Kenapa Penting Perjanjian Sewa Bila Anda Sewakan Rumah?

Ramai keliru kenapa perlu perjanjian sewa kediaman, dan ramai pun tak tahu fungsinya. Baiklah, secara umum perjanjian ini tadi ramai ambil mudah dan tidak berapa ambil tahu tentangnya;

Kepentingan Perjanjian Sewa Kediaman

Kenapa perjanjian sewa penting?

Ia berfungsi terma perjanjian bersama kedua pihak dalam perjanjian sewaan tersebut. Ia perlu jelas dan lengkap. Jika ada perabut, maka lengkapkan butiran dan jika ada gambar maka, sebaiknya sertakan. Jika menyewa secara berkongsi, nyatakan sekali, siapa yang menyewa sekali dengan butiran dirinya.

Ia perlu jelas tentang pembayaran dan jelas jumlah deposit yang harus dipulangkan juga syarat syarat jelas sekiranya wujud pelanggaran atau kos kos kerosakan di bawah tanggung jawab siapa. Adakah penyewa perlu menanggungnya?

Langgan saluran Telegram saya untuk kemaskini berita baharu pasal property. NAJIB'S CHANNEL

Ia perlu jelas sewaan adalah bertujuan untuk apa, tinggal sendiri atau tujuan lain. Jangan sekali dapat rumah kita dah jadi kilang pula. Ada juga yang menyewa rumah semata-mata nak jadikan tempat peliharaan kucing. Nyatakan dengan jelas di dalam perjanjian sewa.

Ia boleh dijadikan bukti hasil sewaan, di mana jika mahu gunakan ia sebagai bukti pendapatan hasil sewaan bulanan. Penting juga ni tau, lagi lagi jika anda merancang menambah koleksi hartanah dimasa akan datang.

Ia perlu jelas tentang larangan terhadap jenayah atau kes kes dadah yang boleh mengheret kita sebagai pemilik hartanah, ini penting ye. Manalah tahu tiba tiba rumah kita pula jadi gudang proses dadah. Ya Allah, lindungilah kami. Tetapi ia tidak mustahil. Itu lah pentingnya, bukti kita tidak terlibat. Bayangkan tiba-tiba penyewa kita kata, kitalah boss besar mereka. Tak pasal-pasal ke cekup sekali.

Mencari perjanjian untuk rumah sewa anda?

Anda boleh muat turun/ download template PERJANJIAN SEWA KEDIAMAN (Bahasa Malaysia) di pautan di bawah ini.

Cari Rumah Sewa? Jual Beli Sewa Hartanah Tahun 2021


Suka baca artikel seperti ini dan banyak lagi? Teruskan membaca artikel-artikel lain di blog saya ini. Sebagai alternatif, ikuti saya di Telegram Channel di sini.

Langgan saluran Telegram saya untuk kemaskini berita baharu pasal property. NAJIB'S CHANNEL

Kongsikan Pendapat Anda