Mulakan Kerjaya Anda di dalam Industri Hartanah Bersama Saya!
Kerjaya dalam Hartanah?

Nak buat semua pinjaman rumah dari satu bank atau banyak bank?

Nak buat semua pinjaman rumah dari satu bank atau banyak bank?

Ada di antara client saya yang terlampau setia sampai semua pinjaman rumah nak buat pada bank yang sama. Sudah ada 3 buah rumah dibawah pinjaman bank tersebut, rumah ke-4 masih lagi hendak mohon bank yang sama.

Bukan tidak boleh. Tiada masalah besar bagi bank untuk berikan pinjaman setakat 2 buah rumah tapi kalau sudah banyak rumah pun nak apply pada bank yang sama, kemungkinan pinjaman rumah yang baru akan ditolak.

Nak buat semua pinjaman rumah dari satu bank atau banyak bank?

# Pinjaman rumah yang High exposure

Kenapa? Bank melihat anda berisiko tinggi dan bank juga mengambil risiko yang tinggi jika ia memberikan pinjaman rumah kepada anda. Selalunya orang panggil ‘high-exposure’.

Walaupun, semua rumah mempunyai tenancy agreement dan pembayaran yang cantik.

Cuba bayangkan, jika pada satu hari tetiba kewangan anda bermasalah, tambah pula, penyewa rumah-rumah anda keluar secara serentak, lambat untuk mendapat penyewa baru, ini akan mendatangkan masalah dalam pembayaran bulanan rumah tersebut. Dalam hal ini, bukan anda sahaja yang menanggung masalah, bank juga bakal mengalami kerugian.

# Pengurusan risiko pinjaman rumah

Kebaikan mempunyai pinjaman rumah di banyak bank ialah anda boleh menyebarkan risiko-risiko anda kepada banyak bank. Bukan itu sahaja, meminjam dari bank tempatan dan asing adalah salah satu pengurusan risiko yang baik.

Jika semua pinjaman kita dalam satu bank, dan mungkin masa akan datang ianya bermasalah, (tutup operasi, menaikan rate atau sebagainya), kita juga turut merasa tempiasnya.

# Nak dengan satu bank juga?

Boleh. Bina reputasi yang baik dengan bank pilihan anda. Bagaimana? Banyakkan simpanan, ada Fixed Deposit (FD) yang mantap, akaun syarikat semuanya pada satu bank dan satu branch.

Mereka tahu anda adalah pelanggan yang loyal. Bank tahu, anda pandai buat duit, anda pun bagi duit kepada mereka, mereka pun boleh buat keuntungan dari duit anda. Ini yang bank suka.

Kalau nak ambil duit daripada mereka sahaja, pening juga.

Itu sebabnya, ada bank yang menyediakan perkhidmatan khas siap dengan Customer Relationship Manager lagi untuk jaga anda. Selalunya, bank-bank yang besar ada. HSBC Premier, Standard Chartered Priority, CIMB Prime dan banyak lagi.

Selamat belajar!

p/s: Jika anda suka property, jangan lupa like fanpage property saya –> www.facebook.com/kakiproperty.my

kakiproperty

Ingin tahu analisa pasaran dan hasil sewaan hartanah anda? Hubungi saya untuk sesi konsultasi eksklusif dan strategi pelaburan hartanah yang selamat!
Kongsikan ilmu ini

11 Responses

  1. salam, kalau harga rumah 290K , BERAPA bayaran bulanan ye?
    dan anggaran legal fees untuk LOAN BANK kpd peguam

    1. Ansuran bulanan lebih kurang RM1500

      SPA : Legal fees 2480, Duti setem 4800, Jumlah RM7280

      LOAN AGREEMENT : Legal fees 2277, Duti Setem 1305, Kos jurunilai 630, Jumlah RM4212

      Jumlah kos sampingan: RM11,492 anggaran.. dan mungkin lebih dalam +-RM1000

  2. ASSALAM, UNTUK PINJAMAN PERUMAHAN BANK TEMPATAN ATAU ASING.MANA YANG LEBIH BAIK??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penafian

Maklumat yang dikongsi di portal ini adalah untuk tujuan pendidikan dan informasi sahaja. Ia tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, pelaburan, atau percukaian rasmi. Segala tindakan atau keputusan yang dibuat adalah atas risiko anda sendiri. Pemilik portal tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang berlaku akibat penggunaan maklumat dari laman ini. Sila dapatkan nasihat daripada perancang kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang transaksi.