin;

Saya mengambil pendekatan pertengahan dengan merangkumi ke ketiga-tiga pendapat di atas dan ianya sesuai di praktik pada bila-bila masa tanpa mengira faktor ekonomi dan kitaran hartanah iaitu belilah hartanah ketika tuan/puan secara peribadi bersedia dari segi modal awal dan mampu untuk mendapatkan pinjaman.

Tidak perlu terlalu memikir faktor makro dan mikro ekonomi. Belilah apabila kantung di poket ‘mencukupi’.

 

NAK BELAJAR HARTANAH & BISNES LAGI?

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Takde Duit, Boleh Beli Rumah Ke? Tips beli Modal MinimaDownload Sekarang

Mahu belajar bagaimana saya melabur dalam
bisnes & hartanah

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.