Berapa peratus rakyat Malaysia yang mempunyai sikap suka menabung?
Kajian mendapati bahawa lebih kurang 47 peratus golongan muda mempunyai hutang yang serius. Di mana lebih daripada 30 peratus gaji bulanan hanya digunakan untuk membayar hutang. Dan kajian juga menunjukkan 37 peratus golongan muda mengaku bahawa mereka berbelanja melebihi tahap kemampuan mereka.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah.
Terfikirkah anda bagaimana hal ini berlaku begitu mudah sekali? Dan di manakah silapnya?
Jadi jalan yang terbaik adalah dengan menyimpan. Buat simpanan bukan hanya untuk menjamin masa depan di hari mendatang, malah ketika anda kesusahan atau memerlukan wang ketika membeli kereta atau rumah, wang inilah yang boleh menyelamatkan keadaan anda ketika itu.
TANAMKAN SIKAP SUKA MENABUNG!
Ya, ia bukanlah satu perkara yang senang untuk dilakukan. Anda harus lakukan setiap hari tanpa jemu. Walau hanya dalam jumlah yang kecil, tetapi jika dikumpul setiap hari sudah tentu akan menunjukkan peningkatan simpanan yang memberansangkan.
PASTIKAN MENABUNG SETIAP HARI
Penting untuk anda memastikan jumlah simpanan adalah sama setiap hari. Contohnya, setiap hari anda menabung RM1. Jadi, pastikan setiap hari sebanyak RM1 dimasukkan ke dalam tabungan anda tanpa tertinggal walau satu hari. Ada juga yang hanya menyimpan duit hijau sahaja. Macam-macam.
TABUNGAN YANG KUKUH & SELAMAT
Belilah tabung yang diperbuat daripada kayu, besi, aluminium atau ukiran tanah liat. Yang penting ianya sukar untuk dikeluarkan. Sama ada ianya wang kertas atau syiling, anda tidak akan usik kerana untuk membukanya memerlukan usaha yang gigih.
Baca artikel viral saya mengenai bagaimana saya tanamkan budaya menabung dalam hati anak-anak saya di sini. –> Artikel Ajar Anak Tentang Duit Jadi Viral
LETAK TABUNG DI KAWASAN YANG SELAMAT
Sewajarnya letaklah tabung anda ditempat yang selamat dan mudah dilihat. Tujuannya, jika anda melihat tabung tersebut, sudah pasti terdetik di hati anda secara tidak langsung untuk menabung.
KENAL PASTI PUNCA TABUNGAN ANDA
Pelbagai alasan akan diberikan apabila menyentuh tentang menabung. Jadi, setkan niat menyimpan tersebut untuk membantu anda di masa hadapan. Kurangkan perbelanjaan seperti barang-barang kehendak yang tidak begitu penting untuk anda.
TERUS MENDISIPLINKAN DIRI ANDA
Jika anda sukar untuk menyimpan, paksa dan terus memaksa diri untuk menyimpan. Untuk menjayakan misi ini, anda harus akui bahawa disiplin adalah kunci utama yang harus anda amalkan dalam menabung. Tanpanya, bagaimana impian anda akan tercapai?
Nak Berjinak-jinak dengan hartanah? Baca artikel Rancanglah Pelaburan Hartanah anda.
“Petua Menabung”
Kebanyakan orang sukar untuk menabung. Salah satu cara untuk memupuk minat menabung ialah apabila setiap kali anda berbelanja menggunakan wang kertas, biasanya akan mendapat baki duit syiling. Simpan duit syiling tersebut.
Kalau boleh, jangan guna duit syiling itu untuk perbelanjaan kedua atau ketiga pada hari yang sama (kecuali bayar tempat letak kereta yang memerlukan duit syiling). Setiap kali ingin berbelanja, gunakan sahaja duit kertas.
Sebaik sahaja anda sampai di rumah, simpan ke semua duit syiling dalam satu tabung khas.
Paling bagus, tabung yang mempunyai lubang kecil untuk memasukkan syiling tersebut, tetapi tiada peluang untuk anda keluarkan duit syiling itu melainkan tabung tersebut harus dipecahkan.
Di samping itu, anda boleh cuba menyelak dibawah karpet, kerusi, meja, bantal atau mana-mana tempat yang terselindung dari mata kasar anda.
Sekiranya terjumpa duit syiling, masukkan sahaja dalam tabung tersebut. Apabila sudah penuh, jangan lupa untuk pecahkan dan masukkan duit tersebut ke dalam akaun pelaburan anda.
Selamat Menabung.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah.