Nak jadi Pelabur hartanah?
Menjadi pelabur hartanah bukanlah semudah yang disangka, banyak pengorbanan dan kesabaran diperlukan sama ada baru bermula hendak mengumpul deposit rumah atau anda sudah membeli rumah pertama. Ini bagi memastikan permohonan pinjaman anda lulus dan anda boleh survive menguruskan hartanah pertama anda tanpa mengalami kerugian.
MEMILIKI KERETA BARU
Bagi graduan yang baru memulakan kerja, adalah digalakkan pergi kerja menggunakan pengangkutan awam atau beli kereta second hand yang kecil secara cash contohnya proton kancil. Mengapa?
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah.
Jika anda membeli kereta dahulu dan kemudian ingin membeli rumah, kemungkinan permohonan pinjaman rumah anda akan ditolak akibat komitmen anda telah diambil alih oleh komitment kereta yang tinggi. Guna pengangkutan awam atau beli kereta cash, anda jimat sehingga RM6000 setahun.
MELANCONG
Kekerapan melancong tidak kira dalam atau luar negara akan membuatkan anda susah untuk menyimpan wang. Banyak kos utama dan kos tersembunyi yang tidak kita sedari. Kos petrol dan tol atau tiket kapal terbang, kos hotel, kos makan, kos sewa kenderaan, kos beli cenderahati. Kadang-kala kita lebih cenderung berbelanja lebih kerana terlampau teruja dengan tempat baru dan cenderamata di tempat yang dilawati. Tidak melancong dan anda jimat antara RM1000-RM5000 setahun
MAKAN YANG SEDAP-SEDAP
Zaman sekarang terlalu banyak restoran dan gerai makan yang menawarkan pelbagai makanan yang enak dan menarik. Yang akan lebih menghakis duit poket kita adalah café yang berkonsepkan hipster yang mana harganya lebih mahal kerana mereka mengenengahkan konsep moden dan keselesaan. Tidak salah mencuba sekali dua tetapi janganlah sampai setiap minggu nak makan diluar. Masak di rumah adalah lebih menjimatkan dan menyihatkan. Tidak percaya? Cubalah dulu. Anda jimat lebih kurang RMRM2,400-RM4,800 setahun
MEMBELI BARANGAN BARU DAN BERJENAMA
Membeli sesuatu barang baru adalah tidak salah jika ia adakah keperluan. Tetapi ia akan menjadi kehendak jika ia tidak perlu dan harganya terlampau mahal.
Contohnya anda ingin membeli bag untuk ke ofis kerana bag lama sudah koyak. Pilihlah bag dengan harga yang sederhana dan tahan kualitinya. Jangan hanya mahu membeli hanya kerana jenamanya sahaja. Kadangkala, sebahagian jenama meletakkan harga yang terlampau mahal kerana jenama telah dikenali walhal kualitinya sama sahaja seperti bag lain yang harganya jauh lebih murah. Maka jadilah pengguna yang bijak. Anda jimat RM200 ke RM1,000 setahun.
KELUAR WINDOW SHOPPING TANPA SEBAB
Sebenarnya, lebih banyak keburukan keluar window shopping tanpa sebab melainkan anda memang berhajat ingin membeli barang keperluan anda. Ini kerana anda lebih cenderung untuk membeli barangan yang tidak perlu dan wang sedia anda mungkin jadi berkurangan untuk survive sehingga akhir bulan. Rancanglah pembelian sesuatu barang dan anda jimat RM500-RM2000 setahun.
PEMBELIAN GAJET
Pembelian gadjet juga boleh dikategorikan sebagai keperluan dan kadangkala kehendak. ‘Upgrade handphone’ bersempena dengan keluarnya model baru telefon tersebut adalah satu pembaziran dan kehendak. Dengan memakai handphone sedia ada sehingga ia betul-betul rosak membolehkan kita menyimpan wang untuk pelbagai tujuan yang lebih baik contohnya untuk melabur di dalam emas, hartanah, dana amanah dan banyak lagi yang memberikan pulangan yang lebih baik. Jimat RM500-RM 2000 setahun jika tidak bertukar-tukar gajet.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah.
buat masa ni, saya tahan dahulu nafsu beli kereta baru 🙂