Mulakan Kerjaya Anda di dalam Industri Hartanah Bersama Saya!
Kerjaya dalam Hartanah?

Apa Strategi Pelabur Cina Beli Banyak Hartanah?

Strategi Pelabur Cina

Apa yang cuba saya kongsikan ini adalah semata-mata bertujuan untuk dijadiakan inspirasi kepada anak-anak muda di luar sana termasuk diri saya sendiri.

Apa yang diceritakan oleh saudara Fauzi Ahmad, otai hartanah ini mungkin membuatkan anda berfikir dan bertindak untuk kita ambil contoh dan iktibar daripada strategi pelabur cina.

Strategi Pelabur Cina

Apa Strategi Pelabur Cina Beli Banyak Hartanah

Pagi tadi sales person salah satu pemaju tersohor berkongsi cerita dengan saya cara orang berbangsa Cina beli hartanah.

Hasil pemerhatian beliau selama hampir 10 tahun bekerja dengan pemaju tersebut.

Jika seorang dapat tahu ada projek baru dilancarkan, mereka akan bawa satu rombongan pakcik, makcik, adik, kakak, sepupu untuk membeli projek tersebut.

Orang berbangsa Cina berniaga, duit untung berniaga mereka beli hartanah

Kebanyakan yang datang tu bukan kerja hebat-hebat pun. Kebanyakannya cuma peniaga kecil-kecilan, berniaga tepi jalan, buka gerai makanan dan sebagainya.

Cuma mereka cantikkan akaun bank dan merekod setiap duit keluar masuk dari perniagaan kecil-kecilan tersebut.

Rekod tersebut digunakan ketika hendak membuat pinjaman bank kelak.

Perancangan  Amat Penting

Impian akan tinggal impian jika peniaga terus kekal di takuk lama dan tidak mahu melakukan anjakan paradigma pada sikap dan tindakan.

Mudah bukan, bagaimana mereka menggunakan apa yang ada untuk meneraju ekonomi di Malaysia. Hebat!

Strategi Pelabur Cina

Tetapi, saya juga pernah berjumpa dengan rakan perniagaan Melayu yang lain mempunyai sikap seperti ini. Untung dalam bisnes dan laburkan dalam hartanah. Tidak kiralah apa jenis hartanah, mereka akan beli. Syabas saya ucapkan.

Kepada usahawan baru yang baru dapat untung, terus nak tukar kereta besar. Fikirlah masak-masak. Elok laburkan dalam aset bukan liabiliti. Bukan tidak boleh, bila anda kukuhkan aset. Tak kira, kereta sebesar mana pun anda boleh beli. Dengarlah nasihat abang ini.

Tips Ringkas Strategi Pelabur Cina

  1. Duit perniagaan harian perlu direkodkan. Apabila dapat wang tunai, bank in-kan. Biar ada transaksi harian di akaun syarikat.
  2. Semua pembayaran perniagaan perlu menggunakan akaun syarikat.
  3. Simpan rekod. Resit, Invois, Baucher Pembayaran atau lain-lain.
  4. Isytihar cukai. Tak tahu macam mana? Layari http://www.cukai.ebookduit.com
  5. Buat simpanan. FD ke, ASB ke. Atau apa sahaja medium simpanan yang boleh anda peroleh bonus dan dividen.
Ingin tahu analisa pasaran dan hasil sewaan hartanah anda? Hubungi saya untuk sesi konsultasi eksklusif dan strategi pelaburan hartanah yang selamat!
Kongsikan ilmu ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penafian

Maklumat yang dikongsi di portal ini adalah untuk tujuan pendidikan dan informasi sahaja. Ia tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, pelaburan, atau percukaian rasmi. Segala tindakan atau keputusan yang dibuat adalah atas risiko anda sendiri. Pemilik portal tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang berlaku akibat penggunaan maklumat dari laman ini. Sila dapatkan nasihat daripada perancang kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang transaksi.