Kenaikan Harga Rumah VS Kenaikan Gaji? Bagi sesiapa yang suka sangat bertangguh beli rumah, saya bantu bagi satu ilustrasi kepada anda, impak jika beli rumah lambat. Makin lama kita bertangguh untuk beli rumah, makin kita tidak mampu.
BACA: Kenapa Perlu Beli Rumah Seawal Umur 20 tahun?
Baiklah, jika mengikut formula kenaikan gaji dan harga rumah sebanyak 8% tahunan bukan bermakna kemampuan membeli rumah itu semakin mudah.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah.
Katakan Zamani, beliau berkerja sebagai jurutera bunyi di Syarikat Slamming Jamming dengan gaji 3,000.
Kenaikan Gaji
Dan, jika dikira Zamani bakal menerima kenaikan gaji 8% selama 5 tahun.
Tahun | Gaji (RM) |
2020 | 3,240 |
2021 | 3,499 |
2022 | 3,779 |
2023 | 4,081 |
2024 | 4,407 |
Kenaikan Harga Rumah
Dan harga rumah RM300,000 pula dianggarkan mengalami kenaikan harga rumah sebanyak 8% selama 5 tahun.
Tahun | Harga Rumah (RM) | Ansuran Bulanan (RM) |
2020 | 324,000 | 1,450 |
2021 | 349,920 | 1,600 |
2022 | 377,913 | 1,780 |
2023 | 408,146 | 2,000 |
2024 | 440,798 | 2,150 |
Apabila kita lihat semula, jika Zamani membeli hartanah tadi pada 2020 dengan harga RM324,000, ansuran bulanan beliau hanya RM1,450 sedangkan jika beliau beli hartanah yang pada tahun 2024 kini, bayaran bulanan adalah RM2150
Jumlah perbezaan bayaran bulanan sebanyak RM700. Itu ialah kos penangguhan yang terpaksa Zamani bayar jika lambat membeli rumah. Kos tersebut adalah sama kos untuk bayaran bulanan untuk kereta isteri Zamani beli Toyota Vios, banyak bukan?
Kuasa membeli kita semakin lemah
Saya tertarik dengan ilustrasi di bawah ini yang saya dapati di facebook. Ia menunjukkan kenaikan harga rumah dengan kenaikan gaji. Kenaikan gaji kita tidak selari dengan harga kenaikan barangan. Ini menunjukkan makin lama, kuasa belian kita semakin lemah.
Menyewa dululah…
Menyewa memang memberikan sedikit kelebihan pada kita. Rumah teres berharga RM400k keRM 700k, dengan bayaran bulanan, RM2k ke RM3.5k, kita boleh dapat sewa pada kadar RM1k ke RM2k sahaja.
Kondominium baru bernilai RM350k ke RM500k, dengan bayaran bulanan sekitar RM2k, kita boleh dapat sewa sekitar RM1.5k sahaja. Tak perlu bayar mahal-mahal. Buat komitmen. Gunakan simpanan untuk bayar deposit.
Tapi dengan menyewa selamanya, kita tidak memiliki aset yang mempunyai sifat capital appreciation. Mungkin kita rasa, kita tidak memberikan keuntungan kepada pemilik hartanah yang disewa, tetapi kita membantu pemilik menyelesaikan baki harga belian.
Walaupun kita beranggapan kita untung bila kita sewa rumah kurang dari apa yang tuan rumah bayar pada bank, kita sebenarnya berkongsi bayar dengan tuan rumah. Pada akhirnya, tuan rumah yang ada holding power, tetap membuat keuntungan bila pasaran hartanah kembali stabil, dan hartanah boleh dijual bila sudah membuat kira-kira keuntungan.
Jangan selamanya menyewa…
Nasihat saya, pada akhirnya, matlamat kita adalah membeli hartanah. Bukan selamanya menyewa. Menyimpanlah dari sekarang. Belilah hartanah ikut kemampuan, bukan ikut kelayakan.
Kalau gaji RM3k sebulan sekarang, belilah hartanah dalam lingkungan nilai 200k dengan bayaran bulanan RM1k. Menabunglah sampai cukup RM40k untuk beli rumah 200k, iaitu 20% dari harga hartanah.
Kalau simpan RM20 sehari atau RM600 sebulan, dalam masa 5 tahun dah boleh kumpul RM40k. Itu kalau nak cari rumah yang lebih selesa. Tapi sebagai nasihat kepada anak muda, saya sarankan untuk umur bawah 27 tahun, menyimpanlah sampai cukup 20k, dan mula dengan pembelian rumah kos rendah dulu. Sesuai untuk bujang, baru kawin, anak tak ramai.
Cukup 5 tahun, cukup haul untuk jual rumah kos rendah Selangor dan KL, jual dan upgrade kepada rumah yang lebih selesa. Boleh ulang proses sampai pada matlamat akhirnya, memiliki hartanah teres bertanah pada umur 40an atau kurang.
Hidup ini satu perjuangan. Berjuanglah untuk mendapatkan hak menikmati hidup yang lebih selesa. Sampai bila kita nak tunggu keadaan ekonomi dan politik seperti yang kita kehendakkan. Kita sendiri yang patut berjuang berusaha memiliki kehendak kita.
#stayathome #stayhealty #padaAllahkitaberserah
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah.