Mulakan Kerjaya Anda di dalam Industri Hartanah Bersama Saya!
Kerjaya dalam Hartanah?

Kenapa Anda Belum Beli Rumah? Antara Penghalang..

Kenapa Anda Belum Beli Rumah? Antara Alasan Popular...

Kenapa Anda Belum Beli Rumah? Antara Alasan Popular...

Setelah bertahun-tahun menceburi dalam industri hartanah, ramai orang yang saya jumpa dan bertanyakan saya perihal beli rumah dan melabur dalam hartanah. Ada yang ada rumah banyak dan ada juga yang belum ada rumah.

Bila diselidiki, bukannya tidak mampu. Tetapi ada beberapa perkara yang menghalang daripada anda terus bertindak.

Penghalang-penghalang ini boleh dielakkan, jika anda tahu caranya.

Antara penghalang bagi mereka yang berniat untuk melabur di dalam hartanah tetapi belum mula melabur:

1- “Banyak benda yang aku tak tahu. Aku kena pergi seminar, baca buku dan belajar sebanyaknya sebelum saya berani untuk beli rumah.”

Ini memang benar. Untuk melakukan sesuatu terutamanya melabur, anda memerlukan ilmu. Tetapi ilmu teori sahaja tidak akan membantu anda untuk melabur di dalam dunia pelaburan sebenar.

Sebaiknya selepas belajar, terus praktikkan apa yang dipelajari dan dari situ anda akan nampak keindahan pelaburan hartanah tersebut. Practise makes perfect!

2- “Saya sedang menunggu masa cantik dan sesuai untuk beli rumah.”

Harus diingat, harga hartanah akan sentiasa menaik. Menunggu bukanlah satu jalan terbaik untuk melabur.

Contohnya, harga apartment di Petaling Jaya pada 2010 adalah RM120,000. Tahun 2015, harga ini telah meningkat hampir sekali ganda iaitu lebih kurang RM240,000. Masih tidak percaya? Jadi tunggu sahajalah ya.

3- “Buat apa nak kaya sangat. Sedang-sedang cukuplah.”

Sekurang-kurangnya niatkan di hati anda, anda nak kaya adalah untuk memberikan kehidupan yang terbaik dan selesa untuk keluarga, memberikan pendidikan yang bagus untuk anak-anak, untuk membalas jasa ibu bapa yang telah membesarkan anda dan untuk membantu golongan yang di dalam kesusahan.

Jika anda komited ingin berjaya di dalam pelaburan hartanah, tetapkan matlamat jangka pendek, sederhana dan panjang.

4- “Saya belum cukup simpanan untuk bayar deposit rumah.”

Selagi mana anda tidak menetapkan matlamat anda di dalam kewangan dan hartanah, selagi itulah alasan ini tidak mampu ditangkis dan dibuang.

Apa yang penting, tetapkan matlamat. Contohnya, “aku ingin membeli apartment RM150,000 dua tahun lagi sebagai pelaburan masa depan.” Maka dengan itu anda sudah boleh mencongak berapakah sebulan yang harus anda simpan untuk mencapai deposit RM15,000 dalam masa dua tahun. Maka RM15,000 bahagi 24 bulan, maka sebulan simpanan untuk mencapai pembelian rumah RM150,000 untuk dua tahun lagi adalah RM625 sahaja. Mudah bukan?

5- “Gaji saya terlalu kecil, saya tidak mampu untuk beli rumah.”

Jika anda rasakan begitu, seeloknya anda buat kerja sampingan atau sambilan bagi meningkatkan pendapat anda. Peningkatan pendapatan akan memudahkan pinjaman perumahan anda diluluskan oleh pihak bank.

Selain itu juga ada boleh mula berkira-kira untuk memotong perbelanjaan yang membawa pembaziran dan yang tidak perlu seperti siaran tv astro, mengurangkan makan di luar dengan memasak di rumah dan sebagainya. Sebenarnya banyak cara untuk kita berjimat jika ada usaha mencari caranya.

[alert-announce]Jemput komen di bawah ini dan berikan beberapa pandangan untuk membuatkan bumiputera berdaya saing dalam industri hartanah. Terima kasih.[/alert-announce]

 

p/s: Jika anda suka property, jangan lupa like fanpage saya –> www.facebook.com/kakiproperty.my

kakiproperty

Ingin tahu analisa pasaran dan hasil sewaan hartanah anda? Hubungi saya untuk sesi konsultasi eksklusif dan strategi pelaburan hartanah yang selamat!
Kongsikan ilmu ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penafian

Maklumat yang dikongsi di portal ini adalah untuk tujuan pendidikan dan informasi sahaja. Ia tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, pelaburan, atau percukaian rasmi. Segala tindakan atau keputusan yang dibuat adalah atas risiko anda sendiri. Pemilik portal tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang berlaku akibat penggunaan maklumat dari laman ini. Sila dapatkan nasihat daripada perancang kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang transaksi.