Moratorium untuk pinjaman LPPSA semasa COVID-19?

Moratorium untuk pinjaman LPPSA semasa COVID-19

Pada 4 April yang lalu, ada cadangan bagi memberikan moratorium untuk pinjaman LPPSA semasa COVID-19 sama seperti bank-bank konvesional lain.

BACA: 6 bulan moratorium untuk pinjaman bank (kecuali baki kad kredit)

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, cadangan menangguhkan sementara bayaran balik pinjaman perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) akan dibawa dalam Mesyuarat Kabinet dan sebarang keputusan akan diumumkan selepas itu.

Jadi pada hari ini, LPPSA telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada penangguhan (moratorium) pembayaran balik ansuran pembiayaan perumahan mereka.

Berita daripada Awani.com, menurut LPPSA, penjawat awam dan pesara kerajaan masih tetap menerima gaji penuh dan pencen bagi menampung perbelanjaan bulanan termasuk kewajipan bayaran balik pembiayaan perumahan LPPSA.

moratorium LPPSA

Selain moratorium untuk pinjaman LPPSA, apa moratorium lain yang melibatkan penjawat awam?

Selain daripada LPPSA, ada beberapa lagi agensi yang terlibat dalam pemotongan gaji untuk bayaran pinjaman secara automatik.

Nama agensi potongan gajiMoratorium/ Penangguhan
LPPSATiada penangguhan moratorium bagi pinjaman di bawah LPPSA
KoperasiTiada penangguhan moratorium bagi pinjaman di bawah koperasi.
PTPTNPenanguhan pembayaran diberi selama 6 bulan.
ANGKASAPenangguhan moratorium diberi melibatkan bank di bawah agensi potongan gaji ANGKASA iaitu MBSB, BSN, Agro Bank dan Bank Rakyat.
i-DestinasiPenangguhan moratorium diberi melibatkan bank di bawah agensi potongan I Destinasi iaitu RHB Islamic Bank.
CosharePenangguhan moratorium diberi melibatkan bank di bawah agensi potongan Coshare iaitu Ar-Rajhi Bank dan Kuwait Finance Bank.

Sumber: Angkasa FB Page

Potongan-potongan di atas akan diproses secara automatik.

Sekiranya penjawat awam ingin meneruskan bayaran seperti biasa sepanjang tempoh penangguhan moratorium, mereka perlu memaklumkan kepada agensi yang terlibat rujuk link ini.

Selain agensi potongan di atas, sebarang penangguhan moratorium atau penangguhan bayaran potongan (contoh: potongan kelab, persatuan dll) perlu dirujuk terus dengan agensi terlibat.

Berbelanjalah dengan penuh berhemah, kena ingat 6 bulan ni bukanlah tempoh untuk anda bersuka ria dan berjoli bila dapat penangguhan pembayaran balik pinjaman.

Masa ini lah anda boleh asingkan duit sementara dan jadikan simpanan. Jadi, bila kecemasan boleh guna.

Semua orang sangat terkesan dengan keadaan sekarang. Maka bertindaklah dengan bijak. Sama-samalah kita berdoa semoga semua ini cepat berlalu. InsyaAllah.

#stayathome #stayhealty #padaAllahkitaberserah

2 Komen

  1. fazidah mohd yusof 16/04/2020
    • Najib Mohamed 16/04/2020

Kongsikan Pendapat Anda

CommentLuv badge
shares