Abam abam… Akak akak jangan pikir “luar kotak sangat” ha ha saya cakap pasal hartanah ni….
Kenapa saiz amat penting?
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah.
Hartanah maksud saya…
Jawapan saya :
Lebih “option” atau lebih pilihan, baik!
SOHO, SOVO, SOFO
Jika hartanah dibeli jenis SoHo? 500 sqft studio. Apa kemungkinan hartanah itu setelah siap?
– Tinggal sendiri bujang
– Tinggal sendiri baru kawin sesuai jangka masa 2-3 tahun
– Sewa kepada pelajar
– Sewa kepada profesional
Ini saya panggil sesuai sebagai rumah “transit”, sementara waktu. Jika anda belum berkahwin ia masih pilihan yang baik tapi bukan terbaik. Kelebihan pula, kemudahan percuma yang hebat. Tidaklah percuma sebenarnya. Anda masih lagi mesti membayar yuran penyelenggaraan 🙂
Kediaman ini lebih mementingkan lifestyles dan nampak lebih cool kepada sesiapa yang menyewa atau membeli hartanah jenis ini.
Dan kebanyakan unit SoHo ini berada betul-betul di pusat bandaraya dengan segala kemudahan yang berdekatan dengan unit ini. Sungguh jarang, unit SoHo ini dibina di kawaasan yang baru membangun dan kemudahan yang belum mencukupi.
Apartment atau Condominium
Namun, jika membeli yang standard biasa biasa “apartment 3 bilik” atau saiz jauh lebih besar 800 sqft.
Kelebihan paling besar adalah… Ia bukan lagi transit, memang direka untuk keluarga. Ia boleh tinggal untuk kediaman kekal.
Jadi, Saiz Besar ke Kecil?
Begitu juga dalam membuat pelaburan, jika kita tahu lokasi lokasi senang sewa. SoHo tiada masalah kerana fasiliti memang mampu tarik peluang orang menyewa. Terutama kawasan pelajar swasta dan “expatriate”.
Lebih-lebih lagi, banyak pemaju sekarang menyediakan SoHo sudah termasuk segala perabot dan alatan seharian. Anda tak payah nak fikir, bagaimana nak hias atau apa perabot hendak beli lepas siap nanti.
Rumah “transit” di Malaysia masih belum popular kerana masih ada pilihan. Tetapi apabila hartanah terlalu mahal… Ia bakal satu ruang pelaburan jauh menguntungkan.
Mana mana pun boleh, tapi buat kajian kawasan terlebih dahulu… Ia penting supaya tidak jadikan “pelaburan demam” anda!!!!
Selamat Menghidu! Menghidu pelaburan terbaik!
3 Nasihat Oleh Pakar Hartanah, Tuan Faizul Ridzuan
(Dipetik dari blog abangensem.com) Faktor yang perlu diambil kira sebelum pembelian SoHo antaranya…
- Pastikan harga yang ditawarkan tidak melebihi RM300K bagi ‘menyesuaikan’ kadar sewa dengan jumlah instalment bulanan yang perlu dibayar
- ‘Entry fee’ atau modal pembelian untuk jenis hartanah sebegini perlulah berada pada kos yang rendah.
- Pastikan segala kemudahan seperti shopping mall, cinema etc berada dalam radius yang hampir dengan unit kalian.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah.