5 K Yang Wajib Tahu Punca Anak Muda Sukar Beli Hartanah

Setuju atau tidak terlalu banyak punca yang boleh menjadi faktor menyukarkan anak muda miliki hartanah;

Saya mudahkan anda dengan kefahaman 5K ini, jom kita ketahui apakah faktor K yang harus mereka tahu.

“K” PERTAMA – KERETA

“K” yang pertama, jenis KERETA yang mereka beli. Jika anda beli ala ala kadar cukup untuk keperluan, mungkin masih ada ruang untuk miliki seawal muda, paling kita bimbang dan risau bila pembelian kereta sudah mencapai 30% DSR anda. DSR ni ibarat semakin banyak kita dah belanja makin sikit ruang untuk kita miliki hartanah.

Maksudnya katakan gaji RM3,000 dan dia beli Vios baru bulanan RM1,000, jadi sedangkan jumlah layak pembiayaan mereka hanya RM3,000 x 60% = RM1,800 sahaja. Maka, baki layak pinjaman rumah hanya RM800 ini tak masuk kalau ada pinjaman pelik pelik.
Jelas?

“K” KEDUA – KAHWIN

“K” yang kedua adalah KAHWIN ini juga penting.. Secara jujur, saya memang mengalakkan semua anak muda yang sudah bersedia melangsungkan perkahwinan mereka.

InsyaAllah, dengan berkahwin rezeki lebih murah lebih mudah dan lebih baik.

Namun jika anda memilih majlis keramaian keterlaluan, hingga capai lebih ratusan ribu.

Siaplah!! Lagi teruk kalau dia buat personal loan. Grand kaw kaw dan hebat untuk satu malam, tapi memilih untuk merana 7-8 tahun meringkuk bayar “personal loan”.

Jangan kata tak berlaku ya. Hari ni banyak, ia dah jadi trend dan ibu bapa juga sanggup “jamu mata” kononnya malulah takkan tak buat kat dewan siap ada kereta kuda macam cinderrella.

“K” KETIGA – KAD KREDIT

“K” yang ke tiga, ini bahaya lagi banyak K yang ni ada kat poket lagi bahaya. KAD KREDIT ini, kad kredit mulanya di ambil atas sebab alasan takut emergency tiada cash.

Namun kad kredit juga selalu buatkan kita rasa selalu je emergency.

Nak belanja awek gaji belum dapat. Duit belum dapat, itulah emergency juga.

Perbelanjaan begini bahaya kerana kita sebenarnya menggunakan wang yang belum kita dapat, kita pinjam dari masa depan kita. Sedihkan

“K” KEEMPAT – KELUARGA DAN KAWAN

“K” yang ini juga sama, memang ada ahli keluarga dan kawan kawan sepejabat yang kurang mengalak kita membeli rumah.

Katanya jangan buat hutang. hutang tu komitmen. Walaupun sewa juga saya kira sebagai komitmen kena bayar kat tuan rumah… kan?

Biasanya kalau muda muda ni, hobi hobi lain jauh lebih menjadi pilihan…. sebab seronok.

Ada kawan kawan yang sangat negatif, mereka berfikir susah nak beli rumah, mereka berfikir berhutang beli rumah rugi ada juga yang katakan berdosa berhutang, sedangkan kereta mereka juga berhutang.

Ada juga yang fikir sewa lebih baik, mudah pindah randah… Tidak perlu komitmen bulanan.

Jadi, baik awal awal ni cari kawan yang ada minda kewangan dan hartanah.

“K” KELIMA – PALING PENTING

Saya nak tanya “K” yang terakhir. Siapa tahu ye apakah “K” yang terakhir selalu buat kita sukar atau gagal beli hartanah.

“K” terakhir ini lah paling penting, KITA SENDIRI. Kerana KITA lah sebenarnya punca kita gagal beli hartanah, kenapa ye

  • Kerana KITA yang jadi gurantor kereta kakak, dia la yang belikan TV besar hutang
  • Kerana KITA yang buat hutang, kita juga yang tak mampu tahan nafsu… Kita juga yang gatal tangan nak beli Iphone X sebab pakai android gatal telinga
  • Kerana KITA yang suka bercuti luar negara tapi buat “instalment” 24 bulan hutang pakai kad kredit
  • Kerana KITA yang tak jaga “DSR” banyak personal loan tah belikan anak ipad belikan sport rim kangkang
  • Kerana KITA yang tak jaga CCRIS payment bulanan ikut hati tak ikut jadual.
  • Kerana kita tak berkawan dengan sahabat yang “celik hartanah” suka buat kawan yang hobi mahal saja.

Nampak tak “K” ke-5 ni punya lah penting, tanpanya tiada jalan jalan punca untuk miliki hartanah seawal muda. Kerana ilmu itu sukar datang. Tidak tahu apa yang mereka tidak tahu dan apa perlu tahu.

#najibmohamed

Artikel di ambil dari Fan Page Tips Mudah Beli Rumah oleh Allahyarham Syahrizat, rakan sepejuangan. Semoga penyebaran Ilmunya menjadi bekalan di akhirat. Al-Fatihah.

Kongsikan Pendapat Anda

shares