Kesan COVID-19 Terhadap Pasaran Hartanah Malaysia

Ada orang cakap kejatuhan harga minyak sekarang ini mungkin disebabkan oleh COVID-19 dan tidak menolak kemungkinan harga hartanah juga akan jatuh.

Saya tidak menolak kemungkinan tersebut tetapi ianya bukanlah satu yang ‘straight forward’.

COVID-19 menjadi penyebab rakyat kurang berbelanja kerana mereka tidak lagi pergi ke shopping malls, tempat-tempat awam. Kebanyakan bisnes akan terkesan.

Bila bisnes terkesan, hasil julan merosot, pekerja diberhentikan, dikurangkan masa kerja dan secara tak langsung, menjejaskan pendapatan.

Apabila pendapatan terjejas, rakyat yang terkesan akan mencari jalan untuk keluar daripada masalah kewangan (tidak membayar ansuran) dengan menjual rumah (kalau yang ada rumah lah). Jika lambat terjual, mungkin akan masuk list lelong.

Nak jual cepat rumah, pembeli akan meminta untuk mendapatkan harga yang lebih murah dari harga pasaran. Ini menyebabkan punca kejatuhan harga hartanah.

Tetapi, ini hanya kepada beberapa segmen bisnes secara langsung terjejas akibat COVID-19, seperti retail dan pelancongan. InsyaAllah, pekerja gomen masih terselamat.

Disebaliknya, dengan kadar faedah bank yang rendah, sepatutnya para pelabur dan pembeli hartanah untuk kediaman sendiri mengambil peluang untuk membeli hartanah sekarang!

#kakiproperty
#covid19 #pasaranhartanah #hargaminyakpunjatuh
#bertindaksekarang

NAK BELAJAR HARTANAH & BISNES LAGI?

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.

Leave a Reply

CommentLuv badge