Antara Rupa, Nilai, Keuntungan Hartanah. Apa Pilihan Anda?

Semalam sempat berkongsi listing dan berita-berita terkini mengenai hartanah bersama abam Fauzi Ahmad. Tanpa disedari, beliau terus memuat naik satu post di fb berkenaan satu listing di Jalan Klang Lama.

Berikut ialah perkongsian dari beliau..

Langgan saluran Telegram saya untuk kemaskini berita baharu pasal property. NAJIB'S CHANNEL

RUPA ATAU NILAI?

Sebagai pelabur hartanah, kita perlu tahu bagaimana untuk membezakan antara emosi dan wang.

Letak pulangan dan keuntungan hartanah di hadapan. Emosi di belakang.

Hartanah tersebut mungkin nampak buruk atau low standard di mata kita. Tetapi ia mampu memberikan pulangan sewa dan ‘capital appreciation’ yang tinggi.

Selagi ia mampu memberikan keuntungan hartanah dan memenuhi syarat hartanah untuk pelaburan yang kita tetapkan, berbaloi untuk dibeli.

Dalam gambar :

+ Apartment Taman Lee Yian Lan, Jalan Klang Lama, 4 KM dari Mid Valley

+ Harga RM 210,000 (market value RM 250,000)

+ Sewa RM 1,200 sebulan

Berbaloi atau tidak jika beli. Ada keuntungan hartanah?

==

Selepas beberapa jam selepas itu, saya ternampak satu post fb daripada otai hartanah, Khairul Nawawi atau nama fbnya En Mknk membuat pengiraan mengenai kes di atas. Sungguh menarik!

==

Kalau lihat ROI sewa untuk hartanah ini memang tidak berapa ‘cun’.

RM1200 x 12 bulan / RM210k (modal) = 6.85% setahun sahaja.

Ada yang kata baik letak dalam ASB atau Tabung Haji dengan kadar dividen dan bonus lebih kurang 8%, lebih mudah cair dan bermacam-macam lagi.

Ok.. saya kongsikan.. anda jgn buat direct compare..

Anda Compare sekali dgn potential capital gain.. cash on cash return etc..

Contoh :

Compounding base on RM210k vs compounding RM21k

Jika kita beli hartanah ini dengan harga RM210k x 10% deposit = RM21k

VS

RM21k simpan dalam Tabung Haji atau sewaktu dengannya..

Jika peningkatan modal sebanyak 6% setahun.

5 Tahun Tempoh Pelaburan

Selepas 5 tahun…

Nilai hartanah selepas 5 tahun = RM281K (anggaran)
Baki hutang katakan RM189,000 (90% daripada RM210k)

Keuntungan hartanah : RM281k – RM210k = RM92k

Tunai di dalam Tabung Haji = RM28.1k (Modal RM21k.. bonus & dividen 6% setahun untuk 5 tahun)

Terbaik untuk pelaburan?

Apa-apa terpulang pada matlamat pelaburan dan duit yang anda ada sekarang. Pengiraan case study sudah dibuat, yang penting anda buat penilaian 🙂

Langgan saluran Telegram saya untuk kemaskini berita baharu pasal property. NAJIB'S CHANNEL

Leave a Reply