Mulakan Kerjaya Anda di dalam Industri Hartanah Bersama Saya!
Kerjaya dalam Hartanah?

Kempen Pemilikan Rumah/ Home Ownership Campaign (HOC) 2021

Kempen Pemilikan Rumah Home Ownership Campaign (HOC) 2021

Kempen Pemilikan Rumah – HOC sambung lagi sampai akhir tahun 2021

Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan dah umumkan HOC ataupun nama penuhnya – Kempen Pemilikan Rumah/ Home Ownership Campaign yang sepatutnya berakhir 31hb Mei 2021, telah dilanjutkan sampai 31hb Disember 2021, hingga hujung tahun ini.

Alhamdulillah, apa yang saya nampak, ramai yang dah memulakan langkah untuk membeli rumah walaupun dalam musim lockdown ni.

Jadi, apa yang penting, kita akan jimat duti stem. Uii.. kalau nak ikutkan, memang mahai oo duti stem ni kalau kena bayar. Silap-silap mau sampai 5 angka.

Yang bestnya, tak kira la anda beli rumah ke 2 ka, 5 ka, 20 ka, tetap dapat pengecualian duti stem ini!@
Memang jimat beli rumah sekarang. Bila kos turun, insyaAllah potensi untung pun jadi tinggi sebab entry cost u all dah rendah.

Baiklah, jadi apakah manfaat HOC untuk pembeli rumah sekarang?

  1. Diskaun 10% untuk pembelian hartanah jadi tak perlu deposit untuk yang dapat pinjaman 90%. Jimat 5 angka!
  2. Pengecualian duti setem untuk perjanjian pinjaman. Kos ini adalah 0.5%, dari harga hartanah sehingga 2.5juta. Jimat 4 angka!
  3. Pengecualian duti setem MOT dan SPA. Ini jimat lagi 4 angka! Untuk harga hartanah 300k – 1juta. Untuk hartanah RM1 – 2.5 juta, duti setem hanya dikenakan sbyk 3% ke atas jumlah baki selepas RM1 juta.
Kempen Pemilikan Rumah/ Home Ownership Campaign (HOC) 2021
Pengecualian Duti Setem Untuk Memorendum of Transfer
Kempen Pemilikan Rumah/ Home Ownership Campaign (HOC) 2021
Pengecualian Duti Setem Untuk Perjanjian Pinjaman

Kalau undercons, diskaun 10% tu memang biasa. Kalau subsale, kena nego dan tengok bank value. Kalau lelong, tak dapat nak tolong memang kena bayar.

Cuba bayangkan, kalau kita beli rumah berharga RM500,000, kita dapat penjimatan dari segi pembayaran duti setem sahaja adalah sebanyak RM11,250. Macam-macam boleh buat dengan duit banyak tu.

Kempen Pemilikan Rumah/ Home Ownership Campaign (HOC) 2021

Tapi… walaubagaimana pun, HOC ni hanya applicable dengan beberapa syarat-syarat:

  1. Untuk rakyat Malaysia sahaja.
  2. Untuk semua pembelian rumah undercons tak kira rumah ke berapa.
  3. Untuk hartanah kediaman sahaja. Komersil tak boleh.
  4. SPA kena sign dan stamping sebelum 31 Disember 2021.
  5. Hanya untuk projek yang berdaftar sahaja iaitu dengan REHDA, SHEDA & SHAREDA (Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah)
  6. Hanya untuk projek undercons. Jadi sayang, HOC nih bukan untuk pembelian hartanah sekunder ataupun subsales ya!

Jadi sementara HOC ini masih valid sampai hujung tahun, baik kita ambil peluang untuk beli rumah dengan modal paling sedikit.

Saya doakan anda berjaya memiliki rumah sekiranya berhasrat untuk membeli pada tahun ini. Tahun depan bila majoriti dah dapat vaksin, ekonomi kian pulih belum tentu ada peluang macam ni lagi.

Ingin tahu analisa pasaran dan hasil sewaan hartanah anda? Hubungi saya untuk sesi konsultasi eksklusif dan strategi pelaburan hartanah yang selamat!
Kongsikan ilmu ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penafian

Maklumat yang dikongsi di portal ini adalah untuk tujuan pendidikan dan informasi sahaja. Ia tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, pelaburan, atau percukaian rasmi. Segala tindakan atau keputusan yang dibuat adalah atas risiko anda sendiri. Pemilik portal tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang berlaku akibat penggunaan maklumat dari laman ini. Sila dapatkan nasihat daripada perancang kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang transaksi.